Malaysian Real Book Kumpul 240 Lagu Dari Muzik Malaysia Pertama Di Asia | Malaysian Real Book mendokumentasi kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia menerusi antologi cetakan muzik yang bersejarah buat pertama kalinya.
Buku Malaysian Real Book adalah satu inisiatif yang sangat penting dalam pengumpulan dan dokumentasi khazanah muzik di Malaysia, termasuk muzik tradisi-rakyat, jazz dan popular kontemporari secara menyeluruh.
Malaysian Real Book Kumpul 240 Lagu Dari Muzik Malaysia Pertama Di Asia |
Real Book bukanlah sesuatu yang asing bagi pemuzik jazz, dimana koleksi lagu-lagu dibukukan dan digunakan oleh para pemuzik jazz.
Menurut En Micheal Veerapan, beliau membeli Real Book ini dengan harga USD20 pada tahun 1980, buku tanpa copyright atau pembayaran royalti, malahan buku ini dijual di tepi jalan dan di lorong-lorong berdekatan Berkelee College of Music, Boston.
'Lead Sheet" adalah sesuatu format penyampaian sebuah lagu dengan catatan notasi muzik, diiringi dengan simbol kord dan kadang-kadang lirik
Real Book merupakan senaskah kompilasi muzik yang ditulis dalam format 'lead sheet' yang diusulakn pada zaman 1940an oleh seorang pengarah stesen radion, George Goodwin yang mencetak kad-kad kecil yang mengandung lirik, melodi, simbol korddan maklumat ak cipta mengenai sesebua lagu. Lama-kelamaan, kad-kad index yang kecil ini dikumpulkan sebagai buku yang dipanggil "Fake Book (Buku Palsu)" kerana royalti tidak dibayar kepada pemilik hak cipta.
Projek ini merupakan usaha komuniti untuk mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia, di samping menyerlahkan karya-karya penggubah, pencipta lagu dan kumpulan muzik tempatan. Buku ini adalah satu antoglogi cetakan muzik yang senang dimainkan mahupun bermanfaat untuk golongan pemuzik profesional, pendidik, pelajar dan penggemar muzik.
Projek ini diterajui oleh Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan sokongan, bantauan dan sumbangan daripada komuniti muzik di Malaysia. Jawatankuasa MJPF ini diasaskan pada tahun 2013 degan harapan untuk memperluaskan pengaruh jazz tempatan serta menyemai semangat komuniti muzik yang seikhlasnya mewakili jati diri Malaysia.
Motivasi utama sebaik buku ini adalah untuk kewujudan satu pelantara untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama. Sebagai sumber pendidikan yang komprehensif dan tepat yagn amat diperlukan ia dapat merapatkan jurang pemisahan di antara pelajar muzik, pemuzik amatur, pendidik dan pemuzik profesional.
Malaysian Real Book ini mengumpul 240 lagu termasuk lagu klasik sepeti Jeritan Batin Ku, Getaran Jiwa, Hijau, Sinaran, Geylang Si Paku Gelang dan banyak lagi termasuk lagu-lagu dari Sarawak dan Sabah serta lagu-lagu dari pemuzik antaranya Dasha Logan dan Alfonso Soliano, Asiabeat dan ramai lagi.
Buku MRB merupakan koleksi terbesar lagu-lagu Malaysia yang didokumentasikan dan merupakan sejarah bagi industri muzik Malaysia, ianya sah dan hakcipta yang diperolehi secara sah dari pihak yang terlibat.
Buku MRB ini boleh didapati di www.malaysianrealbook.com pada harga RM150 dengan bilangan buku fizikal yang terhad.
Terimalah, Malaysian Real Book, kompilasi muzik tanahair yagn pertama sekali diterbitkan oleh sesebah negara di perantuan Asia!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!