Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia | Syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman, Asia Innovative F & B Sdn Bhd tampil dengan pelancaran produk baharu khusus untuk pengemar pencuci mulut, 'Cendolah' yang merupakan minuman cendol sedia diminum pertama di negara ini
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia |
Dipilih sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN, cendol menempah tempat istimewa di hati dan selera rakyat Malaysia yang kerap mencari warung dan penjual di tepi jalan.
Cendolah dengan rasa cendol yang menyegarkan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam bentuk minuman sedia diminum dibuat menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap, karamel santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau untuk pengalaman yang menyamankan.
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia |
Pengasas Asia Innovative F&B Sdn Bhd,Vathumalaai Sooratanam @ Malai, mengabdikan hidupnya lebih 30 tahun dalam inovasi makanan seperti menganalisa, meneliti dan mencari kaedah inovatif bagi menjadikan makanan dan minuman tempatan serta pencuci mulut kegemaran mendapat akses mudah di pasaran golobal.
"Idea di sebalik Cendolah adalah untuk menjadikan cendol sebagai minuman yang mudah dicapai, iaitu dengan mendapatkannya di atas rak pamer jual. Pengakplikasian teknologi makanan dan inovasi membolehkan kami mereplika rasa cendol asli dan justeru itu saya yakin bahawa Cendolah, pasti akan membawa anda kepada pengalaman kali terakhir mengunjungi penjual cendol di kawasan kejiranan tempatan" kata Malai
Di samping jangka hayat guna selama dua tahun, resepi Cendolah dikembangkan menggunakan kandungan gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan sekaligus menjadikannya minuman kegemaran tempatan yang lebih sihat.
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia |
"Sebagai sebuah syarikat perusahaan kecil sedeerhana (PKS) dengan cita-cita untuk menerajui produk tempatan ke peringakt antarabangsa, impian Cendolah hanya dapat dicapai dengan sokongan padu pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC, JAKIM dan banyak lagi. Kami amat eresar hati dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ternama seperti Tateyama Japan Food Industries, yang mana kepakarannya terhadap produk membantu dalam konseptualisasi dan pengeluaran produk Cendolah" kata Malai
"Produk Cendolah telah diiktiraf dengan pensijilan Halal, HACCP dan MeSTI. Impian besar kami adalah untuk meneraju produk buatan tempatan ini di pasaran global, dan kami telah pun mula mengorak langkah ke arah tersebut."
Cendolah Minuman Cendol Sedia Minum Yang Pertama Di Malaysia |
Produk dengan harga runcit serendah RM4.90 sepaket, Cendolah kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan juga di rangkaian pasar raya terkemuka, Mydin. Syarikat Asia Innovative F & B juga sedang giat mempelbagaikan saluran pengedaran produk Cendolah menerusi kolaboarasi bersama beberapa rangkaian pasar raya, kedai serbaneka dan aperuncit terkemuka di tanah air.
Website | Facebook | Instagram
3 Comments
Thanks for your sharing...
ReplyDeletemenarik, memudahkan dan sesuai sangat di bulan puasa ini.... memang cendol antara yang dicari
ReplyDeleteyang penting, klu ada sijil halal.. akan ada org yg purchase kan
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!