Sukan Olimpik Tokyo 2020 Berakhir Jumpa Di Paris 2024

Sukan Olimpik Tokyo 2020 Berakhir Jumpa Di Paris 2024 |  Arigato Gozaimasu Tokyo, bienvenue Paris! Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya petang tadi dan berakhir dengan majlis penutupan yang tidak kurang hebatnya.

Antara acara yang menjadi tumpuan kami sekeluarga adalah acara badminton, acara terjun platform, acara 3 meter papan anjal, basikal, gimnastik kerana melibatkan atlet negara yang tak kurang hebatnya. Malahan saya sempat merakam video dan akan upload di youtube channel saya secepat mungkin.


Pencapaian terbaik atlet Malaysia 

  • Tahniah kepada Dato Azizul Hasni Awang yang memenangi pingat Perak kedua melalui acara Kierin namun semangat juang Shah Firdaus Sharom yang cedera akibat pelanggaran yang cukup mendebarkan namun berjaya masuk ke peringkat akhir tapi gagal mendapat sebarang pingat. 
  • Pingat Gangsa merupakan pingat pertama dimenangi oleh beregu badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.
  • Nur Dhabitah Sardi hanya menduduki tempat keempat pada acara Terjun 3 meter papan anjal markah 326.51 secara keseluruhan. Pemenang pingat emas dan perak bagi acara ini adalah penerjun China iaitu Shi Tingmao dan Wang Han yang masing-masing mengutip 383.50 dan 348.75 mata. Pingat gangsa dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer dengan kutipan mata 343.75.

  • Kelly Ng pula menduduki tempat ke tangga 34 keseluruhan dalam acara golf dengan catatan tujuh di bawah par.
Kita tanda di kalendar untuk Sukan Olimpik di Paris tahun 2024 nanti dan semoga kita panjang usia untuk menonton dan memberi semangat pada atlet negara kita kelak.

Apa Yang Menarik Tentang Sukan Olimpik Tokyo 2020

Sukan Olimpik di Tokyo dijadualkan pada 24 Julai hingga  9 Ogos 2020, namun ditunda dan 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 diumumkan sebagai tarikh baru berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia yang meningkat. Ini merupakan sukan Olimpik pertama kali ditunda sejak 124 tahun berlangusng.

Tiada penonton dibenarkan hadir menyaksikan sukan bagi memastikan langkah pencengahan dan protokol kesihatan dilaksanakan secara ketat demi keselamatan atlet dan bagi mereka yang terlibat.

Kali kedua Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik dengan kali pertama adalah pada tahun 1964. Pada tahun 1972 dan 1998, bandar Sapporo dan Nagano menjadi tuan rumah untuk temasya Olimpik musim sejuk.

Stadium National Tokyo 
Direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar. Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah. Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik.

Pingat
Pingat anugerah sukan Olimpik dan Paralimpik sepenuhnya dihasilkan dari sisa elektronik berjumlah 8 tan telefon mudah alih, komputer riba dan barangan elektronik terpakai lain yang disumbangkan rakyat Jepun bagi menghasilkan 5,000 pingat emas, perak dan gangsa. Kempen kita semula itu berjaya menghasilkan 32kg emas, 3,492.7kg perak dan 2,199.9kg gangsa.

Penganjur meningatkan atlet supaya tidak mengigit pingat seperti kebiasaannya kerana amlan itu menjadi kegilaan atlet dan jurugambar, dan antara gambar paling kerap digunakan dalam laporan media.

Menggigit pingat emas bermula sejak Perang Dunia pertama, sebelum Olimpik memberikan pingat emas padu pertama pada tahun 1904. Pingat emas padu diberikan pada tahun 1912.

Pedagang menggigit logam mahal itu bagi menguji ketulenannya kerana emas lembut dan mudah dibentuk, jika meninggalkan kesan gigitan bermakna ia adalah tulen.

Pingat emas era moden hanya mengandungi satu peratus emas dan tidak boleh digigit seperti emas. 

Tradisi itu mungkin bukan satu ancaman sebelum ini, tetapi dalam norma baharu dan ditambah dengan Jepun menggunakan bahan elektronik buangan untuk menghasilkan pingat, ia tidak lagi selamat untuk dilakukan.

Pertandingan reka bentuk pingat dijalankan pada tahun 2017 dan dimenangi oleh Junichi Kawanishi.

Reka bentuk pingat disiapkan pada 24 Julai 2019 yang memerlukan lapan tan logam dikumpul untuk menghasilkan pingat.

Katil Kadbod

Katil kadboad juga boleh dikitar semula dan katil kukuh menampung berat hingga 200 kg, diperbuat dengan bertemakan bumi dan alam sekitar diketengahkan untuk mengurangkan pembaziran selepas temasya tamat.

Psst...katil kadbod ni la yang diuji atlet negara Zionis hingga rosak kononnya untuk menguji tahap ketahanannya.


Podium

Podium dihasilkan menggunakan plastik post-consumer yang boleh digunakan semula selepas sukan Olimpik berakhir. Dikatakan 100% daripada tenaga boleh baharu untuk menghasilkan podium kitar semula.

Teknologi  Di Lapangan Terbang

Jepun memang terkenal sebagai negara dengan teknologi dan kepakaran dalam mencipta robot, sukan Olimpik kali ini menyediakan pelbagai teknologi canggih untuk digunakan sebagai penyambut tetamu dari seluruh dunia.

Tetamu yang sampai di lapangan terbang akan menggunakan peranti pengesan muka yang lengkap dengan kamera dan mikrofon.

Untuk memudahkan atlet, alat pembantu membawa bagasi turut disediakan.

Selain itu, kereta tanpa pemandu digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Perkara yang membuat orang ramai terpegun adalah pada majlis pembukaan, Jepun melancarkan hujan meteor buatan manusia yang membuatkan ramai kagum dengan kehebatan teknologi mereka.

Sukan Baharu Dipertandingkan

Lima sukan baharu yang  dipertandingkan di temasya ini termasuk bola keranjang, karate, papan selaju, sukan memanjat dan sukan luncur.

Sukan Olimpik di Tokyo menampilkan 33 rekod dan 399 acara.


Pasukan Pelarian - IOC Refugee Olympic

Seramai 29 atlet dari Pasukan Pelarian menyertai 12 acara di sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan penampilan pertama kali di sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

Penyertaan Jantina Seimbang

Buat pertama kali penyertaan atlet wanita dan lelaki seimbang.

49% atlet wanita menyertai sukan Olimpik pada kali ini.

Pada Hari Wanita Antarabangsa, IOC peruntukan kuota penyertaan atlet wanita dan menjadikan penyertaan atlet sukan pertama yang disertai oleh kedua-dua jantina dengan adil.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mewajibkan sekurang-kurangnya setiap acara diwakili seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita.

Selain itu, NOC perlu mewakilkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita untuk membawa bendara negara masing-masing semasa majlis perasmian dijalankan.

sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/844198/olimpik-penganjur-nasihat-jangan-gigit-pingat

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniah pada alet2 yang mengharumkan nama negara di tokyo .

    ReplyDelete
  2. kalau bukak tiktok memang syok tengok atlet dok update pasal olympic village. Tahniah untuk semua atlet yang dah bertanding di olimpik. Jumpa lagi di paris 2024!

    ReplyDelete
  3. Menarik info yang diberikan Kak Fuzy kali ni. Apa-apa pun syabas dan tahniah buat atlet Malaysia yang menang dalam sukan olimpik tokyo 2020

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!