Bagaimana saya bermula?
Saya mula menulis pada tahun 2006 di dalam blog yang lebih banyak berkongsi pengalaman dan berkongsi konten yang saya dapat dari sahabat luar negara dan saya berkongsi serba sedikit tentang kehidupan, kekeluargaan dan percutian walau tidak secara menyeluruh.
Kerjaya Sebagai Seorang Transkriptor |
Seingat saya pada 2017, saya dilamar untuk menulis artikel percutian disitu saya bermula menulis antara serius dan tidak tapi semakin rajin menulis dengan lebih menjiwai penulisan.
Namun, kekangan masa dan pekerjaan saya sebagai Pengurus Operasi sebuah syarikat pengembaraan menghadkan saya untuk menulis walau banyak content yang terbuku dan tersimpan di minda. Apabila saya jobless pada 2018, rezeki menulis dan menghadiri event serta dibayar juga menjadi rancak.
Pada Ogos 2019, pekerjaan sebagai Business Development Manager dalam sebuah syarikat pengembaraan online terhenti bila pihak syarikat tidak cukup fund untuk meneruskan perniagaan. Saya jadi jobless namun rezeki untuk menulis sebagai penulis bebas masih berjalan. Tawaran pekerjaan bukan tiada, tapi masalah lokasi dijadikan alasan untuk tidak mengambil kerana agak malas untuk melalui rutin 'punch in dan punch out'
Rutin sebagai seorang suri rumah dengan anak-anak yang sudah besar membenarkan saya kerap menulis, kerap membaca dan memberi peluang untuk saya lebih mencari ilmu dari pembacaan di Google tentang penulisan.
Kerjaya sebagai Seorang Transkriptor
Seorang penulis bebas, penulis upahan atau penulis siluman atau #ghostwriter boleh menjadikan seorang pentranskrip atau dipanggil transcriber atau transkriptor. Saya lebih menyukai ayat Transciber kerana Scribe dalam bahasa German bermaksud Tulis. Saya ni peminat bahasa German, boleh menulis, membaca Deutsch tapi dah kelaut dalam.
Penting bagi seorang penulis bebas untuk luaskan pembacaan, bagi seorang Transkriptor, kita perlu kenali ayat bagi memudahkan kita lebih peka dengan perkataan yang disebutkan. Fahami setiap butir ayat yang disebutApabila kita biasa dengan macam-macam perkataan, kerja-kerja transkrip juga akan lebih lancar.
Terdapat tiga jenis transkripsi utama iaitu Umum (general), Perubatan (Medical) dan Undang-undang (Legal). Saya masih amatur, jadi kerja-kerja transkripsi saya kesemuanya adalah general.
Bagaimanakah kerja seorang Transkriptor?
1. Transkrip audio iaitu memindahkan rakaman suara ke bentuk teks.
Bergantung pada klien, ada yang memerlukan kita mentranskrip teks pada setiap ayat yang disebut dan ada yang perlu kita buat 'summary' atau ambil hanya intipati untuk dijadikan artikel di akbar.
2. Transkrip video pula membabitkan menyediakan sari kata.
Bagi tugasan penstranskripan video, ada kalanya isi isi video dipindahkan ke fail teks, sebagai bahan penulisan artikel, buku, dan sebagainya.
Ini adalah antara cabang tugasan seorang #ghostwriter ya adik-adik.
Pernah lihat atau menonton situasi di mahkamah, perasan tak ada orang duduk mengadap mesin taip atau komputer? Tapi rasanya sekarang mereka dah guna recorder rasanya lebih mudah. Kalau guna mesin taip tu mesti pro gila.
Apa yang perlu untuk menjadi Transkriptor
Hidup kena berani, selagi ada rezeki menjengah, kita sahut dan sambut. Ok baiklah, saya punya pengalaman sebagai seorang setiausaha dan saya memasuki kolej kesetiausahaan dimana kami diajar mengambil Trengkas (Shorthand) dan mengambil ujian kecekapan menaip dengan mendengar audio.
Bayangkan waktu saya exam tu saya perlu menaip dalam Bahasa Inggeris menggunakan mesin taip manual. Jenuh masuk jari yang runcing kat celah antara alphabet dan nombor tu. Mujur juga jari runcing, kalau jari gumuks macam sekarang ni jenuhlah penuh luka-luka atau tersekat terus kan.
Teringin juga untuk sertai kursus sebagai Transkriptor untuk menambah ilmu tapi kosnya agak tinggi, dan kewangan agak tight dengan pelbagai perkara berbangkit. Teruk sungguh pengurusan kewangan saya sejak 2-3 bulan ni.
Tiada kelulusan atau sijil khusus tapi kalau anda ada pengalaman untuk menjadi transkriptor, yang penting kita perlu fokus, peka dan dapat membuat tugasan seperti masa yang ditetapkan dengan cemerlang. Pasti akan ada rezeki menjengah.
Sekiranya tiada langsung pengalaman, kelulusan dalam bidang berkaitan, boleh sertai kursus mudah yang terdapat anyak di faceook seperti yang saya hadiri, Kelas Ghostwriter oleh Upah Menulis.
Alatan Penting seorang Transkriptor
1. Komputer, laptop, Ipad atau Tablett sebagai peralatan untuk menulis. Bahan yang ditulis kemudian dihantar kepada klien dalam bentuk Word. Saya juga menggunakan Foolscap paper atau kertas kajang untuk mencatit butiran dari audio atau video. Kalau menulis perlulah pen atau pensil untuk tugasan mencatat kan.
2. Headphone atau earphone untuk mendengar bunyi dari rakaman atau video. Sebaiknya guna headphone yang kedap bunyi dari luar supaya kita lebih fokus dan dapat mendengar butiran dengan lebih jelas.
3. Pemain audio untuk memainkan aplikasi fail .mp3 yang diberikan oleh klien tapi zaman sekarang ni klien akan hantar rakaman suara dalam Whatsapp atau Telegram atau minta kita tonton rancangan yang ke udara di kaca televisyen untuk kita terjemahkan ke dalam teks.
Bagi saya itu saja keperluan saya untuk memulakan pekerjaan sebagai Transkriptor dan Alhamdulillah sehingga kini berjalan dengan lancar.
Saya juga ada membaca dalam blog pakar Transkriptor, Puan Siti Rahmah Moktaruddin, keperluan untuk membuat kerja transkrip lebih laju, kalau ada perisian yang baik seperti Expres Scribe. Harga lesennya sekitar RM130 atau guna perisian percuma yang boleh digunakan. Antaranya adalah Transcriber 1.5.1. Tambah beliau kalau ada Foot pedal pun bagus, alat bantu untuk melajukan kerja transkrip (untuk pause audio dan sebagainya), tanpa perlu mengalihkan jari dari papan kekunci.
Cabaran sebagai Transkriptor
Cukup mencabar kerana itu kita perlu peka dan dengar setiap bait ayat yang disebut. Berapa lama kita perlu selesaikan tugasan bergantung berapa lama audio tersebut tapi selalunya dalam 4 - 5 jam untuk fokus tapi saya ambil masa lebih panjang sebab kena uruskan kerja rumahtangga melainkan klien perlukan dengan kadar segera. Perlu segera jadi harganya pun agak lumayan ya.
Anda memerlukan seorang pentranskrip? Hubungi saya di Facebook
Jenis Transcription yang melibatkan Transkriptor
1. General Transcription
Transkripsi umum yang meliputi banyak bidang selain perubatan dan undang-undang. Antaranya ialah akademik, kajian, bisnes, podcast, temu bual dan banyak lagi. Bidang ini menawarkan banyak ruang dan permintaan, walaupun anda baru menceburinya dan tidak ada pengalaman.
2. Medical Transcription
Secara asasnya, transkripsi perubatan melibatkan kerja-kerja memindahkan audio daripada pengamal perubatan ke bentuk teks. Antaranya ialah sejarah perubatan pesakit, ringkasan discaj, dan laporan perubatan.
Pada tahun 2019, US Bureau of Labor Statistics mengeluarkan laporan bahawa permintaan untuk transkripsi perubatan di Amerika Syarikat menunjukkan trend menurun.
3. Legal Transcription
Seperti perubatan, transkripsi guaman melibatkan banyak istilah bidang. Maka, pentranskrip perlu ada pengetahuan berkaitan.
Anda perlu fasih dalam bahasa yang mahu ditranskrip dan faham format mahkamah.
Disebabkan sistem undang-undang di setiap negara berbeza, bidang ini selalunya terhad kepada negara asal/ pemastautin pentranskrip.
Baca Juga : 5 Panduan Buat Ibu Bekerjaya Ingin Berhenti Kerja
10 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeletejana rezeki sebagain transkriptor
Alhamdulillah Wak, Allah hadirkan rezeki walau tidak semewah dulu tapi tetap ada dan walau kecil tapi terasa sangat besar sangat..
DeleteKecekapan dan kesabaran ini dua aspek penting PC rasa yang penting untuk menjadi transktiptor.
ReplyDeletebetul PC...selain kena peka pada ayat, kecekapan dan kesabaran pun kena tinggi..hehe
DeleteVery ınteresting post:) thanks for your sharing...
ReplyDeletethank you my friend
DeleteWahh bestnyaaa. Macam teringin pulak. Terim akasih kongsi. Nanti akak kongsi lah lagi antara job2 yang pernah akak buat sebelum ni. Kalau tak keberatan lah hehe
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu!
Terima kasih Ain, InsyaAllah nanti kalau ada ruang dan masa akan dikongsi lagi..
DeleteAssalamualaiku hai. Seronok betul baca post Cik Fuzy ni. Saya teringin nak ceburi kerjaya mcm ni, cik ada rekomendasi atau aplikasi untuk orang2 atau student2 yang ingin nk cuba, atau panduan buat kami yang baru nak mula ceburing kerjaya ni tak? Saya teringin nak 'explore' bidang ni. Terima kasih :)
ReplyDeleteMacam mana saya ingin ceburi dalam bidang ini?
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!