Tip Atasi Kulit Kering Dan Kusam Supaya Kekal Lembap Dan Bemaya

Tip Atasi Kulit Kering Dan Kusam Supaya Kekal Lembap Dan Bemaya | Memang benar macam yang diberitakan bulan Ogos, cuaca di Malaysia dijangka akan lebih panas apatah lagi negara kita sememangnya beriklim panas dan lembap. Pancaran matahari dan sinaran UV akan merosakkan lapisan bawah permukaan kulit malahan kehilangan air akibat dehidrasi akan menyebabkan kulit menjadi kering dengan cepat.

Penggunaan penyaman udara sepanjang hari sememangnya menyejukkan ruangan dan rasa selesa tapi ianya juga pun punca kulit kita menjadi kering. Bila cuaca sejuk, kita mandi dengan air panas yang juga punca kulit menjadi cepat kering.

Pelembap Kulit


Kulit Kusam Bermula Dengan Kulit Kering 

Mungkin ramai yang tidak mengetahui kulit kita nampak kusam bermula apabila  kulit wajah kita menjadi sangat kering. Kekeringan kulit kemudiannya menyebabkan permukaan kulit muka menjadi merekah dan kemudian terjadinya kulit mati.

Penting untuk kita tahu ilmu penjagaan kulit dan menggunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit kita.  Selain dari itu disiplin dalam menjaga kulit penting supaya kita tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk merawat kulit bermasalah. Siapa tak nak kulit sihat berseri walau usia semakin meningkat tapi wajah tetap nampak segar dan cantik.


  • Kulit kusam mungkin akan kelihatan jelas dan terang bergantung pada jenis-jenis kulit. Anda kena kenalpasti ciri-ciri kulit kusam anda seperti dibawah
  • Kulit kering: kulit terasa ketat dan timbul dry patch, kulit tegang hingga timbul garis di beberapa kawasan, pori hampir tidak kelihatan.
  • Kulit berminyak: kulit terlalu berminyak di kawasan T-zone, kulit kelihatan lebih gelap, dan pori kelihatan besar dari biasa.
  • Kulit normal: kulit tidak lagi anjal dan menjadi kering, kulit akan kelihatan gelap dari biasa.


5 perkara penting bagi menjaga kulit yang wajar kita amalkan seperti berikut

1. Minum air secukupnya kerana dehidrasi berlaku bila kuantiti air dalam tubuh tidak mencukupi terutama dengan cuaca Malaysia yang panas.


2. Elakkan penggunaan air panas ketika mandi.  Ramai antara kita bila mandi air panas, pasti muka akan dicuci dengan air panas juga. Ini adalah penyebab kulit kering



3. Tidur yang tidak mencukupi dan tak teratur akan membuatkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kusam. Atasinya dengan tidur yang cukup dalam 7 hingga 9 jam sehari.

4. Stress juga memberi kesan kepada kesihatan & penampilan kulit wajah kerana stress boleh menyebabkan kortisol bertambah dan memberi kesan kepada peredaran darah ke kulit.Lakukan aktiviti yang boleh menghindari dari stress seperti bersukan dan membaca.

5. Amalkan penjagaan kulit dengan rutin skincare yang betul.

 Tip Atasi Kulit Kering Dan Kusam Supaya Kekal Lembap Dan Bemaya

Pastikan kita mahir dalam langkah asas penjagaan kulit muka bermula dengan pencuci muka, moisturiser dan sunscreen.  Jangan sesekali skip sunscreen atau semuanya akan jadi sia-sia.

Ok, saya nak kongsi tips penjagaan kulit yang betul bagi mengelakkan kulit kering dan kusam dengan menggunakan 3 produk dari Hansaegee ni setiap hari, pasti anda akan puashati

  1. Waktu malam – pastikan anda cuci muka dan tempelkan 92% Aloe Gel Mask selama 15 – 20 min dan kemudian oleskan Aqua Whitening Cream sebelum tidur.
  2. Waktu pagi – cuci muka dan sapukan Aqua Whitening Cream yang bertindak sebagai moisturizer kemudian sapukan Gold Nano CC Cream yang bertindak sebagai sunscreen.

Mudah kan!


Untuk mengekalkan kelembapan kulit, memang disyorkan anda memakai mask setiap hari tapi biasalah bila ada hari malas tu, pakai 2 atau 3 kali seminggu pun sudah memadai. Aloe Gel Mask ini berfungsi untuk menggalakkan kelembapan pada kulit disamping ianya membantu mencerahkan kulit kusam supaya kelihatan lebih bermaya dan segar


Rutin waktu malam – 92% Aloe Gel Mask + Aqua Whitening Cream


92% Aloe Gel Mask 


92% Aloe Gel Mask mengandungi kadar Gel Aloe vera sebanyak 92% dengan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan keseluruhan kulit wajah tanpa lekit. Menyegarkan kulit sensitif, kaya dengan kelembapan dan menenangkan.  Ianya mudah diratakan dan cukup melembapkan kulit.





Aloe vera adalah sumber semulajadi yang berfungsi untuk mencerahkan kulit, boleh melembutkan dan membantu menyingkirkan kulit mati dengan mudah. Ini akan menjadikan kulit wajah lebih terasa segar, lebih cerah, lebih bermaya dan nampak lebih berseri.



Disyorkan, selepas mandi anda cuci muka dan terus guna 92% Aloe Gel Mask yang mampu menggalakkan kelembapan pada kulit.  Pakai selama 15 hingga 20 minit sudah memadai dan tanggalkan. Dalam waktu pemakaian tu boleh la anda rehat sambil mendengar muzik tapi pastikan anda tidak biarkan mask tersebut lebih dari 20 min. Selepas ditanggalkan, guna jari untuk “dap dap” kulit muka untuk memastikan pati aloe vera menyerap masuk ke dalam kulit. Tak perlu dibilas dan sekiranya anda rasa ianya terlebih, guna tisu yang dibasahkan dengan air untuk lap sedikit


Aqua Whitening Cream



Aqua Whitening Cream, krim pelembap dengan air sebagai bahan asas, tidak berminyak dan tidak melekit.

Ianya membantu mengekalkan kesegaran dan kelembapan kulit sepanjang hari dan merawat serta mencerahkan kulit kusam serta mengimbangkan tona kulit yang tidak sekata.

Moisturiser ini harus digunakan setiap pagi dan malam


Cara pemakaian di waktu malam:

Sapukan Aqua Whitening Cream selepas selesai menanggalkan Aloe Mask dan ianya akan memberikan air secukupnya pada kulit wajah disamping mengekalkan kesegaran dan kelembapan untuk meresap masuk ke lapisan kulit wajah di sepanjang malam. 


Pemakaian Aloe Mask dan pemakaian Aqua Whitening Cream akan ‘mengunci’ kelembapan dan pati dari Aloe Masak yang meresap masuk ke dalam liang kulit tidak mudah hilang dan mengekalkan kelembapan serta kelembutan kulit sepanjang malam walaupun tidur di dalam bilik berhawa dingin. Kulit akan kekal lembut, lebih lembap serta cerah.


Rutin Waktu Pagi – Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream


Cara Pemakaian di waktu pagi : 

Mulakan pagi dengan menggunakan Aqua Whitening Cream yang akan melembapkan kulit wajah.  Teksturnya sangat ringan dan menyegarkan ini akan membuatkan kulit terasas sejuk bila dipakai.  Krim ini jugak akan menurunkan dan mengawal suhu kulit bila cuaca panas. Kulit pun tidak akan kehilangan air dengan cepat. Ianya tidak berminyak ini membuatkan kulit rasa segar dan tidak melekit. Selepas disapu rata, akan kelihatan bintik-bintik air yang akan memberi kesegaran pada kulit, kemudian sapu Gold Nano CC Cream yang bertindak sebagai sunscreen, mengandungi SPF50+ PA+++, yang mengawal kulit dengan sangat baik dari UA & UVB. Ini sangat penting untuk kulit kerana UV yang terlampau akan merosakkan lapisan permukaan kulit luar. Ini adalah punca kulit kering dan kusam disebabkan kerosakan pada lapisan kulit luar ini. Sementara CC Cream pula teksturnya sangat ringan, tidak berminyak dan cukup mudah untuk digunakan walau dalam waktu seharian yang sibuk. Kulit akan terjaga secukupnya dengan pemakaian kedua-dua produk ini. Kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari.


Gold Nano CC Cream 



CC Cream ini sangat ringan, lembap tapi tidak berminyak mahupun melekit. Kulit akan kekal segar semasa memakainya dan ia juga bertindak sebagai“Pelindung Matahari” dengan mengawal warna dan mencerahkan kulit. Produk yang mengandungi SPF50+ PA +++ ini melindungi kulit dari UVA & UVB dan membuatkan ton kulit lebih bersinar disamping melembabkan kulit sepanjang hari dengan cara semulajadi. 

Kandungan “Niacinamide” ini mampu mencerahkan kulit dan menratakan tona kulit yang tidak sekali secara semulajadi selepas digunakan, jadi kulit nampak semulajadi bersinar.

Cara pemakaian:

Sapukan CC Cream ini setiap hari di waktu siang selepas mengoleskan Aqua Whitening cream.  Kombinasi keduanya di waktu siang hari akan mengekalkan kelembapan kulit serta memberikan pelindungan dari sunburn dan kulit kelihatan lebih bersinar secara semulajadi.


Pendapat Peribadi Selepas Menggunakan 3 Produk Hansaegee

Keadaan cuaca panas Malaysia akan menyebabkan kulit mudah terhidrat, kulit cepat menjadi kering dan kusam tapi tidak semua orang tahu penyebab dan cara untuk menyelesaikan dan bagi mengatasi masalah kulit kering dan kusam. Jadi saya syorkan mulai rutin seharian dengan 5 langkah yang saya nyatakan tadi, dan pastinya anda akan dapat lihat kesannya.  


Jadi Tips Atasi Kulit Kering Dan Kusam Supaya Kekal Lembap Dan Bemaya adalah dengan rutin penjagaan kulit yang berterusan.  Saya sangat mengsyorkan 3 produk skincare dari Hansaegee dan puashati dengan hasilnya. Anda bila lagi?



Untuk dapatkan maklumat lanjut akan produk ini, boleh hubungi atau layari maklumat seperti dibawah ni

Brand: Hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop

Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!