Senarai Penuh SOP PKP 3.0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi | 28 Mei lalu jumlah positif Covid 19 mencech 8290 dengan kenaikan sebanyak 433 kes berbanding 7,857 kes pada 27 Mei. Memang cukup menakutkan angka tu dan seperti dijangkakan PM pun umumkan PKP 3.0 bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.
Senarai Penuh SOP PKP 3.0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi |
Sewaktu kes menaik, orang ramai dah minta 'lockdown' tapi kita perlu tahu, banyak perkara yang perlu pihak kerajaan pastikan sebelum membuat sebarang keputusan.
Seperti perkongsian saya untuk PKP 2.0, boleh baca kat SINI
Senarai Penuh SOP PKP 3.0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi |
Sila patuhi, supaya kita semua selamat begitu juga orang disekeliling kita terutama orang yang tersayang.
- Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
- Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.
- Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
- Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua (2) orang sahaja termasuk pemandu, penumpang mesti duduk di belakang.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja) bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah 1 berdasarkan kapasiti kenderaan
- Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan boleh beroperasi.
- Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas hentihenti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).
- Pergerakan bagi kes kematian dan bencana alam dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
- Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
- Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.
- Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.
Perkhidmatan Awam
- Melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan
- Kehadiran di Pejabat bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa berdasarkan keutamaan kepada proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR seperti pembayaran kontrak / invois / gaji, pembayaran / pengagihan bantuan bulanan / berkala kepada rakyat, penyelenggaraan / keselamatan premis, pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat atas talian dan penyediaan dokumen melibatkan Jemaah Menteri.
- Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.
Perkhidmatan Swasta
- Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
- Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%.
Mesyuarat / Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah
- Mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video.
- Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah tidak dibenarkan kecuali latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training.
- Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian ( online ) adalah dibenarkan.
Protokol Kesihatan Umum
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman.
- Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dalam sesuatu masa.
- Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
- Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
- Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
- Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
- Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut: a). Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah. b) . Ruang kerja bersendirian. c). Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor. d). Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah. e). Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain. f). Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan)
Pasar
- Pasar harian dan pasar awam dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
- Pasar Segar Terkawal (PST) dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
- Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang.
- Pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
- Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu tidak dibenarkan beroperasi
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi
- Rujuk Senarai Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor yang dibenarkan beroperasi.
- Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan
Perniagaan dan Perkhidmatan
- Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
- Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
- Aktiviti berkelah tidak dibenarkan.
- Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
- Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol boleh beroperasi sehingga 24 jam.
- Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pendidikan
- Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
- Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
- Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.
- Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.
- Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) atau IPT berkaitan.
- Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Berkediaman
- Tabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi kecuali untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan barisan petugas hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.
- Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
Keagamaan
- Aktiviti solat dihadkan kepada maksima 12 orang AJK masjid dan surau sahaja. Aktiviti lain tidak dibenarkan.
- Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di Pejabat / Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
- Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam adalah tidak dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
- Aktiviti Rumah Ibadat Selain Islam adalah dihadkan kepada maksima 12 orang AJK rumah ibadat sahaja dan kehadiran penganut adalah tidak dibenarkan.
- Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
- Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
- Pengurusan pengebumian selain orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sukan Dan Riadah
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan
- kejiranan bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
- Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menggunakan konsep Camp Based Training.
- Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
- Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukanpasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).
Industri kreatif
- Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu.
- Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum, bual bicara dibenarkan.
Senarai Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi
- Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
- Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
- Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
- E-dagang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor
A. Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja)
1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)
2. Makanan dan minuman
3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan
keselamatan kebakaran
7. Komponen bagi peranti perubatan
8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
10.Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
11.Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
12.Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
B. Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)
1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
C. Pembinaan
1. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
2. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
3. Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina
atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
D. Perdagangan Pengedaran
1. Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan
departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi,
penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke
rumah.
2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta
departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,
3. Restoran
4. Dobi (termasuk layan diri)
5. Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)
6. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
7. Kedai cermin mata dan barang optik
8. Kedai hardware
9. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
10.E-dagang (semua kategori produk)
11.Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
E. Lain- Lain
Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas
berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
MANA-MANA AKTIVITI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM SOP INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN
Senarai Aktiviit Yang Tidak Dibenarkan (Negative List)
- Operasi spa, refleksologi, pusat urut, wellness, salun kecantikan, kedai gunting rambut dan perkhidmatan pedicure dan manicure.
- Operasi kafe siber dan pusat siber.
- Institut Latihan Memandu, Pusat Latihan Maritim dan Pusat Latihan Penerbangan.
- Aktiviti fotografi.
- Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino
- Aktiviti di kelab malam atau pub.
- Aktiviti di panggung wayang.
- Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta.
- Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
- Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery).
- Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.
- Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain.
- Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.
- Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga
- Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.
- Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.
- Semua aktiviti sukan dan rekreasi SELAIN daripada yang disenaraikan.
- Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi KECUALI taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
- Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa KECUALI pertandingan / kejohanan dalaman atau tertutup anjuran Majlis Sukan Negara dan perlawanan latihan pasukan-pasukan di bawah Malaysian Football League (MFL).
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.
- Persembahan di lounge hotel.
- Aktiviti indoor atau outdoor busking
- Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
NOTA : Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
2 Comments
Take care dear. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungannya. Amin.. Kunjungan balas daripada bie.
ReplyDeleteBuat masa ini yang sangat diharapkan adalah kerjasama semua pihak.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!