Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala | Agak panjang, hehe tapi saya cuba pendekkan dari hari kami disahkan positif sampai potong gelang pink. Selalu saya suka usik kawan-kawan bila mereka tunjuk gelang pink, saya akan sebut..eh tahniah! its a girl!.
Bila kena pada diri sendiri, saya tak berapa kongsi sebab nak berfikiran positif. Nak rasa lebih tenang dan tak nak fikir pasal diri yang disahkan positif covid.
Ramai yang bertanya macam mana saya boleh positif Covid-19? Alkisah DH disahkan positif selepas membuat PCR kali kedua selepas pulang dari Melaka dengan simptom demam dan sedikit batuk. DH sepatutnya habis bertugas hari Ahad selepas upacara angkat sumpah di Melaka tapi hari Khamis tu dia mesej bagi tahu team dia akan pulang malam tu juga kerana salah seorang crew disahkan positif.
Jadi sebelum balik tu team dia terus buat swab test di Dunia Lab dan Alhamdulillah, keputusannya yang dapat keesokkan harinya (Jumaat 19 November) adalah -ve dan crew yang +ve tu masih orang yang sama. Lega rasanya tapi DH tetap kuarantin dan jaga penjarakkan seperti sebelum-sebelum ni.
Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala |
Ini bukan kali pertama ada crew yang bersama DH yang positif, sejak mengundi di Sabah dan DH akan kuarantin di rumah di dalam bilik, jadi kali ni pun sama. Kami tidur berasingan dan dia makan pun berasingan. Bila dia keluar ke bilik air, laluan dia disembur dengan disinfectant.
Memandangkan DH kena kuarantin, kami pun kuarantin diri dengan tidak berkumpul di rumah bonda pada setiap Sabtu seperti biasa. Tapi hari Sabtu tu memang saya ligat la dengan ke pasar Datuk Keramat untuk stok barangan basah seminggu dengan Cik Meya, ke dobi dengan cikapplepie sebab baju banyak nak kena basuh dan kemudian ke Pasaraya Hero dengan Kak Yang untuk barangan kering. Memang suka settlekan kerja at one shot sebab lepas tu boleh lunjur kaki dan rehat.
Pada hari Ahad (21 Nov), DH dah mula rasa nak demam, bak kata orang Perak, dedor. Hari Isnin pula, kesemua team diminta buat PCR sekali oleh pihak HR dan DH cukup kancheong bila result tak dapat-dapat walau pergi buat swab test pagi tapi sampai malam baru dapat result. Bila result dapat, lagilah dia gelabah sebab kali ini dia postive bersama seorang lagi crew.
Sebenarnya sebelum DH balik pun saya kurang sihat sebab bila DH outstation, saya perlu hantar Cik Meya kerja (intern di Finas Ulu Kelang) dan mungkin juga sebab perubahan cuaca yang kejap hujan dan panas tapi hari isnin tu dah terasa sakit pinggang dan demam malam tu. Bila DH dapat result, terus dia minta saya dan anak-anak buat test keesokkan harinya. KC Iman yang berada di Shah Alam membantu kedai kawan dia terus tak dibenarkan balik dan KC Iman tinggalkan makanan yang dia bawa balik di luar sementara dia menginap di rumah kawan. Sedih sungguh tapi untuk pastikan dia tak terbabit sekali.
Bila DH positif, secara otomatik kami pun kuarantin diri dan keluar untuk buat PCR pada hari Selasa. Petang tu kami dapat keputusan, saya, Angah Ammar, KY Amanda dan cikapplepie disahkan positif kecuali Cik Meya. Memang saya dah pasti akan positif sebab demam panas, selesema dan sesak nafas seperti juga anak-anak yang lain kecuali Cik Meya yang masih kebal mungkin sebab dia dapat AstraZeneca la kot. Kami yang lain dapat Sinovac, cikapplepie dapat Pfizer dan KC Iman dapat AZ juga.
Sebenarnya saya akan berrisiko kerana ada sejarah pneumonia sejak kecil hingga sekolah menengah. Bila demam selesema memang cukup menganggu sebab kahak akan terasa menyekat penafasan. Kalau dulu tak berapa bimbang walau lambat baik bila selesema tu tapi kita semua tahu virus Covid19 ni menyerang antaranya paru-paru sebab tu mereka sukar bernafas dan mereka yang positif ni walau sudah baik punya masalah dengan penafasan dan cepat rasa penat. Dengan sejarah kesihatan saya ni memang saya agak risau tapi masih kekal positif dan belajar cara penafasan yang betul. Nanti kalau ada kesempatan saya kongsi bagaimana saya belajar penafasan yang betul dan tidak panik.
Kesian pada sahabat sekolah saya yang sepatutnya buat mini reunion pada hari Jumaat di Spa tidak dapat join sekali sebab pada hari Ahad tu kami sempat hi-tea di Cosy Place Wangsa Maju. Mungkin juga saya dapat demam sebab kena hujan waktu balik dari makan-makan.
Hari Selasa hingga hari Khamis, tahap demam saya jadi tinggi dan memang agak kurang bertenaga. Memang rekod saya makan 7 biji panadol selang 8 jam selama 3 hari berturut-turut kerana risau kalau demam melarat dan saya dikehendaki ke MAEPS atau kena angkut ke hospital. Sebenarnya kami sekeluarga ni memang jarang makan ubat demam bila demam sebab kami lebih suka antibodi yang buat kerja dan kami akan makan madu, habbatussauda dan cuba cara tradisional seperti minum limau, air kelapa untuk penyembuhan dan banyakkan minum air putih. Tapi saya tewas kali ni sebab bimbang demam tak hilang.
Aktiviti setiap hari pulak berubah dengan buat check BP, oksigen, suhu dan kemaskini My Sejahtera. Bila dapat result dari Dunia Lab, automatik status MySejahtera pun berubah warna. Fuhh memang menggerikan bila tengok warna merah dan saya positif bergejala. Begitulah antara rutin kami setiap hari sehingga hari Khamis, pihak CAC hubungi, siap interview di talian dan aturkan temujanji untuk saya dan 4 anak untuk ke CAC Titiwangsa. Alhamdulillah demam panas pun dah makin reda cuma ada sedikit batuk dan masih selesema. Paling sakit hati hilang deria rasa, hilang deria bau bila result positif. So makan pun bak kata orang putih, eat for the sake of eating tapi ada perasaan gituuu.
Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala |
Temujanji kami ke CAC di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Disember, hari Khamis jam 10.30 pagi tu memang kami pergi tapi agak cuak. Mana tau kot ada ujian lain dan mujur tak berapa ramai orang tapi proses tu agak lambat sebab ada 5 kaunter yang kami perlu jumpa bermula petugas kesihatan akan buat sesi selidik, check kesihatan, petugas akan masukkan details dari borang dan akhir sekali pasang gelang pink.
Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala |
Alhamdulillah, mujur waktu check suhu badan dah turun ke 36.1, BP : 140/90, kadar oksigen 98% dan kalau dari 95% memang dah tahap amaran.
Kami pemilik gelang pink !
Memang keluar rumah ke CAC dan balik terus tanpa singgah kemana-mana dah. Memang kami berkurung seperti biasa dan urusan makanan kami dapatkan dari GrabFood tapi untuk beberapa hari tu pun bukan lauk pauk sebab walau tiada deria rasa dan bau tapi tahap cerewet dengan lauk kedai tu masih tinggi. Dah perut Melayu kan, jadi DH perlu makan nasi dan buat pertama kalinya saya cuma memasak nasi dan 1 jenis lauk.
Memang tak jangka dan sangka yang kami kehilangan deria rasa, deria bau dan mood makan tu hanya sekadar makan supaya tak lapar. Bayangkan bila tiada deria rasa, entah apa rasa lauk tapi habis juga. Kalau lalu depan lori sampah dulu siap tahan nafas tapi sekarang boleh relax je. Kata cikapplepie ada kes yang dapat bau makanan tapi semua berbau busuk. Mujur tidak pada kami sekeluarga dan tak boleh bayangkan bila ada kes sebegitu. Minyak wangi yang disembur pun tiada dapat dihidu keharumannya, najis kucing dalam bekas pasir pun tak boleh dihidu. Hahaha memang parah rasa, paling parah dek kerana tak larat, baki gulai yang saya masak tak dibuang pun saya tak boleh nak bau. Gulai ikan memang tahan lama kalau dipanas dan dipanaskan lagi tapi kalau lebih 2 hari tidak dipanaskan, gulai basi pun saya tak boleh bau!
Sehingga saya berkongsi hari ni pun, deria rasa ada hanya pada rasa manis, terlebih masin tapi rasa pedas tu masih tiada. Jadi makan makanan pedas tu memang tak enjoy langsung. Deria bau pula sesekali jer dapat bau terutama yang kuat harumannya. Aroma nasi yang dimasak. sup yang ditumis, sambal udang petai yang ditumis pun tak dapat dihidu, jadi feeling makan tu terus jadi biasa-biasa untuk perrut. Seksa? agaklah sebab bila kita selalu akan mencium bau makanan tapi tiada bau yang dapat kita hidu.
Secara jujurnya, kami tiada masalah kesihatan yang kronik jadi kami cuma dapat demam yang agak berlanjutan dengan selesema dan batuk serta sedikit diarhea, bila makan sikit pun akan terus ke toilet. Tapi tu semua masih kami anggap tiada simptom yang membimbangkan dan bab ke toilet kerap tu boleh la jadi penyebab untuk kurus kan.
Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala
Potong gelang pink dan tamat tempoh kuarantin
Akhirnya hari Sabtu, gelang pink dipulangkan dan proses kali ni lebih laju sebab kami perlu ke kaunter 1, kaunter 3 dan kaunter 5 untuk potong gelang.
Terima kasih pada adik beradik, saudara mara dan para sahabat yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga dan semoga kita semua terus sihat dan Covid 19 hapus dari bumi untuk kita jalani kehidupan seperti biasa tanpa ada kerisauan.
Sehingga hari ini selepas hari ke 24 (hari ini) deria bau tak berapa ada, terkadang kalau bau busuk yang kuat seperti lori sampah, tak berap nak boleh bau tapi kalau makanan basi seperti sambal petai udang yang dah 2 hari memang saya tak dapat bau. Pasti ramai yang tahu bagaimana bau sambal udang petai kalau dah lebih hari bukan sebab kurang masak tapi selera makan tu kurang tapi kalau dapat sup atau makanan berkuah seperti Kimchi Jjigae atau masakan bersup tu laju jer di tekak. Mujur anak yang sulung sihat jadi dia boleh ke pasar belikan ketam sementara perut yang dibuat sup tu memang ada dalam stok.
Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala |
Paling menakutkan bila penafasan kita pun akan jadi masalah sebab kita rasa cepat penat. Apa yang saya tahu, gejala seperti selesema, batuk akan mengambil masa panjang untuk sembuh sepenuhnya tapi saya tetap berusaha dengan pemakanan secara tradisional seperti minum air sirih, minum lemon dan madu, habbatussauda dan banyak lagi.
Selain dari tiada deria rasa, deria bau serta batuk, saya pun alami dehidrasi juga hingga bibir terasa kering. Mungkin bukan simptom, mungkin hanya kerana perubahan cuaca. Bila terlebih rushing buat kerja terasa penat mungkin sebab faktor usia. InsyaAllah saya dan keluarga akan terus sihat seperti biasa.
Teringat ada seorang sahabat yang disahkan positif sekeluarga, dia bagitau yang jiran-jirannya pandang serong pada mereka. Memang saya rasa pelik bila ada jiran sebegitu tapi bila dah terkena baru saya faham yang mereka ni takut tapi secara jujurnya kita tak perlu melihat mereka yang sakit akibat Covid ini dengan pandangan negatif kerana mereka sendiri tidak mahu. Tapi kalau ada anak-anak yang balik kampung hingga menyebabkan satu keluarga bahkan satu kampung terbabit sama macam kes sebelum ini, maka boleh la kita persalahkan si pembawa ni.
Ok, InsyaAllah nanti saya kongsi lagi supaya anda yang disahkan positif akan terus kekal positif dalam kehidupan. Setiap penyakit ada ubatnya, InsyAllah
7 Comments
Tq kongsi pengalaman.
ReplyDeletesama2..moga kita tak perlu terlalu risau dan lebih bertenang
DeleteALLAHU..semoga yang baik- baik aje untuk kak Fuzy dan keluarga
ReplyDeleteAamiin..terima kasih SA. InsyaAllah, kami akan recover soon
DeleteAllahuakbar.. semoga akk diberi kesembuhan & kesihatan yg baik.
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeletesemoga dipermudahkan kak fuzy
pengalaman berharga
tqq kongsi pengalaman
Terima kasih sudi kongsi pengalaman.Semua org taknak kena C19 tapi ujian Allah ,kita kena redha.Semoga cepat sembuh sepenuhnya & jaga kesihatan ya..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!