Rupanya Pakai Kain Batik Pun Ada Caranya Serta Makna Disebaliknya

Rupanya Pakai Kain Batik Pun Ada Caranya Serta Makna Disebaliknya | Kain batik memang sangat sinonim dengan orang Malaysia terutama masyarakat Melayu, Baba Nyonya mlahan kaum India pun ramai memakai kain batik seharian. Tapi tidak ramai tahu yang pemakaian kain batik ni ada maksud tertentu mengikut pandangan orang dulu-dulu.

Seingat saya pernah ada kain batik berwarna merah sewaktu usia remaja tapi lepas tu kain pun dah lama reput. Kalau ditanya pada saya, memang saya ada agak banyak kain batik pemberian adik beradik, sahabat dan paling kerap saya memakai kain batik sewaktu dalam pantang sebab memudahkan untuk sesi berurut, bertungku dan memakai bengkung. Selepas tu, kain batik hanya tersimpan rapi dalam almari sebab lebih selesa berseluar panjang walaupun berada di rumah. 



Sambil melipat kain batik bonda siang tadi terus teringat saya ada simpan artikel tentang pemakaian kain batik yang cukup menarik, jadi saya kongsi buat sahabat semua. Mungkin ada yang dah tahu agaknya

Dalam artikel tersebut, dikatakan anak gadis atau wanita yang sudah berkahwin, supaya berhati-hati dalam memakai kain batik dan cara pemakaian melambangkan siapa kita.

Teringat dulu bonda pernah ajar cara pakai kain batik, tapi tak berapa ingat sebab tak pernah ambil pusing cara pemakaian yang betul sebab tiada siapa yang concern pasal pemakaian kain batik ni


Kenali bahagian-bahagian pada kain batik

  • Apit kiri dan apit kanan: Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan menyeluruh dan diilhamkan daripada motif flora.
  • Badan kain : Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu motif akar-akar menjalar. Motif ini diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan di dalam hutan yang menjalar.
  • Gunung kain: Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif yang serupa yang terdapat pada apit kiri dan kanan kain iaitu susunan menyeluruh.
  • Kepala kain: Kepala kain dihiasi dengan motif pucuk rebung. Motif ini diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif bunga keduduk didalamnya.


Memang selesa sebenarnya bila memakai kain batik ni, malah waktu memasak pun kain batik akan jadi kain untuk lap tangan dan sedar-sedar kain batik yang dipakai tu dah basah. Memang pernah ada pengalaman sebegini pada saya, pada orang lain tak tahu pulak.


Ada 4 jenis cara pemakaian kain batik dan maksudnya. 

Kepala kain di belakang  

Jika kamu memakai kepala kain di belakang, ia membawa maksud kamu sebenarnya seorang wanita yang sudah berkahwin. 

Kepala kain di hadapan  

Sekiranya kamu memakai kain batik dan kepala kain berada di bahagian hadapan, ia membawa maksud yang kamu seorang anak dara. 

Kepala kain di sebelah kiri  

Untuk kepala kain yang dipakai pada sebelah kiri, ia melambangkan kamu seorang wanita yang telah kematian suami atau dipanggil sebagai balu. 

Kepala kain di sebelah kanan 

Kalau kamu memakai kepala kain di sebelah kanan, ia akan membawa maksud yang kamu seorang janda yang bercerai hidup.

Orang dulu-dulu ni banyak sungguh adab dan tatacaranya, tapi kita sekarang ni main hentam jer. Tetiba terasa nak pakai kain batik pulak la.

Post a Comment

5 Comments

  1. timm pernh tgk dekt tiktok, sejk tu mmg pkai elok2 dah sbb baru taw, hihi..

    ReplyDelete
  2. eh kaella baru tahu la, selalu kalau dekat kampung main antam je guna ni.

    ReplyDelete
  3. CCL pun tak selesa pakai kain batik ketika buat kerja rumah . Tapi CCL selalu pakai seluar dari kain batik

    ReplyDelete
  4. Mana satu kepala kain pun kinah tak tau kak. Main pakai je hehehe

    ReplyDelete
  5. Menarik untuk dipraktikkan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!