2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat | Bila usia makin meningkat ni perkara yang paling ditakuti oleh semua wanita pastilah jeragat. Mana taknya bila bangun pagi jer perkara utama kita buat mestilah membelek muka di cermin dan bila nampak jer jeragat ni memang terasa nak menjerit. Mencuci muka setiap hari bukan jaminan untuk mengurangkan jeragat apatah lagi dapat menghilangkannya namun pemakaian produk yang betul boleh mencegah sekaligus merawat jeragat. 

Kulit cantik bukan hanya untuk suami dan keluarga tapi cantik itu menambah keyakinan diri.

 2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat


Apakah penyebab Jeragat?

Jeragat berpunca dari sel melanin yang terdapat di bawah lapisan kulit yang memberikan warna pada kulit, bola mata, rambut dan bibir. Kajian menunjukkan melanin dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran matahari dan ultraviolet  (UV) yang boleh menyebabkan kanser kulit. Kuantiti sel melanin tak sama bagi setiap orang. Sel melanin ini sama seperti sel-sel yang lain, akan tumbuh dan mati secara semulajadi dan sentiasa bertukar.

Selain dari itu kesan sunburn atau bintik-bintik merah akibat sinaran matahari kalau tidak dirawat akan merosakkan kulit wajah dan meninggalkan kesan tompokan hitam

Antara factor lain yang menyebabkan kulit menjadi rosak dan berjeragat adalah kerana pengunaan kosmetik yang mudah teroksida, terdedah kepada cahaya ultra ungu (UV) menyebabkan penuaan lebih awal dengan kulit jelas kelihatan jeragat, dan perubahan tekstur kulit. Genetik dikalangan ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat dan juga disebabkan udara kotor yang memberikan banyak kesan negatif pada tubuh, termasuk kulit wajah, selain menyebabkan inflamasi dan berbagai reaksi alergi, udara yang kotor  juga boleh menyebabkan jeragat pada kulit.


MENGAWAL DAN MELINDUNGI

Hanya 2 langkah yang kita perlu buat bagi memastikan kulit wajah terpelihara dari sun burn mahupun jeragat, iaitu Mengawal dan Melindungi dengan menggunakan produk yang betul dan saya syorkan  produk skincare dari Hansaegee Nature. Nak tahu, kena baca sampai ke akhir. Nak kulit cantik kan!


TIPS 1 – MENGAWAL kulit dengan AQUA WHITENING CREAM

Aqua Whitening Cream, krim pelembap yang boleh membantu merawat kesan sunburn, wajah kemerahan disebabkan kesan panas matahari serta kerosakkan kulit wajah. Ianya jugak dapat mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit wajah. Bertindak sebagai pemutih kulit dalam waktu yang sama menghidrat kulit dan memberi kesegaran pada kulit.


 2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Aqua Whitening Cream diformulasi dengan ekstrak herba yang mampu menembusi lapisan kulit dan membaik pulih kulit yang mengalami kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas ni.


Bahan yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream

  • Camellia Japonica Seed Oil - Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Sesuai sangat untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Selain itu dapat memberi kelembabpan yang sangat baik sehingga kelapisan kulit paling bawah.

  • Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) – memperbaiki tona kulit, mengawal minyak, membersih dan menegangkan kulit mencerah dan melembapkan dan mengurangkan liang disamping dapat mengawal minyak pada kulit wajah.


Kandungan Aqua Whitening Cream.

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Cuba tengok, saya dah calitkan krim Aqua Whitening yang berwarna putih jernih ni dan kemudian digosok perlahan hingga krim meresap ke dalam tangan hingga kemudian timbul bintik-bintik air yang akan membuatkan kulit wajah terasa segar dan lembap.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream

Cuci muka seperti biasa dan gunakan toner, kemudian oleskan sedikit di bahagian dahi, dagu, kedua belah pipi dan hidung, sapu sambil membuat urutan ke seluruh wajah dan “dap- dap” kulit wajah dengan perlahan supaya ianya meresap masuk ke dalam kulit. Nanti akan kelihatan titisan air selepas beberapa saat dan inilah yang akan melembabkan dan mencerahkan kulit wajah.


Review Aqua Whitening Cream

Memang dah jatuh cinta dan puas hati dengan Aqua Whitening Cream yang melembabkan muka dan menjadi titisan air selepas di sapu ke kulit. Bila disapukan ke wajah, terasa sejuk dan lembap dan pemakaian Aqua Whitening Cream memberikan kelembutan dan mencerahkan kulit. Water drop atau percikan air yang timbul selepas krim dioleskan ke wajah memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit mahupun berminyak malahan ia akan mengawal lebihan minyak/sebum

Tekstur Aqua Whitening Cream ini amat lembut, rasa smooth dan krim berwarna putih transparent ini sangat mudah meresap ke dalam kulit. Ia bertindak sebagai pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit selain merawat kesan sunburn akibat kesan panas matahari.

Suka sangat sebab pengunaan krim ini setiap hari bila seharian di rumah atau keluar membeli barangan keperluan tu memang kulit muka kekal lembab dan segar selain dapat menghilangkan sun burn, mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori di wajah.

Penggunaan setiap hari untuk siang dan malam ini membuatkan kulit wajah terasa halus, segar dan sentiasa lembab 

Titisan air pada kulit ni akan mudah diserap ke dalam kulit dan menyegarkan kulit waKelihatan jelas titisan air selepas disapukan ditangan yang memberikan kelembapan dan menyerap ke kulit. Sangat menyegarkan dan tidak melekit langsung. Sangat sesuai dipakai dalam cucaca Malaysia yang panas ni.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat


AQUA Whitening Cream - Hansaegee Nature 50ml 

Jenis Kulit : Semua jenis kulit (kering, sensitif, berminyak, berjerawat)

Jenis produk : Memutihkan dan Melembap

Kegunaan: Muka & Leher / Siang dan malam


TIPS 2 – MELINDUNGI - Lindungi kulit dengan GOLD NANO CC CREAM

Selepas kita mengawal, seterusnya pastilah MELINDUNGI kulit dari jeragat dengan menggunakan GOLD NANO CC CREAM yang bertindak sebagai“Pelindung Matahari” dengan mengawal warna dan mencerahkan kulit. Produk yang mengandungi SPF50+ PA +++ yang melindungi kulit dari UVA & UVB dan membuatkan ton kulit lebih bersinar disamping melembabkan kulit sepanjang hari dengan cara semulajadi. Ianya juga bertindak sebagai anti kedutan dan paling best ianya tidak melekit, tidak berminyak dan cukup ringan di wajah. Paling best kulit wajah kelihatan lebih bersinar secara semulajadi yang melindungi dan melembapkan kulit wajah sepanjang hari.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat


3 bahan utama dalam Gold Nano CC Cream yang mempunyai fungsi tersendiri iaitu

  1. Mineral Water – membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit, mengukuhkan ketembusan kulit dengan mendalam, terlibat dengan vitamin yang aktif dan meningkatkan keanjalan kulit.
  2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – berfungsi sebagai anti bakteria, membantu dalam melegakan kerengsaan kulit, anti-bakteria dan melegakan kulit bermasalah
  3. Nano Gold – mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared, tinggi aktiviti anti-mikrob dan tinggi antioksidan. 


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Cuba tengok perbezaan tangan tanpa cc cream dan dengan cc cream tu. Yang bestnya mula-mula memang nampak putih  tapi selepas beberapa saat krim tersebut akan blend warna kulit kita membuatkan kulit nampak lebih segar dan glowing

Jangan risau, ianya tak melekit langsung dan cukup ringan seolah tidak memakai sebarang krim di muka.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Cara menggunakan Gold Nano CC Cream 

Bersihkan kulit wajah, calitkan Gold Nano CC Cream ke wajah dengan jari. Bila disapu, akan kelihatan seakan butiran warna coklat yang halus diantara krim berwarna putih ini. Sapukan ke serata kulit wajah (tanpa berus, Majiknya, ia akan berubah mengikut tona kulit kita secara semulajadi.  Ini yang membuatkan tona kulit kita sekata, menyerlah dan cerah secara semulajadi.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat


Kegunaan : waktu siang

Bahagian : Muka & Leher

Isi kandung : 50ml


Review Pengunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Masa mula nak cuba produk ni rasa macam risau takut tak sesuai apatah lagi kalau tengok tekstur krim tu nampak sangat padat, takut pulak nanti wajah jadi macam tepung gomak. Agak cuak masa nak sapu kat kulit muka sebab warna krim yang putih ni tapi tak perlu gosok ke muka dengan keras sebab krim ini akan meresap dan blend dengan kulit muka kita dan kulit wajah nampak natural tapi berseri. Apa yang paling penting, tak susah untuk menanggalkannya untuk mengerjakan solat sebab dengan menggunakan 

Mulanya agak risau takut krim ni susah untuk dicuci tapi tak sangka sangat mudah dengan menggunakan tisu atau tisu lembab dah tanggal apatah lagi bila guna pencuci muka. Jadi kalau nak bersolat pun tak perlu ambil masa lama untuk dicuci

Kini kulit wajah tak lagi nampak kusam sebabnya cc cream ini membantu melembapkan kulit wajah dan kalau umi memakai bedak asas,langsung tak berkecapuk bila berpeluh akibat sinaran matahari.

Serius cakap, produk ini cukup sesuai dan membantu bagi sesiapa yang tidak suka bersolek tapi ingin nampak natural. Cukup mudah dan ringkas untuk pengunaan rutin seharian buat wanita Malaysia. Apa yang paling menarik produk ini juga menutupi liang di wajah hingga membuatkan kulit kelihatan licin.

Bagi mereka yang tidak suka bersolek, cuma sapukan ke wajah dan oleskan gincu bibir dan sedia untuk keluar berlibur dan masih kelihatan menarik. Bagi yang suka bersolek, sapukan foundation selepas menggunakan CC cream dan krim ini akan bertugas sebagai solekan asas atau primer untuk mengimbangkan tona kulit dan solekan menjadi tahan lebih lama.

Gold Nano CC Cream ni mengandungi SPF50 PA +++ yang melindungi kulit wajah dari UV matahari dengan membantu kulit jadi lebih cerah semulajadi, tona kulit pun nak sekata sewaktu memakai krim ni dan paling best kulit nampak licin dan glowing dan kita yang memakainya rasa selesa dan macam tak pakai sebarang krim sebab ianya ringan tak macam sesetengah produk yang kita pakai tu tu kita terasa pemakaiannya tu sampai jadi tak selesa.

Tak perlu risau kalau berpeluh atau kulit kelihatan berminyak bila berpanas di waktu tengahhari sebab kulit akan kekal menarik dan cantik dan kulit pun nampak lebih anjal dan paling penting kulit wajah akan kekal nampak muda!

Umi jarang memakai makeup dan rasanya sudah lama tak pakai makeup sejak tidak bekerja tapi mesti nak kelihatan cantik juga walau duduk dirumah dan kadang-kala suami ajak keluar membeli barangan keperluan, jadi nano cc cream ni selalu jadi penyelamat sebab dalam kereta pun boleh calit-calitkan kat muka dan wajah nampak berseri dan glowing.


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Kesimpulannya

Untuk dapatkan kulit cantik, bebas jeragat dan memperbaiki kulit dari kesan sun burn, wajib anda menggunakan kedua-dua Aqua Whitening Cream dan  Gold Nano CC Cream  setiap hari. Hanya dengan 2 langkah yang cukup mudah dan ringkas memberi impak yang terbaik untuk kulit wajah 

Kulit wajah yang berjeragat akan membuat kita rasa tertekan dengan tidak mudah hilang bila ia muncul tapi kita dapat memudarkan dan mengembalikan kecerahan kulit dengan gandingan kedua-dua produk magik ini.

Duduk di rumah bukan alasan untuk tidak cantik dan bukan bermakna kulit wajah akan terhalang dari sinaran UVB, jadi disyorkan sangat anda memakai kedua-dua produk ini yang akan bertindak melindungi kulit dan menghilangkan kekusaman kulit untuk kembali bersinar. Nak guna pun sangat mudah malah ianya dapat menggantikan makeup bila kita dalam keadaan tergesa-gesa

Kesan keberkesanan dengan pengunaan produk ni bergantung kepada kulit masing-masing tapi umi cukup mengesyorkan pengunaan kedua-dua  produk skincare yang diperbuat untuk semua jenis kulit yang dapat melembapkan dan memutihkan serta memberi tona sekata pada kulit disamping memperbaiki kulit wajah


2 Produk Skincare Hansaegee Nature Mengawal Dan Melindungi Kulit Wajah Dari Sunburn Dan Jeragat

Untuk dapatkan maklumat lanjut akan produk ini, boleh hubungi atau layari maklumat seperti dibawah ni

Brand: Hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop

Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Post a Comment

0 Comments