Shaheizy Sam Jatuh Cinta Dengan 'Kekasih Lama' Semula | Tidak hanya sukses mencetak nama dalam dunia hiburan sebagai pelaku seni yang disegani, Shaheizy Sam kini ingin memastikan pembabitannya dalam bidang perniagaan juga akan meninggalkan jejak yang sama.
Shaheizy Sam Jatuh Cinta Dengan 'Kekasih Lama' Semula |
Memilih Syoklat! SyokoTube sebagai bisnes baharu yang ingin diterokai, kata Sam beliau melihat potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini.
Apatah lagi sebagai seorang penggemar coklat dan kini mempunyai anak yang juga menikmati coklat, Sam melihat ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube by Syoklat! lebih besar sehingga mampu mencapai sasaran pembeli yang betul.
Shaheizy Sam Jatuh Cinta Dengan 'Kekasih Lama' Semula |
"Terus terang saya katakan, melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini kerana ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan.
"Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan.
"Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada.
Shaheizy Sam Jatuh Cinta Dengan 'Kekasih Lama' Semula |
"Saya juga pernah keluar negara dan mendapati coklat yang sama saya makan ketika membesar ada terjual di sana. Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun dimana sahaja dan digunakan oleh pelbagai peringkat usia," ujar Sam mengenai pembabitannya dalam bisnes Syoklat ini.
Jenama Syoklat! yang sudah menapak sejak bulan Oktober 2020 ini malah kata Sam akan menjadi fokus baharu buatnya selepas memperlahankan rentak kerja dalam bidang seni sejak tahun 2015.
"Saya ingin fokus terhadap bisnes ini dan dalam masa yang sama menjadi lebih selektif apabila memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai," katanya.
Menurut Sam lagi, salah satu impian yang disimpul menerusi perniagaan ini adalah untuk sama sama membantu usahawan di luar sekali gus menjana ekonomi mereka.
Shaheizy Sam Jatuh Cinta Dengan 'Kekasih Lama' Semula |
"Besar harapan saya, bukan setakat membantu menjana pendapatan atau ekonomi, tetapi memberi manfaat yang besar dari setiap sudut buat mereka," kata Sam.
Syoklat yang mempunyai misi untuk mempersembahkan kualiti produk premium kini boleh didapati dalam beberapa perisa. Ini termasuklah perisa buah Strawberi, Mangga dan Pisang. Ketiga tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan penggemarnya.
Sebelumnya, jenama ini juga berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch.
Untuk sebarang maklumat lanjut, singgah ke Instagram @syoklatofficial dan jangan lupa gunakan hashtag #justpicIT.
3 Comments
macam sedap je.. boleh cuba ni.. boleh jadi pembuka selera utk qaseh bersahur sebab senang dan mudah
ReplyDeletewaaaaa sedap ni..dpt imagine
ReplyDeletechocolate, my fav too..boleh try juga ni.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!