- Ikan Terubuk Bakar
- Ikan Bakar Simple
- Ikan Kembung Bakar
- Ikan Bakar Berempah
- Ikan Bakar Percik
- Ikan Bakar Percik Kelantan
- Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas
- Ikan Bakar Sumbat Sambal
- Ikan Bakar Sumbat Sambal Kelapa
- Ikan Bakar Ala Portugis
- Ikan Bakar Tomyam
- Ikan Bakar Sambal Petai
Kalau ada ikan bakar, tak sah kalau tak ada sos pencicah kan, jadi saya sediakan 3 resepi air asam untuk digandingkan dengan ikan bakar.
Resepi Penciciah Ikan Bakar
- Air Asam Utara
- Cili Kicap
- Air Asam Kicap
1. Ikan Terubuk Bakar
Bahan-bahan
1 ekor ikan terubuk
garam kasar
Cara membuatnya :
- Ikan terubuk, dibuat isi perut dan dibelah bahagian belakang dan dibasuh dengan perahan limau kasturi. Ikan terubuk tak perlu dibuat sisik dan kalau si pemotong ikan tu pandai, dia akan potong dan selarikan tulang supaya mudah untuk diambil isi ketika makan.
- Lumur dengan garam serata bahagian ikan terubuk hingga rata. Biarkan seketika.
- Bakar sehingga ikan masak.
Baca juga : 20 Resepi Ikan Yang Pasti Memikat Hati Suami
2. Ikan Bakar Simple
Bahan-bahan
1 ekor ikan kembung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara membuatnya :
- Bersihkan ikan dan kelar. Gaul rata ikan bersama garam dan serbuk kunyit, dan perap selama 10 minit.
- Panaskan pemangang dan bakar ikan. Sapukan sedikit minyak pada permukaan pembakar dan bakar hingga masak
- Angkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam/kicap atau sambal.
3. Ikan Kembung Bakar
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 batang serai
Bahan-bahan di atas dikisar kecuali ikan
– 1 biji limau nipis, diambil jus
– Garam secukup rasa (gunakan garam bukit lebih elok)
Cara membuatnya :
- Bersihkan ikan, ketepikan
- Gaulkan bahan kisar bersama ikan dan perap selama 15 minit.
- Perah lemon ke atas ikan.
- Panggang sehingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi
sumber : FB Resepi Masakan Diet Sihat Dan Murah
4. Ikan Bakar Berempah
Bahan-bahan
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada (jika nak lebih pedas)
Cara membuatnya :
- Bersihkan ikan dan kelar. Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.
- Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambil renjis minyak pada ikan.
- Angkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam/kicap atau sambal.
sumber : FB Resepi Orang Kita - Ummu Nazlifa
5. Ikan Bakar Percik
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor ( basuh bersih dan kelar ikan)
Bahan kisar lumat (untuk lumur pada ikan)
2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
3/4 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa Hilal
Bahan kuah percik:
5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
2 ulas bawang putih
1/2 hiris nipis halia
Secubit belacan
1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Bahan lain:
1 1/2 sudu besar cili kisar( kisar sendiri)
Cara membuatnya :
- Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit
- Kisar semua bahan kuah percik hingga lumat dan masukkan bahan kisar dalam periuk.Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa). Tambahkan 1 senduk air kosong.
- Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.Jadi kalau nak buat percik putih tak perlu tambah cili kisar. Itu sahaja bezanya. Pada warna semata.
- Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
- Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa. Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
- Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
- Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
- Kemudian sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Buat kedua-dua belah bahagian. Boleh ulang dua kali untuk memastikan kuah melekat. Waktu ni bau harum semerbak menguasai selepas kuah disalai sekali atas bara api.
Sumber: Afy AL Habibi
6. Ikan Bakar Percik Kelantan
Bahan-bahan
6 ekor ikan lolong / ikan kembung
2 ulas bawang merah *
sedikit halia *
1 batang serai (diketuk2)
1 paket santan
2 keping asam keping
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu serbuk kunyit
2 cili kering *
{* - bahan kisar}
Cara membuatnya :
- Ikan yang telah dibersihkan dikelar dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan sehingga masak.
- Sementara itu, masak santan bersama dengan bahan kisar,asam keping, garam dan gula sehingga pekat.
- Setelah ikan dah masak, balikkan ikan tersebut dan lumurkan lagi dengan kuah percik, setelah kuah percik dilumurkan semua..angkat dan bolehlah dihidangkan.
http://pautanresepi.blogspot.com/2017/05/resepi-ikan-percik-masak-ala-kelantan.html
Baca : 12 Koleksi Resepi Ikan Bakar
7. Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun lengkuas (boleh ditukar dengan daun pandan)
Cara membuatnya :
- Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
- Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
- Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
- Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan air asam jawa.
8. Ikan Bakar Sumbat Sambal
Bahan-Bahannya:-
Ikan cencaru (dibelah belakang)
Bahan untuk sambal (dimasak seperti buat sambal)
1 ulas bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu cili giling
1 sudu paste asam jawa
2 inci belacan
garam dan gula
bawang besar (dihiris)
Cara membuatnya :
- Ikan sencaru tadi di lumur garam kunyit. Kemudian sumbat sambal tadi dalam ikan.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letak ikan dan bakar hingga masak.
- Kemudian hidangkan dengan nasi panas.
kredit : mrsliez.com
9. Ikan Bakar Sumbat Sambal Kelapa
Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar | dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar..
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Cara membuatnya :
- Campurkan bahan yang telah dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
- Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
- Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
10. Ikan Bakar Ala Portugis
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
- Lumurkan seluruh badan ikan dengan sambal tadi dan bungkus ikan dengan daun pisang ( foil ).
- Bakar dalam oven 180 C selama 20 minit atau panggang atas bara hingga masak.
11. Ikan Bakar Tomyam
Bahan-bahan
Bahan A :
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil
Bahan B :
2 tangkai cili merah
5 biji cili api - nak pedas letak lebih
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos
## semua bahan kisar halus bersama 2 helai limau purut
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
- Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
- Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak. Boleh juga di bakar di dalam oven.
- Perahkan limau semasa menghidang.
12. Ikan Bakar Sambal Petai
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil belacan
Daun pisang
Air asam jawa
1 biji limau kasturi
1/2 cawan air asam jawa
Gula
Garam
Bahan kisar
2 biji bawang besar merah - saiz sederhana
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 hiris lengkuas
Cara membuatnya :
- Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan & gula. Tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati.
- Masukkan petai. Tutup api
- Bersihkan ikan dan kelar. Letakkan di atas daun pisang.
- Sapukan ikan dengan bahan tumis tadi. Balutkan ikan. Nak bagi ikan kekal moist, balut ikan tuh pastikan dengan daun pisang yang tebal, maknenye biar beberapa lapis. Ikan bakar akan moist dan sedap.
- Bakarlah di atas pemanggang ke atau dalam ketuhar. Cik tie bakar dalam ketuhar aje suhu 170 Celcius selama 20 - 30 minit.
- Siap. Bila nak makan perahkan limau kasturi. Memang terangkat.
kredit : FB Resepi Pembuka Selera
3 Resepi Pencicah Ikan Bakar
1. Air Asam Utara
Bahan-bahan
10 tangkai cili api, dihiris halus
2 tangkai cili merah, dihiris halus
1 - 2 biji tomato, dihiris halus
2 biji bawang besar, dipotong nipis
2 biji bawang merah
1 inci belacan - bakar
Sedikit jus asam jawa
2 biji limau kasturi, diambil jusnya
1 sudu cuka masak
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mangkuk air masak
1 sudu besar kerisek
Cara membuatnya:
- Asam jawa dibancuh dengan 1 cawan air, ditapis dan ambil patinya.
- Masukkan separuh tomato, bawang merah, separuh tangkai cili, belacan, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar.
- Setelah dikisar, tuangkan ke dalam bekas, masukkan bahan yang telah dihiris dan gaul hingga mesra.
- Kalau kurang masin tambah garam dan tambah gula jika perlu. Asam yang sedap perlua ada kombinasi rasa masam, manis, masin dan pedas. Selalunya saya akan tambah cuka untuk memberi lebih rasa wangi dan masam, tapi kalau tak suka cuka, boleh masukkan lebih jus perahan limau kasturi.
- Air Asam Utara ini akan lebih sedap kalau ditambah 1 sudu besar kerisik yang digaul hingga mesra.
2. Cili Kicap
Bahan-bahan
10 tangkai cili padi hijau dan merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam & gula
1 mangkuk kicap lemak manis
1/2 mangkuk air
Cara membuatnya :
- Kisar kesemua bahan hingga halus kemudian masukkan jus limau kasturi dan perah limau kasturi dan hiris setangkai Cili Hijau Besar dan dadukan Buah Tomato.
3. Resepi Air Asam Kicap
3-5 biji cili padi, dihiris halus
1 biji tomato, dipotong dadu
1 labu bawang besar, dipotong dadu
Kicap manis secukupnya
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
- Masukkan ke semua bahan yang dihiris di dalam mangkuk dan kacau hingga mesra. Sebaiknya dibuat 30 minit sebelum dimakan supaya bahan-bahan mesra.
2 Comments
wahh..banyaknya resepi ikan. boleh la cuba nanti
ReplyDeletesenang untuk pilih kot tetiba terasa nak buat, semua adaaa
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!