Akhirnya Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diluluskan, Nak Buat Apa Dengan Duit Tu ?

Akhirnya Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diluluskan, Nak Buat Apa Dengan Duit Tu ?  | Alhamdulillah, memang teruja bila DH kongsikan pengumuman PM Ismail Sabri  yang kerajaan dah luluskan pengeluaran khas RM10,000 tu. 


Pastinya ia berita yang melegakan ramai orang, walau tak kurang yang tidak bersetuju tapi itu semua terpulang pada hak masing-masing, nak keluarkan, keluarkan saja kalau tak nak, boleh simpan untuk keluarkan waktu usia 55 tahun nanti. 


Akhirnya Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diluluskan, Nak Buat Apa Dengan Duit Tu ?

Memang banyak kat fikiran dengan duit sebanyak tu, walau sebenarnya tak cukup pun untuk selesaikan hutang yang ada. Bukan hutang sendiri tapi hutang diatas kesilapan diri sendiri kerana terlalu mempercayai orang lain. Apa yang pasti, umi tak halalkan selagi dia tak bayar.


Permintaan pengeluaran KWSP RM10,000 secara one off dah lama diharapkan orang ramai sebab ramai yang telah hampir habis simpanan disebabkan pandemik. Ya, tidak terkecuali dengan umi sebab duit tu boleh digunakan untuk banyak perkara penting. 


Akhirnya Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diluluskan, Nak Buat Apa Dengan Duit Tu ?

Syarat-syarat pengeluran khas KWSP RM10,000?

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.


1. Berapakah jumlah pengeluaran khas KWSP ini? 

Para pencarum boleh mengeluarkan secara maksimum sehingga RM10,000 dan juga paling minimum sebanyak RM50.


2. Apakah syarat umum pengeluaran khas ini?

Pencarum berumur 55 tahun ke bawah.


3. Bagaimana untuk memohon?

Pautan permohonan, akan dikemaskini.


  • Permohonan pengeluaran khas boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022.


  • Pembayaran pertama pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini adalah bermula 20 April 2022.


  • Pengeluaran dari akaun 2 adalah didahulukan sebelum anda boleh menggunakan akaun 1 KWSP.


  • Anda boleh semak terlebih dahulu baki simpanan KWSP untuk memastikan samada anda layak atau tidak dengan melayari i-Akaun


Untuk rekod, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.


Secara jujur, memang nak gelak bila baca ayat dalam kenyataan media berkaitan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sebabnya ramai yang dah berusia tidak dapat bekerja kerana peluang pekerjaan bagi mereka ni sangat terhad.


Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.


Ya, memang rakyat terdesak sebab tu didesak agar dapat keluarkan wang kami kerana simpanan yang ada dah semakin susut dan ada yang dah habis. Nak harap duit bantuan kerajaan BSH bukan dapat setiap bulan, kalau dapat pun setiap bulan, tak boleh dibayar hutang yang sedia ada.


Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.


Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.


Tahniah bagi yang layak!

Dalam keseronokan untuk dapat keluarkan RM10k tu, sangat penting, pencarum yang layak harus bijak dalam menggunakan wang tersebut untuk perkara berfaedah seperti selesaikan hutang rumah, kereta, kredit kad dan tidak membeli apa yang tidak perlu dan tidak sepatutnya.


Jumlah RM10k bukan jumlah yang besar sebenarnya sebab jumlah tersebut boleh habis dalam masa kurang seminggu kalau kita tidak bijak dan tidak berbelanja dengan berhemah.


Memang tak sabar nak tunggu keluarkan kesemua simpanan KWSP tu, sebab ada lebih kurang 31 bulan lagi untuk capai usia 55 tahun.  Apa pun perancangan pun dah ada dalam senarai. Moga tercapai hasrat tu nanti. 

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat


Baca Juga : Kalau simpan wang di Maybank boleh simpan sebahagian untuk  duit Tabung Haji

Post a Comment

0 Comments