Western Dinner Di The Cabin Melawati

Bila KC Iman dan ada depan mata ni, memang seronok DH ajak makan kat luar, tambahan pula 28 Januari lalu merupakan birthday KY Amanda yang ke 24 tahun. Ermm, kalau zaman umi dulu ni, usia ni dah ada 2 orang anak tapi pada usia umi 24 tahun, baru ada seorang anak dan no dua tu in the making.


Western Dinner Di The Cabin Melawati | Sebelum dinner, singgah dulu kat Melawati Mall sebab ada yang nak cari kasut la, nak cari apa lagi tah. Maklumlah dah lama tak window shopping tapi seperti kebiasaan, bila keluar kat tangan ada juga menjinjing beg kat sebelah tangan setiap seorang. Tu semua adalah perkara biasa buat semua orang, nak-nak bila masuk ke Village Grocer kat LG ni memang semuanya buat hati tertarikkan.


The Cabin Melawati
Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


Family bonding dengan the girls walaupun tak cukup korum bila hero-hero tak nak ikut sebab dah kekenyangan dan tau bila adik-adik nak ke MM ni mesti akan ambil masa, so best duduk rumah main game. 

Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


RM26 - kambing + nasi butter + brokoli + jagung dengan sos blackpepper. Kak Yang order yang sama macam DH tapi dahulukan si ayah bila dimaklumkan hanya ada 1 jer kambing.

Western Dinner Di Cabin Taman Melawati



RM14 - Cabo. Sedap dan sesuai dengan selera walau pernah makan yang lebih sedap tapi harganya berlainan. 


Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


RM29.50 - Salmon + nasi butter + brokoli + jagung dengan sos creamcheese pilihan KY Amanda walau dia peminat daging kambing tapi sebab ada 1 hidangan jer jadi dia tukar ke salmon ni


Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


RM16 -  Bolo buat Kak Cik Iman

Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


RM19 - Chicken chop + + nasi butter + brokoli + jagung dengan sos cream cheese jadi pilihan Cik Meya dan cikapplepie pun order yang sama.


Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


Ni side order Nachos RM11


Seperti biasa saya dan Kak Yang akan minum air suam dan lain-lain tu order Milo Horlick, Milo  Ais buat Meya dan cikapplepie, dan tak ingat apa yang KC Iman dan DH minum.


Overall, makanan masih sedap dan sesuai selera. Nak kata murah, harga dah berubah dan kali terakhir kami ke sini tahun 2019 dan ada entri yang harus masuk draf kembali sebab masalah gambar. Mujur entri makan malam di Cabin sempena sambutan birthday anak-anak Oktober pada tahun 2017 tu masih ada dan aktif.

Western Dinner Di Cabin Taman Melawati


Selain western food, kat the Cabin ni pun ada pelbagai menu, jadi memang boleh jer kita pergi bila-bila masa jer



Western Dinner Di Cabin Taman Melawati



Alamat :

No 306, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

(belakang tapak lama The Cabin dan bersebelahan Melawati Mall)


No telefon:

018-384 3395


Facebook : 

The Cabin 


Waze:

The Family Melawati

Post a Comment

8 Comments

  1. pernah gi sini beli nasi campur masa lunch time..sedap2 nampaknya western food nya..kena cuba satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke...nampaknya kita ni dekat ni. Recommended juga western food dia..

      Delete
  2. Oh ada nmpk blkg tu tp x penah try singgah
    bestt la nmpk.menu yg kak fuzy order

    ReplyDelete
  3. wahh western food siap ada nasi,. ;p

    ReplyDelete
  4. boleh masuk list tempat makan..

    ammi 24 tahun baru gedik nak kawin..umo 29 br ada anak sulung

    ReplyDelete
  5. nampak sedap je.. macam boleh singgah je kalau nak balik ke Gombak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!