CERELAC® CITARASA IBU™ Baharu Untuk Perjalanan Pemakanan Kanak-Kanak Mengenali Makanan Savouri Dengan Lebih Tekstur

CERELAC® CITARASA IBU™ Baharu Untuk Perjalanan Pemakanan Kanak-Kanak Mengenali Makanan Savouri Dengan Lebih Tekstur | Pilihan makanan yang lazat dan savouri, dengan ramuan semula jadi dan pemakanan yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

CERELAC® CITARASA IBU™ Baharu Untuk Perjalanan Pemakanan Kanak-Kanak Mengenali Makanan Savouri Dengan Lebih Tekstur

NESTLÉ telah melancarkan produk terkininya, CERELAC® Citarasa Ibu™, membolehkan Si Manja beralih ke pengalaman pemakanan mereka yang seterusnya, daripada makanan puri kepada makanan bertekstur lebih keras dengan rasa savouri – seperti hidangan untuk sekeluarga. Dihasilkan khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas, pilihan makanan savouri ini mempunyai tekstur seakan bubur dengan “empingan nasi” sebenar, membolehkan Si Manja berasa seperti mereka juga sedang menikmati makanan pejal yang sama seperti hidangan dewasa yang dinikmati oleh ibu bapa.

 

Penawaran terkini dari CERELAC® ini mempunyai dua varian yang lazat — Bubur Ayam dan Bubur Sayur-Sayuran. Diilhamkan dari dapur ibu, CERELAC® Citarasa Ibu™ diperbuat dengan ramuan semula jadi seperti kepingan dan empingan lobak merah, empingan bawang dan empingan campuran sayur-sayuran yang dipilih khas agar sesuai untuk pengambilan Si Manja.


CERELAC® CITARASA IBU™ Baharu Untuk Perjalanan Pemakanan Kanak-Kanak Mengenali Makanan Savouri Dengan Lebih Tekstur

Dilancarkan secara maya melalui Facebook Live, para penonton telah mendapat perkongsian dari rakan-rakan ibu – Ika Nabella, seorang selebriti dan usahawan yang merupakan ibu kepada seorang anak berusia satu tahun, dan Dahlia Shazwan, seorang pengacara dan ibu. Kedua-duanya berkongsi tip dan helah untuk menjadikan pengalaman Si Manja makan bersama keluarga lebih menarik dengan CERELAC® Citarasa Ibu™ sepanjang sesi tersebut.


Bertemakan Semangkuk Nutrisi, Penuh Kebaikan, NESTLÉ CERELAC® Citarasa Ibu™ adalah bubur savouri yang tinggi dalam protein, kalsium dan zat besi serta mengandungi 15 vitamin dan mineral. Kesemua nutrien ini menyokong pertumbuhan dan perkembangan Si Manja untuk memasuki fasa pembesaran seterusnya. Dalam proses pembesaran, nutrien-nutrien ini penting untuk memastikan perkembangan yang baik dari segi mental dan fizikal untuk Si Manja.

 

“Dengan membolehkan Si Manja duduk bersama ahli keluarga lain di meja makan, mereka akan membentuk ikatan fizikal dan sosial yang lebih baik dengan ibu bapa, dan ini akan membantu memupuk keyakinan diri dalam situasi sosial,” kata Jasmin L. Estacio, Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition Malaysia. “NESTLÉ CERELAC® ingin terus menjadi perintis dalam makanan bayi dan menawarkan pilihan savouri yang menyelerakan dengan pelancaran produk baharu ini, CERELAC® Citarasa Ibu™ adalah untuk peralihan Si Manja memasuki alam kanak-kanak.”

 

Untuk menyediakan CERELAC® Citarasa Ibu™, hanya masukkan 75ml air mendidih ke dalam mangkuk dan tambahkan 25g atau 3 sudu besar rata CERELAC® Citarasa Ibu™, gaul sebati dan biarkan selama 3 minit sebelum dihidang. Semasa sesi Facebook Live tersebut, Ika dan Dahlia menunjukkan konsistensi seakan bubur tersebut, yang sesuai untuk Si Manja berusia 12 bulan dan ke atas dalam perjalanan meneroka pengalaman pemakanan baharu. Aroma dan rasa savouri daripada ramuan semula jadi juga ditekankan semasa penyediaan, menjelaskan sekali lagi kebaikannya demi manfaat Si Manja

CERELAC® Citarasa Ibu™ boleh didapati di pasaraya di seluruh negara dengan harga jualan yang dicadangkan sebanyak RM9.50. Untuk mendapatkan sampel, layari https://www.startwell.nestle.com.my/ms/sampel-percuma-cerelac-citarasa-ibu .

#CERELAC #CitarasaIbu #SemangkukNutrisiPenuhKebaikan

 

Mengenai NESTLÉ CERELAC®

NESTLÉ CERELAC® menawarkan rangkaian bijirin bayi dan snek yang sesuai dari segi pemakanan dan tekstur untuk perkembangan bagi menyokong pemakanan pelengkap dari usia 6 bulan ke atas. Makanan pelengkap yang berkhasiat seperti nasi, ikan, daging, ayam, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diperkenalkan kepada bayi dari usia 6 bulan. NESTLÉ CERELAC® boleh menjadi sebahagian daripada makanan pelengkap untuk anak anda.

 Notis Penting: CERELAC® bukan untuk diberikan kepada bayi di bawah umur 6 bulan melainkan jika dinasihati oleh profesional kesihatan. Untuk kesihatan bayi yang optima, penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga umur 2 tahun di samping memberi makanan pelengkap.

 

Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai 291,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!