Apakah Tepat Ucapan Minal Aidin Wal Faizin Bagi Memohon Maaf Hari Lebaran | Salam Aidil Fitri buat semua sahabat dan pembaca blog iamfuzy ini. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua.. raya ni sebulan!
Apakah Tepat Ucapan Minal Aidin Wal Faizin Bagi Memohon Maaf Hari Lebaran |
Apakah tepat ucapan minal aidin wal faizin bagi memohon maaf hari lebaran sepertimana yang kita fahami atau sekadar menjadi ikut-ikutan kerana berbunyi sangat islamik. Bagaimana pula dengan ayat Taqabalallahu Minna Wa Minkum yang tidak berapa banyak digunakan oleh kenalan kita. Kedua-dua ayat punya makna yang berbeza namun ayat Minal Aidin Wal Faizin bukan ucapan yang tepat untuk digandingkan dalam mengucapkan Selamat Hari Raya.
Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin
Mengikut tradisi yang dilakukan oleh para sahabat Nabi ketika merayakan Hari Raya Aidil Fitri ialah mengucapkan selamat (tahniah) kepada sesama umat Muslim dengan mengucapkan “taqabbalallahu minna wa minkum” atau “taqabbal yaa kariim, wa ja’alanaallaahu wa iyyaakum minal ‘aaidiin wal faaiziin” dan ada pula yang menambahkan kalimat “wal maqbuulin kullu ‘ammin wa antum bi khair”.
Apabila dirangkaikan, ucapan tersebut menjadi " taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal yaa kariim, wa ja’alanaallaahu wa iyyaakum minal ‘aaidin wal faaiziin wal maqbuulin kullu ‘ammin wa antum bi khair".
Bermaksud: Semoga Allah menerima (amal ibadah Ramadan) kami dan kamu. Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu senantia dalam kebaikan.
Apakah maksud Minal aidin wal faizin
Minal Aidin Wal Faizin bererti 'termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang'. Ucapan Minal Aidin Wal Faizin merupakan ucapan ringkasan atau penyederhanaan dari ucapan selamat yang dilakukan para Nabi. Jadi ayat yang kita semua fikirkan bermaksud 'mohon maaf lahir dan batin sebenarnya tidak langsung ada hubungannya.
Jadi apabila kita ingin mengikut apa yang dilakukan para sahabat Nabi ketika menyambut Aidil Fitri, maka sebaiknya mengucapkan kalimat secara utuh atau disingkat menjadi “taqabbalallaahu minna wa minkum” atau menggabungkan dua ungkapan itu menjadi 'taqabbalallahu minna wa minkum minal wa ja'alanallah minal aidin wal faizin'., bukan sekadar mengucapkan Minal Aidin Wal Faizin
Jadi, jom tukar ucapan Salam Aidil Firi anda dengan menambah ayat "TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM" yang bermaksud Semoga Allah menerima amalku, dan amal anda/kalian
Sebagai contoh, kita tukar ucapan yang sudah menjadi kebiasaan kita dengan ayat yang sebetulnya iaitu
"Selamat Aidil Fitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum "
Barakallahu Fiikum
Saya sendiri telah menukar ucapan Salan Aidil Fitri dengan menambah taqabbalallahu minna wa minkum sejak 2 tahun yang lalu setelah memahami makna sebenar ucapan yang terdahulu.
Semoga penerangan dan perkongsian ini mudah untuk difahami dan dapat digunakan dan selebihnya terpulang kepada masing-masing. Kalau dulu kita hanya mengucapkan Salam Aidil Fitri, Selamat Hari Raya dan kemudian mengubah dan menambah ayat Minal Aidin Wal Faizin., jadi kalau sudah tahu ianya tidak tepat, tak salah untuk kita menukarnya bukan?
Salam Aidil Fitri, Taqabbalallahu minna wa minkum dari saya dan keluarga buat semua umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
2 Comments
thank you for this good sharing
ReplyDeletesalam aidil fitri buat fuzy sekeluarga, belajar ilmu baharu hari ini, tq for sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!