Kalau sebut Lulu jer pasti ramai yang sedia maklum kalau Lulu buat jualan murah ni memang betul-betul murah dan berbaloi. Jadinya semalam saya berkesempatan ke Lulu Hypermarket Capsquare sebab Lulu mengadakan jualan besar-besaran bersempena 11.11. Ada pelbagai tawaran serendah RM11 tau!
Tawaran menarik di bahagian Elektronik yang dengan potongan harga yang sangat berbaloi seperti jenama Sharp, Philips, Panasonic dan banyak lagi. Seperti contoh peti sejuk Sharp 2 door RM1449 (harga asal RM2099), Philip UHD LED TV RM2199 (harga asal RM3099), Asus Eduction Notebook Celeron RM1449 (harga asal RM1699), Samsung UHD Smart LED TV RM2399 (harga asal RM3499)Samsung Washing Machine Top Load RM549.00 (harga asal RM879), Xiomi Redmi 10 6GB + 128GB RM649 (harga asal 749) dan banyak lagi.
Perhatikan sesetengah barangan tu ditawar potongan sebanyak 50% tau. Walau bagaimanapun barangan elektronik tidak terdapat di Lulu Amerin Mall ya.
Di bahagian pasaraya pulak banyak tawaran dengan potongan harga yang cukup murah berbanding pasaraya kat sebelah rumah anda tau.
Bersempena Tawaran Lulu 11.11 Big Sale ni, Lulu turut mempromosi BELI LOKAL SUPPORT LOKAL iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia, yang mana kita boleh mendapatkan pelbagai produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kesemua cawangan Lulu.
Memang banyak barangan lokal yang kita guna seharian yang dijual dengan harga diskaun antaranya Tisha's Roti Paratha Jumbo 1.5kg RM17.99 (harga asal RM20.00), Sos Cili Enaq RM2.80 (harga asal RM4.00), Hilmie's Aneka Rempah BBQ RM3.99 (harga asal RM5.90), Sos Lada Hitam Enaq RM3.30 (harga asal RM4.75), Pawada Cornbeef 340g RM10.99 (harga asal RM15.50), Syampu Safi Shayla 320g RM8.75 (harga asal RM13.50). Kopi Hang Tuah RM6.99 (harga asal RM99) dan banyak lagi
Jadi jom kita ke LuLu Hypermarket yang berdekatan dengan anda sebab Lulu 11.11 Big Sale ni akan tamat pada 14 November 2021. Saya sudah, awak bila lagi nak grab tawaran hebat kat Lulu ni.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram LuLu Hypermarket.
4 Comments
Jom..!
ReplyDeletetak pernah nampak pulak Lulu ni kat Johor
ReplyDeleteRasa mcm lama dah tak pergi LuLu
ReplyDeleteammi biasa pergi ke M di USJ tu..sesekali bila ke Lulu terasa lain sungguh harganya
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!