3 Pelan Mudah Renew Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Online Dengan CAKNA.MY

3 Pelan Mudah Renew Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Online Dengan CAKNA.MY | Pandemik Covid-19 meninggalkan impak yang besar terhadap ekonomi dan kehidupan seharian kita di Malaysia. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan banyak  perkara yang terbengkalai dan tertangguh, namun itu adalah yang sebaiknya untuk memastikan penularan pandemik dapat disekat. 

CAKNA.MY, terpanggil untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia dengan menyediakan platform memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan bagi semua agensi kerajaan, agensi swasta serta individu secara atas talian dengan mudah supaya anda kekal selamat dengan duduk di rumah.

3 Pelan Mudah Renew Online Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Dengan CAKNA.MY


Apa yang menarik tentang Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan Dengan CAKNA.MY

CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan bebas riba’.


3 Pelan Mudah Renew Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Atas Talian Dengan CAKNA.MY

Cukup mudah untuk mendapatkan sebutharga memperbaharui cukai jalan kereta dengan beberapa langkah sahaja.

1. Masuk ke website www.cakna.my

3 Pelan Mudah Renew Online Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Dengan CAKNA.MY

2. Isikan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor kenderaan, poskod, alamat emel dan no telefon.

3. Klik DAPATKAN SEBUTHARGA

Adalah disyorkan anda mendapatkan sebutharga dalam tempoh 2 bulan sebelum tempoh tamat, namun, sekiranya anda telah klik untuk mendapatkan sebutharga, pihak CAKNA akan menghubungi anda melalui whatsapp untuk memberikan bantuan. Mudah kan! 

Pakej yang ditawarkan CAKNA.MY adalah pakej mudah dan 0% tanpa faedah di atas pembiayaan dan anda akan mendapat E-covernote seawal 48 jam! Jadi, pastikan anda guna CAKNA.MY.


Anda boleh merujuk gambar dibawah untuk langkah-langkah melanggan di CAKNA.MY




CAKNA.MY: “Your Needs, Our Concern”

3 Pelan Mudah Renew Takaful Kenderaan Dan Cukai Jalan Atas Talian Dengan CAKNA.MY

CAKNA.MY menawarkan 3 jenis pembayaran melalui pemotongan gaji bagi kemudahan pelbagai pengguna antaranya

  • Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan
  • Potongan Gaji Syarikat Swasta
  • Perbankan Online Secara Langsung


Sekiranya anda bekerja di agensi kerajaan, GLC mahupun syarikat swasta, anda layak untuk memohon di bawah skim pembayaran mudah CAKNA.

Bagi kakitangan GLC yang memilih untuk membuat potongan gaji, anda perlu mendaftar dengan Coshare Holding Berhad. Coshare tidak menggunakan POTONGAN BIRO ANGKASA tetapi potongan melalui COSHARE (Pemilik Kod Potongan Gaji Kakitangan Awam). Coshare bukanlah Koperasi dan tiada yuran keahlian yang dikenakan.


Kelebihan Menggunakan khidmat CAKNA.MY

1. Urusan sepenuhnya secara atas talian

Tanpa perlu keluar rumah anda boleh perbaharui insurans dan cukai jalan kereta di hujung jari dengan menggunakan laptop, dekstop mahupun telefon pintar tapi pastikan ada internet di rumah.


2. Pembayaran Mudah Tanpa Faedah

Nikmati program pembayaran mudah insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus bagi meringankan bebanan anda.


3. Pembayaran Mudah Dengan Potongan Gaji

Butir maklumat diri anda selamat dan terjamin melalui bayaran secara potongan gaji

Peranan CAKNA walaupun sedikit tetapi fokus mereka adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat dari segi perbaharui cukai jalan kenderaan

Masih tak pasti macam mana nak buat pendaftaran baru, anda boleh tonton video dibawah ini



Bagi sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi CMA Solutions Sdn Bhd

www.cakna.my | www.facebook.com/cakna2u | www.instagram.com/cakna2u


Mengenai CMA Solutions Sdn Bhd (CAKNA):

Cakna adalah program syarikat yang dikendalikan di bawah pengurusan CMA Solutions Sdn Bhd. CMA Solutions Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Jun, tahun 2013 dan merupakan 100% syarikat bumiputera. CMA Solutions Sdn Bhd menawarkan perundingan dan perkhidmatan pembangunan perisian, reka bentuk web dan teknologi maklumat yang mesra kos, berkualiti tinggi dan premium. Hubungan akrab kami dengan agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan, pengendali takaful, pemaju aplikasi mudah alih dan sektor swasta adalah bersatu teguh untuk mencapai wawasan dan kehendak pengguna.

Dengan bersemangat waja dan keprihatinan, Cakna telah melahirkan satu program berasaskan konsep Qard Ul Hassan iaitu pembiayaan takaful kenderaan dan cukai jalan secara ansuran tanpa faedah untuk kakitangan awam termasuk keluarga mereka melalui potongan gaji bulanan. Biarpun sumbangan kami ini nampak kecil namun dapat membantu serba sedikit masalah kewangan yang dialami oleh rakyat di kala pandemik Covid19. Program ini akan dilanjutkan kepada badan-badan berkanun dan sektor swasta yang terpilih di fasa berikutnya. Semoga detik permulaan ini akan menjadi pemangkin kepada pihak korporat yang lain dalam membantu meringankan penderitaan kakitangan awam khusus buat rakyat Malaysia.


Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah
    bagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
    kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.

    ReplyDelete
  2. Salam, berbagai pelan memudahkan, senang dah tahu ni. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu keluar rumah untuk renew cukai jalan

    ReplyDelete
  4. Pelan menarik memandangkan sekarang ramai x cukup duit utk bayar roadtax ..cujup membantu tuu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!