Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur | Perjalanan dari Sungai Petani tu smooth jer ke Penang, cadangnya nak makan malam nasi kandar kat Jalan Kapitan Keling tu. Tempat favorite berbanding nasi kandar yang lain.
Penang ni bukan negeri asing buat umi sebab dari kecil lagi kalau balik Parit Buntar, abah akan bawa kami ke Penang, makan kat area Komtar, singgah rumah mak saudara kat Batu Uban, singgah Sungai Nibong.
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Penang ni kalau silap arah memang akan berpusing-pusing tapi tak pe, kita kan makan angin.
Waktu nak ke kedai makan tu, waktu melalui Jalan Leboh Gereja tu, DH minta Angah berhenti sebab dia nak ambil gambar. Saya pun ambil peluang la jugak, dan perasan pondok telefon diubahsuai dijadikan tempat membaca buku. Buku-buku pun disediakan dan paling best, sempat saya berposing kat situ.
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Memang best dan tenang jer kat sini, kenderaan pun pun tak de sebab dah malam dan esok tu hari kerja, memang tak la orang nak berjaga.
Tapi memang sejak PKP ni, semua tempat tak rancak lagi. Mungkin tahun depan atau tahun selepas tu pasti akan berubah
Baca : Tempat Menarik di Penang
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Alhamdulillah, sedapnya dan puas hati haha. Kalau makan nasi kandar memang saya akan letak sambal kelapa tu, tapi DH tak berapa gemar.
Tak berapa mahal pun untuk 5 orang kami dengan air minuman, harganya dalam RM48.50 je. KC Iman dan Cik Meya dari Kedah dah ikut adik DH, jadi kami yang lewat sampai sebab ambil gambar.
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Nasi Kandar Beratur ni terletak di sebelah di sebelah Masjid Kapitan Keling ni memang jadi favorite dan lebih bersih sebabnya terletak betul-betul tepi jalan tapi tempat duduk tu terhad la. Kalau nak dapat parking pun payah tapi dibuka waktu malam jadi parking kat tepi jalan la.
Selesai makan, kami berpecah sebab Angah ajak jalan-jalan nikmati malam kat Penang, kalau ikutkan DH dia tak nak sebab badan dah penat tapi since ada 2nd driver, yang dah berkali ke Penang untuk holiday, so DH turutkan je.
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Lepas dah kahwin, memang kami rajin singgah Penang sebab adik DH menetap kat Penang dan ada la beberapa kali ke Pesta Pulau Pinang.
Pergi Dan Balik Singgah Penang Dan Pekena Nasi Kandar Beratur |
Last stop kat kat bulatan di Lebuh Gereja ni, DH nak ambil gambar. Jalan cukup lengang, ye la dah tengah malam kan. Kalau waktu siang memang tak de la nak dapat singgah dan ambil gambar.
Lepas bergambar terus kami ke rumah adik DH, tak boleh lama sebab DH dah penat. Kalau ikutkan nak juga ajak dia ke
Tempat Menarik Di Penang Untuk Dikunjungi
Ada antara lokasi ni dah kami kunjungi dan mungkin kalau ada peluang, nak pergi balik dan lokasi yang mungkin boleh dikunjungi di lain kali.
1. Muzium Perang - dah pergi
2. Bukit Bendera - dah pergi
3. Kampong Agong
4. Armenian Street
5. Fort Cornwallis - dah pergi
6. Cheong Fatt Tze Mansion - dah pergi
7. Penang Bird Park - dah pergi
8. The Habitat
9. Escape Theme Park
10. Entopia by Penang Butterfly Farm
11. The Top Komtar
12. The Dark Mansion
13. Pulau Jerejak
14. Teluk Duyung (Monkey Beach)
15. Jeti-Jeti (Jeti Tan, Jeti Chew, Jeti Lim)
16. Avatar Secret Garden
17. WonderFood Museum
18. Audi Dream Farm
19. Batu Ferringhi - dah pergi
Ada yang saya missed out lagi? Kalau ada boleh letak di komen.
4 Comments
Menarik juga jalan-jalan waktu malam, kalau siang sesak kemain.
ReplyDeleteMenarik mini library tu.
walau sesak waktu siang pun best, kalau malam tu lebih tenang esp tengah malam, boleh guling2 kat jalanraya hee
DeleteWah dtg jln2 sini ya…kita dah lama xmkn nasi kandaq beratur tu…nnt nak pi la jugak ajak suami
ReplyDeletemmg selalu akak singgah Penang tapi kali ni pergi dan balik overnite Penang...
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!