Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box | Bahang Ramadan kian terasa dengan perkiraan kurang dua minggu lagi untuk menjengah kita. Mana tidak terasa bila buka social media jer banyak sungguh nampak hotel, restoran dan kedai makan banyak membuat iklan tentang sajian berbuka puasa dengan pelbagai harga.
Semalam saya berkesempatan ke majlis pelancaran Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box di cawangan Shah Alam. Memang cukup meriah dan Me'nate Steak Hub terus komited mengukuhkan sajian Ramadan seperti tahun-tahun berikutnya di kesemua cawangan Me'nate Steak Hub seluruh negara, khas untuk peminat daging stik berkualiti tinggi yang bermula pada 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022.
Sajian Ramadan kali ini agak berbeza dengan tahun lepas 2021 kerana Menate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa Mubarak Iftar Platter untuk Dine in dan Mubarak Iftar NAte box yang bakal membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk mencuba pada Ramadan ini. Ramadan Preview kali ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekuti PBRSB Tuan Syed Ashraf Bin Syed Ali serta 2 (dua) lagi pengarah PBRSB Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin.
Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar platter adalah akses percuma ke mini buffet appetizers & desserts yang akan menampilkan pelbagai strategi menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat.
Tema tahun ini berkonsepkn kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai serta menyemarkan semangat ramadan bersama keluarga, rakan-rakan sekerja anda sambil menikmati juadah mubarak iftar platter.
Sempena bulan Ramadan yang mulis, Me'nate Steak Hub di kesemua cawangan menyajikan menu istimewa ini dengan hidangan yang pasti menggembirakan orang ramai iaitu Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa'gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted BBQ Chicken, Sahawiq, Peperoni Pizzadillas, Nachos BBQ beef, Mammania Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio pasta serta pilihan minuman dalam jug seperti Cha Bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala carte untuk sajian yang mewah serta berkualiti yang memenuhi selera pelanggan Me' nate.
Selain daripada menu istimewa Ramadan ini, Me' nate masih lagi menyajikan semua menu-menu ala carte lain mengikut di dalam buku Menu Standard Me' nate.
Lebih istimewa tahun ini bagi pelanggan yang berbuka puasa di rumah mereka boleh menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs yang di hidangi dengan pelbagai daging stik premium dna halal. Pilihan set Nate-Box standard juga masih disediakan bagi yang ingin menempah selain daripada Edisi Ramadan.
Sempena Ramadan 2022, Me' nate menawarkan pakej "Early Bird: dengan diskaun 15% bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac 2022.
Me' nate Steak Hub juga menawarkan pakej menarik untuk tempahan Jamuan Korporat Ramadan buat syarikat-syarikat korporat yang ingin mengatur jamuan berbuka puasa dengan kakitangan syarikat. Selain daripada itu Me'nate juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat yang ingin melaksanakan CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan ini dengan menyediakan Pakej Infaq Istimewa dengan tema "sesekali Kita Infak Makanan Premium" untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa.
Antara pakej yang ditawarkan adalan Pakej Infaq Platinum (300 - 450 pax), Pakej Infaq Gold (200 - 250 pax) dan Pakej Infaq Silver (100 - 150 pax). Bagi syarikat yang berminat, boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan korporat Me'nate di talian 019 477 1047
Untuk tempahan samada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, jamuan pakej intaq, anda boleh hubungi talian 03-4141 9133 atau whatsapps 019 3911 047 atau email ke menatemarketing@gmail.com
Untuk mendapatkan info tentang promosi terkini dan menarik, layari Facebook Me'nate Steak Hub di www.facebook.com/menatesteakhub
2 Comments
Sedap betul nampak dia punya steak.
ReplyDeletemmg sedap steak kat Menate ni...aroma pun dah menyelerakan
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!