Program Bengkel “Creativity Never Stop 2.0” dengan tajuk Bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital Memberi Input Bagi Bakal Penulis Skrip dan Karya Seni yang telah diadakan pada 24, 24, 26 dan 28 April 2021 secara atas talian, yang lalu telah memberi input mendalam kepada peserta yang berminat dalam penulisan karya seni terutamanya dalam bidang penulisan skrip. Bengkel yang berlangsung selama empat hari dengan empat fasilitator yang berpengalaman dalam bidang akademik dan industri berkongsi pengalaman dan ilmu yang banyak.
Program Bengkel “Creativity Never Stop 2.0 Bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital Memberi Input Bagi Bakal Penulis Skrip dan Karya Seni |
Fasilitator bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital terdiri daripada Professor Madya Dr. Awan Ismail. Dr. Rohana Mijan, Dr. Aselawati Che Ab Adziz dan Encik Mohd Fairuz Mhd Padoli yang lebih mesra di layar skrin dan televisyen dengan gelaran MF Kenchana.
Bengkel tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pengajaran dan juga sesi amali. Sesi pengajaran dibahagikan kepada tiga bidang yang dipilih iaitu 1) pra produksi, 2) seni dan estetika filem dan 3) penulisan skrip. Hari pertama, peserta didedahkan dengan pra produksi dalam penerbitan drama, telemovie serta filem yang telah disampaikan oleh Professor Madya Dr. Awan Islmail yang banyak pengalaman dalam bidang kewartawanan dan media dan pernah berkerja bersama TV3 hampir selama 10 tahun.
Program Bengkel “Creativity Never Stop 2.0 Bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital Memberi Input Bagi Bakal Penulis Skrip dan Karya Seni |
Manakala, hari kedua dan keempat peserta dikhususkan dalam bidang penulisan skrip yang disampaikan oleh Dr. Rohana Mijan mendedahkan penulisan skrip televisyen, drama, majalah, dokumentari, radio, iklan. Hari keempat, para peserta juga dikhusus kepada penulisan skrip drama, super tele dan juga filem dengan format, penetapan kehendak tv dan produksi serta tatacara pitching bersama stesen televisyen. Sesi ini telah disampaikan oleh MF Kenchana yang banyak berpengalaman dalam industri tv dan juga filem. Beliau telah menghasilkan lebih seratus skrip untuk televisyen dan juga filem. Antara skrip yang telah dihasilkan beliau seperti Bedah Tong Gas, Ops Cinta Din Sardin, Joyah, Isteriku Bukan Tukang Masak, Aku Bukan Bimbo, Penunggu (TV3), Viral Alam Maya (TV3), Aplikasi Hisyam (Salam HD), serta Abang Long Fadhil 3 ditulis Bersama Syafik Yusof. Semestara, pada hari ketiga, peserta dideahkan kepada topik “seni dan estetika filem” yang disampaikan oleh Dr. Aselawati Che Ab Adziz, yang berpengalaman dalam bidang perfileman dan media sosial serta pernah bekerja dalam industri filem dan televisyen sebagai freelance dan dalam pasca produksi di Metrowealth Movies Production.
Program Bengkel “Creativity Never Stop 2.0 Bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital Memberi Input Bagi Bakal Penulis Skrip dan Karya Seni |
Dalam sesi amali yang dilaksanakan pada sesi petang, para peserta dikehendaki membuat satu naskhah skrip. Para peserta diberi pilihan untuk menghasilkan pelbagai genre skrip seperti skrip radio, video atau filem pendek, dokumentari, iklan tv, majalan dan sebagainya. Pada akhir sesi, 20 perseta telah menghasilkan 20 naskhah skrip dalam pelbagai genre mengikut modul yang telah diberi dan disediakan.
Program Bengkel “Creativity Never Stop 2.0 Bengkel Pra Produksi dan Produktiviti Digital Memberi Input Bagi Bakal Penulis Skrip dan Karya Seni |
Terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana telah memberi sepenuhnya dana dan kepercayaan kepada Dr. Aselawati Che Ab Adziz bagi mengelolakan bengkel ini. Terima kasih juga kepada Pusat Pengajian Teknologi Mutimedia dan Komunikasi serta Pusat Pengajian Pengurusan Inudtri Kreatif dan Seni Persembahan, CRMU serta Universiti Utara Malaysia, diatas kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
Bengkel berakhir dengan jayanya.
1 Comments
what a good bengkel ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!