Review Novel Sabarlah Duhai Hati Adaptasi Drama TV3

Review Novel Sabarlah Duhai Hati Adaptasi Drama  | Drama Sabarlah Duhai Hati telah dan sedang dalam tayangan ni, semestinya ditunggu peminat Amyra Rosli dan Shahrul Ridzwan, Izzue Islam dan Puteri Sarah. Drama air mata yang cukup membuai rasa bila baca novel. 

Saya sempat menonton drama ni sewaktu bulan Ramadan dan selepas masuk Syawal memang tak sempat tapi sempat menonton secara online.

Review Novel Sabarlah Duhai Hati Adaptasi Drama 

Judul : Sabarlah Duhai Hati
Penulis : Mimie Afinie
Bil mukasurat : 634
Bil Bab : 75
Rating : 4.5*

Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?


Ringkasan/Ulasan/Komen

Awalan semasa membaca novel ni memang cukup rasa annoying dengan watak Nur Syafira sama sepeti yang ditonton di kaca televisyen. Fira, cukup anti adiknya Danish kerana merasakan kasih sayang kedua ibubapa dan neneknya berubah selepas kelahiran adiknya. Bayangkan di usia 20 tahun dia baru mendapat adik! Ada saja yang dia tak puashati dengan adiknya walau adik dia tu cuba bermanja dengannya.  Memang geram dengan perangai Fira tu.

Fira mula berubah kematangan apabila ujian melanda dan dia kehilangan kedua ibu bapanya dan nenek di dalam kemalangan dan hanya Danish yang terselamat. Fira sedar Danish adalah penguat untuk dia teruskan kehidupan.

Kisah Fira dan Affan

Fira memang cuba sedaya upaya untuk tidak berdepan dengan Affan setiap kali mengunjungi kerumah Dian, sahabat baiknya. Kisahnya Fira pernah menulis surat cinta kepada Affan yang menjadi guru sandaran di sekolah.  Affan pula pernah menasihati adiknya serta Fira supaya tidak bercinta di waktu sekolah dan bercerita dia ada menerima banyak surat cinta dari seseorang. Akhirnya terbongkar bila Affan ternampak rupanya Fira adalah orang yang memberikan surat cinta dan semestinya Fira yang terkantoi tu terasa malu dan sebab itulah dia sering mengelak bertembung dengan Affan.

Mana tak malu sebab Affan terang-terang berkata dia tak akan mengahwini Fira. Malu weh

Affan, cucu kesayangan Opah (watak yang cukup menjengkelkan) yang ingin menjodohkan Affan dengan Nadia (anak maklong Shima, kakak kepada mama Affan) tapi Affan tidak pernah suka dan hanya menganggap Nadia sebagai adiknya.

Nazim (Jim) cukup menyayangi Fira dan ingin menjadikan suri hidupnya namun Fira tak pernah serius dan dek desakkan mamanya Nazim memutuskan perhubungan dengan Fira. Memang Fira sedih dan berusaha untuk memulihkan perhubungan tapi Nazim anak yang taat kepada mamanya.

Paling tak disangka sewaktu perkahwinan Fira dan Affan, Nazim muncul dan rupanya dia mengahwini Nadia.  Dia terkejut kerana baru tahu yang Fira telah kehilangan kedua orang tuanya dan dia fikir Fira mengahwini Affan kerana tempat bergantung. Paling mengejutkan rupanya Nazim adalah kawan Affan dan kini menjadi suami sepupu Affan..what a small world kan!

Affan mengahwini Fira bukan kerana simpati tapi kerana dia sendiri telah jatuh cinta dengan Fira! Malahan Affan yang pemalu ni cuba mendekati Fira dengan menyamar sebagai Nick yang tersalah hantar mesej. Sejak dari itu mereka sering berhubungan tapi Fira pula memutuskan perhubungan kerana dia akan berkawhin dengan Affan. 

They have wonderful marriage!

Pelbagai dugaan melanda bila Opah tak habis-habis membenci Fira dan pelbagai benda yang Opah buat dek kerana tidak sukakan Fira. Affan, cucu yang baik menurut kata Opah tapi dia sayangkan Fira. 

Apabila Affan terlantar koma di hospital, Opah tak habis menghina Fira dan dan menuduh Fira punya hubungan dengan lelaki lain dan menghalang Fira dari menemui Affan. Paling sedih bila Dian termakan kata Nadia yang memburukkan Fira. Bayangkan kawan baik dia sendiri menghina dan mengherdik serta menghalau dia.

Apabila Affan sedar dari koma, Fira sudah menghilangkan diri. Puas dicari Fira sampai ke kampung tapi tak bertemu. Setelah sebulan lebih menghilangkan diri, akhirnya Fira ditemui selepas Fira kembali menghubungi Nick. Jadi terungkailah Nick adalah Affan.

Mulanya ingatkan Nick tu Nazim, rupanya saya silap. Apa pun endingnya memang best. Oh ya, Nazim pula menceraikan Nadia yang kerap memprovok dia

*******************

Nak tonton Drama Sabarlah Duhai Hati, boleh tonton dari episod Episod 1 hingga Episod 35 akhir di IQYI, Kalau dah ada VIP akses senang sikit nak tonton dan tanpa iklan. Selamat menonton


Judul Drama : Sabarlah Duhai Hati  

Bil. Episod : 35 | Waktu Siaran : Isnin hingga Ahad, 7.00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Penulis Skrip : Rehal Nuharis

Pengarah : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin

Produksi : Suhan Movies & Trading


Barisan Pelakon Dan Watak 

Saharul Ridzwan sebagai Affan

Amyra Rosli sebagai Fira

Izzue Islam sebagai Nazim

Puteri Sarah Liyana sebagai Dian

Iman Suhana sebagai Nadia

Aiman Badrul sebagai Danish

Fadilah Mansor sebagai Opah

Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana

Haleeda sebagai Laila

Emelda Rosemila sebagai Shima

Kodi Rasheed sebagai Rizal

Hisyam Bakar sebagai Pak Teh

Pablo Amirul sebagai Johan


Lagu Tema ( OST ) 

Hanyut - Black Hanifah


Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati 

Drama ini mengisahkan hidup Fira yang berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. 

Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan.

Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. 

Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.


Apa kesudahan kisah Fira dan Affan dalam drama tu agaknya

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!