Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan TV3 | Drama adaptasi novel Kerana Aku Isteri Bidaan karya Tulip Ungu bakal ditayangkan dengan menampilkan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama.
Kerana Aku Isteri Bidaan
Pelakon: Scha Elinnea (Riana), Hisyam Hamid (Farel), Wanns Ahmad (Aznor), Jalaludin Hassan, Syafnida Shuhaimi, Nina Nadira, Jasper Supayah, Ellyas Abdullah
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: TV3
Pengarah: Rahim Zali
Produksi: Creative Skill Solution
Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan
Kisah Raina yang telah memfitnah Farel demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya untuk dijadikan GRO.
Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.
Farel bertemu semula dengn Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Rainna dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.
Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar dann ngin kembali menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumahtangganya.
Sinopsis Novel Kerana Aku Bukan Isteri Bidaan
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan...Menambah perangai lagi...Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali... Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF.
RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Rentak seksa, seksi dan ‘syurga’…
“I sebut satu atau dua perkataan, you sambung perkataan yang ada kaitan dengan perkataan I sebut. Nak?”
“Kebun pisang?” Giliran Raina pula.
“Farel”
Raina gelak. Farel jawab menyebut namanya sendiri. Mentang-mentang dulu pengusaha kebun pisang. Farel yang melihat semakin terpegun. Kejujuran dan keikhlasan Raina ketawa sudah dia temui.
“Farel?” soal Farel pula. Raina tergamam. Mahu menjawab kebun pisang, tidak boleh pula.
“My hero…” Spontan jawabnya.
DISANGKA matahari memancar indah hingga ke petang, namun hujan di tengah hari... Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak... Memporak perandakan hati dan tragis juga
“I nak hantar you balik ke tempat asal you.”
“Farel tolonglah...Apa yang terjadi bukan seperti yang you sangka.” Raina bela diri. Air matanya sudah gugur.
“Kena tangkap khalwat dengan Emad, apa yang I sepatutnya jangka?” Sinis nada Farel bertanya. Kalau setakat bercanda dalam bilik pantri dia boleh maafkan lagi tapi kalau sudah ditangkap basah, itu bukan lagi perkara kecil. Ia melibatkan maruahnya.
“Farel...Tolonglah, I tak nak balik ke sana, kalau you tak nak simpan I lagi, ceraikan I atau jualkan I pada Emad,” rayu Raina sambil memaut lengan Farel yang sedang memandu menuju ke TTF...
APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?
1 Comments
Baca sinopsis macam menarik je..Baca sambil imagine jalan cerita dia..Boleh letak dalam list untuk tengok ni..hehe..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!