Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Manfaat Untuk 9.6 Juta Penerima

Pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima. Menurut YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Permohonan baharu dan pengemaskinian BKM telah pun dibuka dari 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Jadi diharap mereka yang layak tidak tercicir memandangkan terdapat penambaikan pada kadar bantuan dan kategori akan dilakukan dalam BKM 2022 ini.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Manfaat Untuk 9.6 Juta Penerima

Peruntukan BKM kali ini dipertingkatkan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM7 bilion yang memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Manfaat Untuk 9.6 Juta Penerima

Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Pemohon perlu membuat kemas kini adalah:

  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.


Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat



Berikut adalah kelayakan dan kriteria bagi penerima BKM seperti dibawah: 



Berikut adalah bantuan BKM 2022 mengikut kategori dibawah :



Pembayaran BKM akan dilakukan sebanyak empat (4) kali setahun dan tarikhnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pembayaran fasa pertama BKM 2022 dijadualkan apda bulan Mac nanti.


Kaedah bayaran adalah sama seperti kaedah pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini. Pastikan akaun bank yang digunakan adalah aktif dan telah dikemaskini dan didaftarkan di dalam sistem bagi mengelakkan kelewatan.


Pastikan anda telah membuat semakan permohonan atau telah mengemaskini permohonan anda.

Post a Comment

5 Comments

  1. alhamdulillah..kita layak kak..:)

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat. aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan.. aminn ya robbal Alamein

    ReplyDelete
  4. ammi terlepas mendaftar sbb tak perasan pun tentang bantuan ni..makanya tipislah harapan nak dpt apa2 bantuan dari kerajaan hmmmm

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!