Figura International Lancar Dua Produk Kesihatan

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran produk kesihatan Figura dan Figura Coffee Latte oleh Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International), sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Majlis pelancaran cukup meriah berlangsung di Hotel Flamingo dihadiri oleh para stokis dan agen.


Majlis turut dihadiri oleh Pengasas dan Penyelidik yang terlibat dalam formulasi produk dari Figura (M) Sdn Bhd., antaranya Profesor Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustafa selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM


Produk Figura
Figura International Lancar Dua Produk Kesihatan 

Terdapat dua produk yang dilancarkan iaitu Figura, produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import manakala Figura Cofee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam. ekstrak maca, garam bukit dan stevia. 




Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid, syarikat yang bermula tahun 2018 itu kini mengorak langkah sebagai jenama global dalam industri networking melalui platform produk pemakanan kesihatan dan kecantikan. 


“Figura Intemational komited untuk muncul sebagai lima (5) pemain utama dalam industri networking menjelang 2025. 

‘Pendekatan networking secara dalam talian yang kami dedahkan kepada agen-agen Figura juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan para usahawan menggunakan platform digital, supaya lebih berjaya dalam perniagaan ," Katanya. 


Ejen mampu menjana pendapatan 4-5 angka dengan jualan hebat Figura malahan mampu membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19


Bagi merealisasikan matlamat itu, Figura International menjalinkan kerjasama akademik dengan tiga (3) pakar penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi berbanding harga yang ditawarkan. 





Mereka adalah Profesor Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustafa selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM. 

"Hasil penyelidikan kedua-dua pakar ini mengesahkan antioksida yang terkandung dalam Figura adalah tujuh kali lebih tinggi daripada vitamin C,”’ jelas Mohd. Hafiz. Antioksida yang tinggi penting untuk meningkatkan imunisasi dalam badan sekali gus dapat mengawal atau mencegah pelbagai serangan penyakit. 


Profesor Dr Noor Hassim Ismail dari HUKM pula menjadi pakar penyelidik ketiga (3) yang bersama Figura International. Kajian beliau mengesahkan Sacha Inchi sebagai bahan utama mampu membantu meningkatkan kesihatan ke tahap yang lebih baik. 




Hasil kerjasama tersebut juga mencatatkan sejarah tersendiri, iaitu Figura International menjadi syarikat networking yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga (3) pakar perunding dan penyelidikan dari UKM dan HUKM. 

Pelancaran Figura Coffee Latte





Figura Cofee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam. ekstrak maca, garam bukit dan stevia. 

Kajian yang dijalankan, terbukti bahan utama iaitu Sacha Inchi yang digunakan dalam kopi tersebut mengandungi kandungan antioksida yang tinggi iaitu Omega 3,6,9, Vitamin A dan E. 




Figura pula adalah produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import. 

Figura International mahu berkongsi keistimewaan produk yang dihasilkan bersama seluruh rakyat Malaysia dengan tanpa mengetepikan produk berkualiti dan halal.


Laman web :  www.figurainternational.com

Facebook : https://www.facebook.com/figurainternational/

Instagram : @figurainternational.hq


#FiguraInternational #FiguraS #FiguraCoffeeLatte



Post a Comment

0 Comments