Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River

Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River | Alhamdulillah, minggu lepas hasrat DH nak balik Kedah tercapai selepas 3 tahun tak jejak kaki ke kampung halaman. Tapi sebelum tu pun dah macam tak jadi balik, dok ding dong ding dong gitu. 


Balik Kedah lepas 3 tahun !

Ada beberapa sebab antaranya bimbang almaklumlah kes dah naik sehari sebelum tu. Naik pulak mendadak sampai 17k. Bukan takut penyakit tapi tak nak nanti jadi isu dan kot-kot kena PKP dan tak boleh balik KL pulak kan. Naiyaaa tuu


Kalau ikut perancangan, DH akan jemput KY dari pejabat dan tunggu Angah Ammar balik, then akan gerak dalam jam 7 malam tapi KY dapat pulak WFH, jadinya cuma tunggu Angah jer.


Perjalanan kali ni agak berbeza, sebab sejak pemergian kedua orang tua DH, kami balik kampung pun waktu siang tapi kali ni kami bergerak waktu malam. Memang lebih tenang dan tak panas.


Restoran Patah Senduk Slim River

Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River


Seperti biasa, DH memang suka ikut jalan lama, memang lebih tenang dengan suasana kampung berbanding naik lebuhraya. Dalam ikut jalan lama tu DH suka stop over dinner kat kawasan kampung ni. 


Jadi ada 2-3 kedai tu kami nak dinner tapi tengok macam tak menarik dan ada 1 kedai tu, pelanggannya lelaki. So memang tak la kami berhenti. 


Perjalanan diteruskan walau perut dah lapar tapi demi nak cari kedai yang decent tu, terus juga sesambil mata meliar tengok kedai makan. Akhirnya kami jumpa kedai makan Patah Senduk ni kat Slim River. Hee..masuk la juga kedai ni yang nampak agak ramai pelanggannya. Kedai ni betul-betul kat jalan besar.


Menu Pilihan



Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River



Nasi Goreng Pattaya pilihan KC Iman dan cikapplepie, Nasi Goreng kampung pilihan cik Meya, Nasi Goreng Cendawan pilihan KY dan Nasi putih dan sup daging jadi pilihan Angah Ammar dan siap bertambah lagi tu.


Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River


Char kuetiaw pilihan DH dan saya pula ambil Bihun Kung Hu. DH ni nak makan char kuetiaw basah macam kat Restoran Iman tu tapi tak de, cuma ada yang macam dalam gambar jer. Bihun Kung Hu tu pula disalut telur dan digoreng tu memang sedap tapi saya lebih suka yang bihunnya digoreng  tanpa telur. Lagi tapi renyah sebab saya pernah makan dan buat sendiri dulu.


Menu Restoran Patah Senduk

Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River


Not bad kesemua makanan ni, tak boleh expect tinggi sebab kawasan kampung pulak tu. Tapi masing-masing cakap boleh datang makan lagi. Jadi kalau sesiapa melalui ni dan nak cari kedai makan sedap Slim River dan harga berbaloi tu sila singgah sini.


Jumlah kesemua makanan yang kami makan termasuk air minuman tu hanya dalam RM60++ jer. Air pula ada 2 milo ais, 2 air limau, 2 air suam dan air coklat kalau tak silap.


Stopover Dinner Di Restoran Patah Senduk Slim River

Restoran Patah Senduk ni terletak berhadapan jalan besar, jadi tak susah nak cari dan kalau sesiapa nak cuba boleh guna waze kot atau tengok alam kat bawah yang saya dapat dari Google.


Lokasi :

Jalan Besar Tg Malim, Taman Sri Jaya 

35800 Slim River, Perak


Selesai dinner, kami terus sambung perjalanan ke Penang dan bila masuk ke lebuhraya pulak berlaku kemalangan di Chenderiang, jadi perjalanan lancar sambil ditemani cuaca sejuk akibat hujan menjadi perlahan dan dah macam siput dengan mengambil masa hampir 1 jam untuk kami sampai melintasi tempat kejadian. Rasanya kemalangan pun baru berlaku sebab waktu jalan henti, jalan henti tu, baru sampai ambulan da dan kereta peronda polis. 


Difahamkan pemandu 4x4 tu meninggal dunia, tapi kalau dilihat kondisi kenderaan tu yang melanggar belakang lori Gardenia tu pasti pemandunya parah. Sempatlah juga ambil video tapi gelap kan, lagipun risau pulak kena marah dengan polis yang menjaga lalu lintas tu. Tak mau la pulak buat scene kat situ kan.


Sampai Penang

Alhamdulillah. Akhirnya kami sampai ke Penang jam 2 pagi dan sesampai jer dah tersedia tempat tidur untuk kami menghilangkan lelah. 

Post a Comment

2 Comments

  1. ganas chefnya sampai patah senduk haha

    ReplyDelete
  2. Kue tiaw Iman tu kering kita Char kue tiaw yg mcm permatang pauh punya....

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!