Lokasi Wajib Singgah Di Perlis

Lokasi Wajib Singgah Di Perlis  | Dalam list DH memang nak melawat banyak tempat kat Perlis ni tapi tau memang tak akan tercapai sebab kalau cuti pendek dan banyak menyinggah rumah adik beradik dan sedara mara memang harus la jawabnya. Kalau nak jelajah Perlis ni tak boleh sehari walau negeri ni negeri kecil dalam Malaysia


Perlis ni dah macam kampung DH juga sebab ramai saudara mara DH menetap kat sini tapi jarang kami dapat kunjungi. Kalau balik sebulan ke Kedah pun belum tentu dapat jengah kan. Tapi yang pasti kalau balik Kedah, kami pasti akan singgah ke rumah abang Azimat (abang sepupu DH) di Beseri. Dia ni tokeh mangga Harummanis.


Shopping kat Padang Besar

Perlis
Lokasi Wajib Singgah Di Perlis 

Dari kampung, kami singgah ke Beseri, konon nak singgah sekejap sebelum waktu lunch sebab tak nak susahkan Kak Zah, isteri abang Azimat tapi dia suruh kami pergi Padang Besar dulu dan balik singgah rumah dia untuk lunch. Bersungguh-sungguh pulak pelawaaan tu yang tak boleh kami elak langsung, sebenarnya seronok la jugak dapat makan ikan fresh tangkapan abang Dimat tu. Siap tengok hasil tangkapan yang masih hidup lagi tu. Tapi umi tak makan ikan darat sebabnya selalunya ada bau lumpur atau bau yang selalu tersemat kat deria bau dan tekak ni. Maaf la ya.


Baca : Perjalanan Balik Kampung 2022


Antara kedai yang mesti pergi adalah kedai jersi bola yang jual jersi kelas AA tapi kedai tu tutup.  Kata budak kedai sebelah tu, dia dah pindah ke bangunan arked tapi jenuh mencari tak jumpa.  


Lokasi Wajib Singgah Di Perlis 

Puas keliling arked baru ni, akhirnya jumpa kedai jersi juga dan sempatlah Angah si peminat MU beli 2 helai walau kena kutuk sebab DH peminat YNWA forever.


Lokasi Wajib Singgah Di Perlis 


Bagi mak-mak macam umi ni pasti la dok tengok periuk belanga, barangan dapur, makanan tapi dok tahan sebab fikir memang tak muat kereta sebab adik ipar nak bagi udang galah tapi sempat la beli kekacang, pes tomyam dan banyak lagi la yang boleh sumbat serba sikit kat celah-celah beg baju tu.


Singgah ke Timah Tasoh

Lokasi Wajib Singgah Di Perlis 


Selesai kat Padang Besar, kami lajak ke Timah Tasoh yang kini dah cantik untuk ambil gambar tapi tak boleh lama sebab hujan dah turun dan janji nak lunch. Kejap tak kejap la jugak, ada dalam 30 minit berhenti kat sini pastu kena lari laju ke kereta sebab hujan dah makin mencurah.


Dulu memang tak singgah Timah Tasoh sebab tak de apa selain port orang memancing tapi sekarang ni kena singgah sebab dah cantik dan banyak tempat yang instagrammable gitu


Ok next trip bila balik Kedah dan singgah Perlis ni umi listkan tempat nak jengah dan lawat sesambil ambil gambar.


Perlis adalah satu-satunya tempat di Malaysia yang boleh menghasil buah yang terkenal dengan jolokan nama ‘raja mangga’ atau lebih sinonim dipanggil Mangga Harum Manis tapi abang Azimat dah tanam mangga harummanis ni kat Kerpan, Kedah sebab dia ada ilmu penjagaan dan lagipun Kerpan ke Perlis ni tak sampai 30 minit kot.


Lokasi Wajib Singgah Di Perlis 

1. Padang Besar - checked ~ dah selalu pergi

2. Tasik Timah Tasoh - checked ~dah pergi

3. Hutan Lipur Bukit Ayer - checked ~ dah pergi dan ambil gambar dengan anak Raja Perlis lagi

4. Ladang Nipah Kipli - checked ~ dah pergi dan boleh pergi lagi sebab dah cantik

5. Kuala Perlis - checked ~ dah pergi banyak kali dan kalau singgah mesti stop untuk makan laksa

6. Wang Kelian - dah pergi lama dulu, tapi mungkin boleh singgah nex time tapi memang kena awal pagi

7. Menara Pandang Wang Kelian

8. Nat Pokok Getah

9. Masjid Terapung Al-Hussain

10. Galeri Diraja Arau Perlis

11. Pintu Wang Gunung

12. Rimba Herba Perlis

13. Muzium Kota Kayang

14. Taman Eko Rimba Bukit Ayer

15. Masjid Alwi

16. Taman Negeri Perlis Wang Kelian

17. Bukit Keteri

19. Canopy Walk SPF Ayer Keroh

20. Gua Kelam

21. Ladang Tebu Chuping

23. Taman Rekreasi Tasik Melati

24. Ladang Burung Unta Perlis

25. Taman Lipur Bukit Jernih

26. Taman Lipur Bukit Kubu

27. Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen

28. Taman Awam Bukit Lagi

29. Bukit Cenderawasih/Gua Sami / Bukit Lagi

30. Gunung Wang Burma 1

31. Gua Wang Burma 2

32. Taman Anggur Perlis

33. Taman Herba Perlis

34. Taman Negeri Perlis

35. Taman Ular & Reptilia Perlis

36. Pasar Terapung Perlis - kami cuma lalu saja sebabnya macam tak ada aktiviti atau kami terawal. Lagipun target tu bukan ke sini tapi memang pass by je, kalau ada memang berhenti kot.


Majoriti tarikan pelancongan utama di Perlis lebih kepada kawasan alam semulajadi & aktiviti eko-pelancongan yang rata-ratanya terletak di sekitar Banjaran Nakawan. 


Fuhh memang jenuh kalau nak pergi semua kan tapi slow-slow kita cover dan moga diberikan kesihatan yang baik untuk sampai ke lokasi-lokasi ni. 


Ada yang dah pernah singgah kat mana-mana lokasi wajib singgah di Perlis? 

Post a Comment

15 Comments

  1. lama dulu dana pernah ke perlis, padang besar pernah la memborong toto dekat situ...
    pastu pergi ke gua kelam , tempat lain tak sempat jelajah sebab pergi kejap je dari kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Dana, kalau nak singgah semua tempat tu memang tak sempat kalau sehari dua, kena 3,4 hari dan limitkan masa...tak per nanti slow2 try cover..hehe

      Delete
  2. hanya padang besar saja yg penah kami sampai, yg lain tu tak tau bila nak p lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per slow2 nanti cover 1-2 atau3 tapi jadual mmg padat la kan

      Delete
  3. Saya pun baru explore Perlis, baru sempat ke beberapa tempat.

    Masukkan juga dalam list tu - pasar terapung Perlis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar Terapung ni kami lalu jer tapi mcm x de aktiviti, so terus ke tempat yang dah dalam senarai tapi kalau ada, mau kot berhenti sekejap.

      Saya dah masukkan dalam list, terima kasih atas info

      Delete
  4. Hard Rock Hotel & Casino Tunica - Mapyro
    Find 울산광역 출장마사지 Harrah's 태백 출장마사지 Casino Tunica, Tunica, MS, 광주 출장안마 United States, ratings, photos, prices, expert advice, 안산 출장샵 traveler 시흥 출장안마 reviews and tips, and more information from

    ReplyDelete
  5. last pegi perlis masa tahun 2003. in sha allah one day akan sampai lg kalau panjang umur

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tu..tapi kalau pergi nanti pilih je tempat yang mmg kita suka pergi mcm saya tak minat hutan sangat, asal pergi untuk bergambar je hehee

      Delete
  6. Wah bole masuk list ni tempat2 tu...
    mana tau klu tersmp perlis, bole la jejak seketul dua tempat tu kan ehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..mmg tak boleh singgah semua tapi dapat separuh pun ok kan

      Delete
  7. It's the same topic , but I was quite surprised to see the opinions I didn't think of. My blog also has articles on these topics, so I look forward to your visit. 토토사이트

    ReplyDelete
  8. I was impressed by your post. I'd like to see other posts as well.
    Please visit my blog and get good information.
    토토사이트

    ReplyDelete
  9. What are you doing to develop the domestic economy?
    Why don't you find out how to get information and fill your wallet?
    먹튀폴리스

    ReplyDelete
  10. Aren't you curious about the most recognized
    sports news information and website in Korea?
    토토사이트

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!