KL Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi

KL Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi | Entah tak tahu kenapa masa PKP 3.0 ni memang terasa sangat bosan dan buntu walhal tidak ketat seperti PKP yang lalu. Pergerakan terasa amat terhad apatah lagi rentas daerah dan negeri tidak dibolehkan. Mungkin sebab dah terlalu kerap perintah kawalan pergerakan tapi kadar mereka yang dijangkiti covid-19 tidak surut malahan bertambah.


Saban hari ramai kenalan update kat social media, kerinduan untuk travel ke luar Negara dan dalam Negara, rindu nak ke ke tepi pantai mandi laut dan paling sedih ramai yang rindu mak ayah, adik beradik dan segala macam kerinduan termasuk rindu nak makan nasi kenduri.


Teruja bila melihat ramai yang buat tagging sesama sahabat terpilih untuk berkongsi destinasi percutian yang menggamit memori dengan meletakkan gambar tanpa caption, umpama biar gambar berbicara lagaknya. Memang kerinduan nak bergerak ke luar Negara mahupun ke dalam negara dah tak tertanggung dan apa yang pasti peluang untuk ke luar negara dalam jangka masa terdekat ni masih samar-samar dengan pelbagai isu. Memang pening bila memikirkannya tapi saya kira langkah terbaik ianya bercuti dalam negara sendiri dan meningkatkan ekonomi negara dahulu. Sangat penting untuk memastikan sector pelancongan negara kembali berkembang seperti tahun-tahun yang lalu serta membolehkan hotel, resort serta homestay kembali beroperasi rancak disamping memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai.


Seperti mereka, saya pun tak terkecuali berangan nak rentas negeri, nak bercuti ke setiap negeri dalam negara tak terkecuali ke Langkawi sambil menikmati makanan sedap dan bermain ombak kecil di gigi pantai. Kalau dapat peluang tu memang saya tak akan lepaskan


Bila kerajaan mengumumkan Pulau Langkawi akan menjadi destinasi pertama dibuka untuk bercuti, cukup ramai yang rindu untuk travel mula membuat tempahan bilik penginapan, tiket kapal terbang. Siapa tak suka sebab boleh shopping kat pulau bebas cukai dan menikmati pantai dan laut.



Agaknya kalau dapat peluang bercuti ke Langkawi, saya rindu nak menginap di Berjaya Langkawi Resort tapi buat masa sekarang ni cuma mampu berangan dulu sebab anak-anak ada yang tak cukup dos dan si bongsu yang masih bersekolah pun belum dapat tarikh untuk vaksinasi. Memang banyak hotel lain di Langkawi yang bagus dan cantik tapi saya sukakan Berjaya Langkawi Resort dengan konsep seperti chalet tu atas air atau chalet dalam hutan yang mana chalet ni punya balkoni persendirian dan susun atur dalaman kontemporari.


 


Memang cantik aerial view Berjaya Langkawi Resort ni kan.


Walau dibolehkan, saya tak sanggup nak ke sana sebab pasti terlalu ramai orang dan aspek SOP pun kemungkinan tidak dapat dipatuhi sepenuhnya oleh kebanyakan orang. Jadi perlukah saya ambil risiko? Demi kesihatan saya dan keluarga, semestinya tidak! Kita tunggu keadaan kembali reda dan tenang dulu, baru kita ke Langkawi sebab Pulau Langkawi bukannya nak hilang pun kan.


Kita letak tepi dulu Pulau Langkawi yang ternyata masih melambai-lambai tapi perlu dicongak pelbagai faktor. Rentas ke negeri lain pun tak boleh, jadi apa kata kita nikmati bandar sendiri dan nikmati KL Staycation. Kuala Lumpur pun punya pelbagai tarikan dan banyak lokasi pelancongan yang menarik yang pasti ramai antara kita tak pernah jejak atau dah lama tak pergi, jadi inilah masanya kita repeat.


 



Selain banyak pilihan hotel, hotel di Kuala Lumpur lebih banyak kemudahan sudah tersedia, berdekatan dengan pusat membeli belah, kedai makan dan semestinya kita sedia maklum tempat-tempat yang boleh kita balas kunjung dan rakamkan buat kenangan.



Memandangkan kita cukup arif dengan Kuala Lumpur, apa kata kita bercuti dengan menaiki pengangkutan awam untuk ke hotel yang kita tempah. Kita boleh bergerak ke lokasi pelancongan dengan kenderaan hop on hop off atau sewa teksi atau guna e-hailing. Selain kita mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya, kita tak perlu pening untuk mencari tempat letak kereta disamping kita membantu menambah pendapatan. 



Kalau tiada anak kecil, bukan bermakna kita tak boleh ke Aquaria, Pusat Sains Negara, Tugu Negara, Hutan Simpan Bukit Nenas, Selfie Muzium, Taman Burung Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur, KLCC dan banyak lagi lokasi yang boleh kita lawati dengan berjalan kaki. Kalau bercuti bersama keluarga atau mungkin sahabat alumni, pasti aktiviti ini semua pasti menjadi memori indah


Jadi bila anak-anak nanti telah cukup pengambilan dos vaksin atau mungkin saya akan ajak KL staycation bersama rakan yang telah lama tidak ditemui sejak pandemic melanda. Pastinya saya akan ambil peluang sambil menikmati serta memeriahkan café favourite seperti dulu.


Post a Comment

7 Comments

  1. Kita round yang dekat-dekat dulu laa yeaa...huhu.. Cikma dapat kuar daerah kejap pon ok nihhh.. malam bal;ik rumah tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikma..dapat keluar ke taman tasik pun dah memadai bagi umi...

      Delete
  2. Betul kak. Rindu sangat nak travel, cuti sana sini. Balik kampung paling rindu. Wpun sekarang ni sektor pelancongan dah dibuka, bermula dari Langkawi. Tapi biar lah dulu. Langkawi tak lari. ada je kat situ,kan. Kita round KL/Selangor dulu pun okey. Banyak je tempat menarik yang kita boleh explore kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiez..skrg kita kena jaga kita...nanti bila keadaan dah 100% selamat, pergi la mana pun kan

      Delete
  3. Warming up... Ronda yang dekat2 dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..banyak tempat boleh kita pergi kat KL ni, mana yang belum pergi dan kalau dah pergi, kita lawat semula kan

      Delete
  4. Pusing dekat-dekat je pun dah lega. Paling jauh balik kampung. Belum terasa nak bercuti-cuti sangat lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!