Drama Jangan Menangis Cinta Di Astro Ria

Drama Jangan Menangis Cinta Di Astro Ria | Pasti ramai yang menanti kemunculan Remy Ishak yang sudah lama tak muncul di kaca televisyen semenjak berkahwin. Jadi, pasti ramai yang tak akan lepaskan peluang menonton Drama Jangan Menangis Cinta di Astro Ria, bergandingan dengan Amyra Rosli bermula 21 Mac 2022.


Drama adaptasi novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah dengan 40 episod ini akan  disiarkan di slot Megadrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Apakah penonton akan marah Zafran seperti Haris dalam Hati Yang Tersakiti ? tapi yang pasti mesti penonton nak tengok Remy Ishak macam Raid dalam Lelaki Kiriman Tuhan. Apa pun kena sediakan tisu kat sebelah sebab cerita ni memang buat penonton sebak dan menangis



Watak Pelakon : 

Zafran (Remy Ishak) |  Riyana (Amyra Rosli) | Dina (Rita Nadira) | Hariz (Halim Radzi) | Cinta Aryana (Sharifah Fathimah Hawra) | Mak Yang (Kiah Propa) | Amirah (Atilia Haron) | Puan Sabrina (Khaty Azian)  | Hafiz (Wanns Ahmad)  | Mawar (Fiza Thomas) | Puan Seri Latifah (Ku Fridah)  | Nabilah (Amanda Amry) | Zulkifli (Idzham Ismail)  | Dato Seri Jaafar (Rahim Jailani)  | Datin Seri Raziah (Fadilah Mansor)  | Pak Nordin (Hilal Azman) 


Lagu Tema (OST)

Jangan Menangis Cinta - Idayu

Selamat Tinggal Cinta - Syarfa Rianna


Sinopsis Jangan Menangis Cinta

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.


Jangan Menangis Cinta

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: MegaDrama Astro Ria

Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Raja Mukhriz

Produksi: SR One Sdn Bhd



Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.


Ulasan/Komen

Jujur saya menyukai penulisan SR yang mampu membuat pembaca beremosi hingga bengkak mata akibat menangis. Malahan saya turut memiliki beberapa naskah SR sepertimana drama 7 Hari Mencintaimu memang cukup melayan perasaan tapi bila drama 7 Hari Mencintaimu 2, saya dah mula rasa bosan kerana perangai si mak mertua dan perangai menantu yang masih sama walhal sebelum ni sudah happy ending. Dan mood untuk 7 Hari Mencintaimu 3 memang langsung tiada dalam senarai.


Menariknya novel SR ni sangat menitik berat hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan dan pandai memainkan emosi pembaca termasuk saya la tu.


Jalan cerita Jangan Menangis Cinta masih membabitkan kisah antara dua darjat, tentang ego orang kaya sama seperti novel Andai Itu Takdirnya yang cukup membuat saya beremosi dengan Aleya dan perangai si suami Syed Adam Aizril dan happy ending. Tup-tup Cik Meya belikan novel Andai Itu Takdirnya 2 beberapa tahun lalu tapi masih dalam balutan.

Post a Comment

0 Comments