Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama | Hari Isnin lepas, saya pergi menjemput Ain, anak buah (anak adik ipar) yang tiba dari Penang yang sangat rapat dengan anak-anak. Katanya nak bercuti 2 minggu di KL. Maklumlah sepupu kan, malahan KC Iman yang dulu belajar di Jitra sering ke rumah adik ipar di Batu Maung pada setiap hujung minggu atau pada setiap cuti dengan menaiki ETS atau kadang kala dijemput Mak Teh (adik suami) ni.

Rutin setiap hari memang padat setiap hari, tapi hari ni lebih sikit sebab en suami masih belum balik dari Kelantan, jadi tugasan menghantar Cik Meya ke tempat IL, memasak, hantar lauk kat rumah bonda, ambil alih tugas en suami ke dobi untuk basuh baju sebab kain baju dah menimbun..fuhhh. Kalau jalan kaki atau berlari memang sah, hilang berkilo-kilo lemak kan. 

Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Selesai semua sempat la jugak rehat dalam 15 minit sebelum bergegas ke KL Sentral untuk menjemput Ain yang dah sampai ke stesen jam 1340, tapi sebab laluan tu memang saya arif jadi tak jadi masalah dan Ain yang berusia 19 tahun pun bukan pertama kali turun KL. Jadi, tak perlu terlalu risau takut dia sesat bagai.

Kebiasaannya, kalau KC Iman ikut, ditambah dengan cikapplepie, memang langkah jadi panjang sikit sebab kami pun coffee hunter..heee. Kalau dalam perjalanan nak menjemput Ain tu, KC Iman cakap ada Buritos dijual di Danau Kota, jadi lepas jemput Ain kami panjangkan pemanduan demi Buritos.

Pusing punya pusing sampai 2 kali, sambil KC Iman tengok kiri, cikaapplepie tengok kanan dan Ain tengok kiri kanan, tak pula nampak gerai Buritos, dah la tak de info spesifically kat mana gerai tu dalam IG ke TT tah. Lepas jenuh dok refresh, nampak notis kat media sosial Buritos tu yang kedai ditutup. 

Dah jauh berjalan tak akan nak balik tangan kosong kan, jadi kami fikir baik beli Tong Mo yang dok viral. Sebenarnya nak beli lama dah Tong Mo ni yang kami nampak dijual di Setiawangsa tapi tak ada kesempatan nak beli sebab, samada terlupa atau waktu balik tu tak lalui jalan yang sama.


Ada yang pernah makan Tong Mo?

Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama


Kalau dulu kita akan nampak daging yang berangkai tergantung seakan sosej dijual oleh penjual berbangsa cina. Nampak sama tapi tak serupa, yang ni Tong Mo ni halal.

Tong Mo adalah makanan tradisional rakyat Kemboja, sosej daging cincang yang disumbat ke dalam usus lembu nipis. Daging cincang ini pula diperap dengan berberapa bahan dan rempah istimewa dan diikat memanjang seperti sosej. 

Tongmo merupakan sebutan orang Melayu Champa dan asalnya dipanggil Sektrok/Twah go oleh orang Khamer. Sosej ni ada diseluruh negara tapi tak semua halal. Jadi kalau teringin tu pandai-pandailah cari yang halal

Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama


Tong Mo atau sosej yang bergantungan ini akan dibakar garing dan dicurahkan sos dengan jeruk betik. Jadi rasanya cukup dengan kombinasi manis daging dan manis masam. Mungkin di sesetengah tempat sos yang digunakan adalah berlainan.

Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama


Memang saya peminat daging tapi secara jujur, Tong Mo tidak akan menjadi kesukaan kerana tak rasa juicy macam yang diperkatakan. 1 bahagian sosej yang saya ambil tu sedap bila diregukan dengan jeruk betik tapi bahagian Kak Yang tu daging kurang tapi lebih lemak. Bila makan tu terasa lemak melekat di lelangit dan memang ianya spoiled the taste. #lainoranglaincitarasa

Hajat hati nak cari Burritos tapi tutuplah pulak. Dah alang-alang ke Danau Kota, tak kan nak balik tangan kosong kan..hehe. Tu yang Tong Mo dipikat dan diangkut pulang. Bak kata orang putih, once is enough.

Rupanya masih ramai yang tidak pernah makan Tong Mo ni dan ada yang seperti saya, akan makan sekali saja sebab tidak menepati selera (mungkin faktor usia) apatah lagi bila ianya dah sejuk, lemak yang terdapat dalam Tong Mo melekit di lelangit.

Peringatan : kalau pakai braces atau jenis gigi tak kuat, jangan makan sebab isi dia padat dan ada bahagian agak liat. Kang tak pasal-pasal tercabut braces tu nanti.

Post a Comment

9 Comments

  1. Pertama kali dengar dan tahu ni kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke PC..tong mo ni viral dah agak lama, kalau tak silpa tahun lepas atau awal tahun ni, tapi tak berkesempatan nak mencuba

      Delete
  2. saya pun tak pernah makan tong mo.. setakat ni belum terniat lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak teruja juga awal tu Yan, tapi bila lalu kat kedai adik, berkali2 ternampak dan anak2 pun kata, jom Umi kita cuba..heee. Cubaan pertama dan terakhir sebab tak kena dengan tekak

      Delete
  3. Kak sedap ke makanan ni kak? lea tak penah cuba lagi.. tengok ramai yang jual cuma tak berani nak cuba.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm kita makan sate Lea, bahagian yg akak makan tu sedap tapi yang anak makan tu berlemak isinya dan bila sejuk kita rasa mual dan lelangit terasa melekit minyak..tu yg spoil tu

      Delete
  4. Saya pertama kali rasa tongmo waktu belum viral di Kubang Kerian, Kelantan. Sedap. Bila dah viral, saya cuba sekali di kawasan rumah di Nilai. Tapi rasanya mengecewakan. Saya tak sabar nak balik Kelantan dan rasa tongmo di kedai pertama dulu sekali lagi dengan harapan rasanya tidak mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pertama kali makan rasa sedap, kita pasti cuba lagi tapi kalau tak sedap, memang sekali dah cukup..moga Ili dapat jumpa tong mo kedai pertama tu nanti

      Delete
  5. Ammi antara yg tak pernah makan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!