15 May Kafe Ala Piknik Dengan Makanan Korea Dan Western | Kalau kita lihat dan dengar, sana sini semakin banyak kedai makanan Korea yang muncul bak cendawan selepas hujan. Memang tak boleh nak hitung sebab terlalu banyak dan semestinya sajian yang ditawarkan pun makanan Korea dengan citarasa lidah orang Malaysia.
Kalau dah rumah umi pun, ramen tu memang stok sediaada, kimchi memang kena selalu tambah stok sebab anak-anak kat rumah ni especially the girls tu boleh ratah tak pun makan dengan nasi panas, pun boleh jadi.
15 May Kafe Ala Piknik Dengan Makanan Korea Dan Western |
Baru-baru ini, umi sempat mencuba makanan Korea dan Western di Kafe 15 May yang terletak di tingkat 1, MyTown Shopping Mall. Tak susah pun nak cari sebab kafe ni terletak bertentangan IKEA. Jadi lepas penat shopping tu boleh la singgah atau makan dulu kat sini, kemudian ke sana shopping sakan.
Menariknya nama kafe ni, 15 May diambil bersempena hari keluarga sedunia. Jadi kafe sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kafe dengan konsep ala piknik ni memang cukup menarik dan sesuatu yang baru apatah lagi terletak dalam pusat membeli belah, kita boleh singgah sambil tenangkan diri dengan makanan. Bila perut kenyang, otomatik otak akan tenang kan.
foto kredit azlindaalin.com. Thanks Alin |
Perkara pertama kalau ke kedai makan, seharusnya order air dulu dan kat sini wajib cuba signature drink kafe 15 May iaitu Sparkling Lychee Rose Soda. Sedap dengan bau wangi ros dan manisnya pun tidak terlalu manis.
Apa Yang Patut DiCuba di Kafe 15 May ?
Umi boleh recommend anda untuk mencuba apa yang umi dah makan tempohhari antaranya Bibimbap Beef, Kimchi Chicken Fried Rice, Tteokbokki, Mac and Cheese, Kimchi Ramen, Samyang Spicy Ramen, Pesto Chicken Pasta, Spicy Korean beef Sourdough dan Pesto Chicken Sourdough, banyak lagi.
Pasti ramai yang tertanya apa tu sourdough? Kalau kita translate maknanya masam dan doh. Sourdough adalah roti yang menggunakan ragi semulajadi (alami), bukan jenis segera. Ragi yang menggunakan kombinasi tepung, air dan gula dimana campuran bahan-bahan ini diperam (fermented) selama beberapa hari dalam suhu bilik sebelum digunakan dan dibuat roti.
Memasuki ruang kedai ni pun dah rasa seronok sebab sangat terang dan dengan dekorasi yang cukup santai. Bab seating kat dalam kafe ni pun cukup menarik dengan kerusi ala kat taman, sofa panjang atau boleh pilih untuk duduk berseorangan sambil minum dan makan, sambil boleh melihat pengunjung yang lalu lalang depan kedai tu.
Kafe ni terletak bertentangan dengan pintu masuk IKEA Level 1 dan ada eskalator, jadi pasti tak boleh sesat.
Untuk pengetahuan semua, kafe ni 'pork free' dan sijil halal masih dalam proses dan pasti akan diumumkan di laman sosial Kafe 15 May ni nanti.
Jom Rebut Diskaun 10% Sehingga 28 Februari 2022
Nak bagi tau yang sekarang ni ada special diskaun bagi yang nak ke sini dan merasai makanan sedap dengan suasana ala piknik ni boleh guna kod PICNIC15F yang memberi diskaun 10% (order dengan minimun RM20 dalam satu resit). Jangan lengah tau sebab tawaran istimewa ni adalah terhad dan sah bermula 25 Januari sehingga 28 Februari 2022.
** tertakluk kepaa terma dan syarat dan pihak pengurusan berhak menukar atau membatalkan tawaran tanpa sebarang notis
4 Comments
Boleh la try nnt. Thanks for sharing!
ReplyDeletesambil shopping kat IKEA boleh la singgah kan
DeleteAlahai... Vibe dia buat rindu dekat Korea laa... Nnt nak usha, hari tu kedai lain... Baru bukak... Lama sgt tak g MyTown
ReplyDeleteits time untuk jengah MyTown lagi ni Sally..hehee
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!