Berbaloikah Membuat Refinance Rumah Masakini

Berbaloikah Membuat Refinance Rumah Masakini | Tambah Kewangan Dengan Refinance | Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia, memberi kesan kepada masalah kewangan orang ramai. Sumber kewangan terjejas apabila ada yang gajinya dipotong dan ada yang dibuang kerja hingga menjejaskan jadual pembayaran serta komitmen bulanan hingga ada pembayaran tersangkut.


Pelbagai cara dibuat untuk ramai orang untuk meyelesaikan masalah hutang yang tidak susut dengan meminjam dan juga mencatu serta memotong facility yang sedia ada. Ada yang menjual barang kemas dalam simpanan demi untuk kesinambungan hidup.


Berbaloikah Membuat Refinance Rumah Masakini


Pernah tak anda terfikir untuk mendapat sumber kewangan dari sumber yang sah dan diyakini serta mendapat jumlah yang boleh melegakan dari menjadi mangsa kejaran oleh pihak bank.


Sekiranya anda mempunyai rumah, apa kata anda refinance rumah tersebut. Masih ramai yang tidak faham apa itu refinance. 


Bila bercakap pasal refinance rumah, pasti ramai yang risau sebab kos pembayaran rumah anda akan menjadi lebih tinggi tapi sebenarnya ianya adalah salah satu cara anda untuk mendapat sumber kewangan dengan mudah dan sumber wang tersebut boleh anda gunakan untuk membayar hutang-hutang yang dengan interest tinggi seperti kredit kad atau pinjaman peribadi


Baca sampai habis penerangan dan panduan mengenai refinance rumah dan cara refinance rumah yang pernah saya bantu buat seorang rakan.


Apa Itu Refinance ?

Pembiayaan semula atau refinance (overlap) ialah satu proses pertukaran gadaian sari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Pinjaman kenderaan dan perumahan merupakan dua jenis bentuk pinjaman yang biasanya dilakukan pembiayaan semula oleh pengguna. 




Bagi pembiayaan pembelian hartanah kediaman, tempoh maksimum adalah selama 35 tahun.  Tempoh yang lama biasanya  ada kaitan dengan caj bayaran faedah yang tinggi di samping risiko lain seperti inflasi dan sebagainya



7 Perkara Penting Sebelum Membuat Permohonan Refinance 

1) Kelayakan Untuk Meminjam

Ini sangat penting untuk mengetahui samada layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman sebelum membuat permohonan refinance.


Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyemak kelayakan dan membuat pengiraan sendiri menggunakan aplikasi mudah untuk membuat pengiraan sendiri. Disitu anda akan mendapat gambaran jelas berbaloikah membuat refinance rumah masakini berikutan keadaan semasa.


Selain dari itu, anda boleh mendapatkan bantuan agensi-agensi yang membuat perkhidmatan dan membuat semakan kelayakan anda.



2) Laporan CCRIS


Tak kira pinjaman apa sekalipun, laporan CCRIS sangat memainkan peranan yang sangat besar. Sekiranya laporan CCRIS tidak cantik, ada kemungkinan yang anda tidak dapat meneruskan hasrat untuk refinance rumah.


Walaupun rumah yang hendak refinance itu bernilai jutaan ringgit sekalipun, ianya tidak berguna kerana bank tidak akan memberi kelulusan. Jadi, pastikan yang laporan CCRIS anda cantik dan setiap pembayaran semula telah dikemaskinikan. 



3) Harga Pasaran Rumah

Anda perlu mengetahui anggaran harga pasaran rumah anda sebelum memilih untuk refinance dengan mencari rumah sama jenis pada lokasi yang sama, dengan menggunakan laman web hartanah, antaranya PropertyGuru.


Kemudian, anda boleh menawarkan harga yang lebih rendah (mungkin kurang 15-20%) kepada bank apabila membuat permohonan refinance.


Peluang untuk permohonan anda diluluskan juga tinggi kerana kebanyakan pemilik rumah yang lain selalunya menjual pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran.



4) Jumlah Kos Refinance Rumah

Seperti pinjaman yang lain, refinance juga mempunyai kos-kosnya tersendiri yang harus diberikan perhatian samada berbaloi atau tidak untuk anda refinance rumah.


Antara kos refinance adalah kos duti setem, yuran penilaian dan yuran guaman, yang mana mungkin mengambil dalam 2-3% daripada harga pinjaman refinance.


Selain itu, terdapat juga kos penalti bank yang dikenakan pada pinjaman terdahulu. Anggaran kos penalti adalah 2-3% daripada harga pinjaman asal dan selalunya dikenakan selama 2-3 tahun sahaja. Jumlah kos penalti sebenar boleh didapati dari bank anda.

 


5) Ketahui Lock-in Period Rumah Anda

Apabila beli rumah baru, salah satu syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah tempoh terkunci yang ditetapkan oleh bank supaya pembeli tidak boleh menjual rumah tersebut terlalu awal sebelum habis bayar faedah dan prinsipal.


Biasanya lock-in period ni lebih kurang 3-5 tahun, tapi kalau keras kepala nak jual rumah sebelum tamat tempoh, penalti bayaran adalah sebanyak 2-5% dari jumlah pinjaman.


 

6) Aliran Wang Tunai (Cash Out)

Penting untuk mengetahui berapa jumlah wang tunai atau dipanggil sebagai cash out yang akan diperolehi.


Dengan itu, barulah anda dapat menentukan samada wang tunai yang akan diterima daripada pinjaman itu mencukupi atau tidak untuk memenuhi sebab anda membuat refinance tersebut.



7) Telili Pakej Pembiayaan Semula Bank Lain

Teliti dan buat perbandingan bank yang mana menawarkan pinjaman paling baik dan berbaloi untuk anda.


Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bank adalah kadar faedah, jenis pinjaman (fully-flexi atau semi-flexi), dan tempoh berkunci.


Rancang strategi pembiayaan semula secara long-term dan dapatkan nasihat serta bantuan dari banker sekiranya anda buntu dalam membuat pemilihan.


Refinance Rumah Yang Dimiliki

Kenapa ramai pemilik rumah membuat refinance keatas rumah yang dimiliki ?

Memperoleh cashback dari kenaikan nilai hartanah 

Sebagai contoh, jumlah pinjaman tertunggak bagi rumah anda berjumlah RM250,000.00 dan nilai semasa rumah tersebut ialah sebanyak RM350,000.00. Anda boleh membiayai semula 90% daripada 350,000.00 (iaitu 315,000.00). Wang tersebut dapat melangsaikan pinjaman lama dan anda akan mendapat lebihan sebanyak RM65,000.00 sebagai simpanan tunai. 

Berbaloikah Membuat Refinance Rumah Masakini


Selain disimpan, wang tunai RM65,000 boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang interest tinggi seperti kad kredit, hutang kereta, membiayai pendidikan anak anda, memulakan perniagaan baru atau membeli emas yang akan memberi pulangan yang lebih baik.


Mengurangkan faedah pinjaman anda

Kadar pinjaman asas (KPA) atau Base Lending Rate (BLR) merupakan istilah yang biasa digunakan dalam pembiayaan pinjaman perumahan dan perubahan dalam KPA akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman perumahan. 


Andaikan kadar faedah tetap pinjaman perumahan anda sebanyak 6.85% setahun. Sebuah bank lain menawarkan pembiayaan semula dengan kadar faedah semasa sebanyak 4.35% setahun. Melalui refinance anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh pinjaman anda. 


Sebagai contoh nilai sebuah apartmen berharga RM300,000. Dengan perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5% itu ianya dapat memberikan penjimatan sebanyak RM7,500 setahun atau RM625.00 sebulan


Mengurangkan komitmen kewangan bulanan

Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).


Bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang membolehkan anda membayar ansuran bulanan yang lebih kecil dan lebih penjimatan apabila bayaran bulanan anda adalah lebih rendah.


Bagi mendapatkan anggaran kasar nilai hartanah anda di pasaran semasa, anda boleh membuat carian di internet penyenaraian hartanah-hartanah yang serupa atau meneliti harga transaksi sebenar dan terkini bagi hartanah sekunder (subsale).


Bagaimanakah Proses Refinance Rumah Berlangsung

Proses refinance rumah lazimnya mengambil masa antara 2-3 bulan atau sehingga 6 bulan bergantung pada sesetengah kes. Pihak bank perlu mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri berkenaan berkenaan hartanah pegangan pajak dengan hak milik strata atau individu.


Bagi menjimatkan masa dan melancarkan proses, adalah lebih baik anda sediakan kesemua dokumen sokongan. Jika skor kredit anda kurang baik, bank mungkin akan meminta dokumen tambahan sebagai bukti kestabilan kewangan anda dan ini boleh melengahkan proses kelulusan.


Selepas memproses permohonan, bank akan melantik penilai untuk memeriksa rumah anda. Penilai akan menyediakan laporan penilaian yang mengandungi nilai hartanah anda yang sah untuk diserahkan kepada bank.


Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman bank dengan peguam lantikan bank. Bank kemudian akan menyelesaikan pinjaman sedia ada dengan pihak bank ‘lama’ anda, seterusnya memasukkan nilai tunai selebihnya ke dalam akaun bank anda untuk tindakan lanjut.



Jadi, bagi anda yang berhajat untuk membuat refinance rumah ini, pastikan anda faham perkongsian ini dan semoga ianya dapat membantu anda yang sedang mempertimbangkan untuk membuat pinjaman refinance.


Pastikan anda juga bijak dalam menggunakan wang lebihan dari refinance rumah memandangkan keadaan semasa dan dengan wabak Covid-19 yang masih belum hilang sepenuhnya.


21:08

Post a Comment

4 Comments

  1. refinance...takut nak refinance at this age

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila usia dah lebih 50 tahun ni mmg sebolehnya tak nak buat refinance...tapi ada orang yg bijak menggunakan duit dari refinance tu

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!