Pastinya pengumuman Perdana Menteri semalam cukup menggembirakan dan mesti ada antara kita dah mula buat senarai tempat untuk berbuka dan bersahur sebelum Covid-19 melanda dunia.
Baca Juga : Malaysia memasuki fasa Endemik mulai 1 April 2020
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Jadi, umi nak syorkan anda ke WTCKL antara salah satu lokasi untuk berbuka puasa dengan keluarga mahupun dengan rakan sekerja atau rakan lama sambil mengeratkan silaturahim, Tapi jangan lupa, anda masih perlu mengekalkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan pelanggan disekeliling juga.
Pada tahun ini, dengan bertemakan "Aneka Selera Desa", Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, kembali mengundang pengunjung untuk sama-sama mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet lebih 300 jenis juadah setiap hari bermula 5 April hingga 29 April 2022.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Pilihan menu istimewa dengan 5 giliran berbeza setiap minggu disediakan oleh barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Ekesekutif, Suzaini Mohamed Salih. Antara hidangan klasik desa, antaranya Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut tersedia.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022
Di bahagian minuman pula ada minuman panas dan sejuk serta ada ABC dan cendol juga.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Pelbagai jenis ulaman Melayu tradisional seperti daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Oucuk Ubi, Tenggek, Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, 7 jenis kerabu, tapai, Laksa, Mee Kari, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang cukup mengenyangkan selera orang Melayu.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Peminat kambing, jangan lepaskan merasai 'Kambing Golek' yang dihidangkan seekor setiap hari dengan pilihan sos lada hitam dan sos cendawan yang pastinya buat anda berpuashati.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
WTCKL juga membawakan Nasi Kandar Saddam sebagai salah satu hidangan istimewa buffet Ramadan. Tak perlu lagi 'lepak mamak' lepas solat Tarawikh kerana nasi kandar ada, roti canai ada, teh tarik pun ada juga tau. Semuanya ada di buffet ramadan Aneka Selera desa, WTC.
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Selain dari itu, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang terdiri dari kuih muih tradisional Melayu dan kuih muih moden.
Tapau Makanan Dengan Mangkuk Tingkat Istimewa WTCKL
Kalau ada yang berminat dengan masakan dan ingin membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur, beli saja mangkuk tingkat edisi terhad di kaunter dan cedok sebarang hidangan kegemaran dari meja bufet. Mangkuk tingkat ini dijual dengan harga RM59 dan RM69 untuk saiz 12 cm dan 16cm dengan pelbagai corak. Memang bagus usaha WTCKL ni yang secara langsung membantu menyelamatkan bumi degan pengurangan bekas plastik.
Ruangan Solat Buat Pengunjung
Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3, tersedia bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah dengan kapasiti 100 orang jemaah.
Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat
WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang dengan tempahan minimum 100 orang di atas. Jamuan persendirian ini akan diadakan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL dengan suasana lebih peribadi dan mesra bersama keluarga serta rakan atau rakan perniagaan. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan buffet khas dan ruang solat khas, Maghrib, Isya dan Tarawih serta kadar kadar parkir hanya RM5.00 mulai dari jam 6 petang dan seterusnya.
Harga Buffet Ramadan "Aneka Selera Desa"
Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 |
Harga Buffet Ramadan "Aneka Selera Desa" untuk orang dewasa ialah RM128.00 nett, untuk kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM75.00 nett dan harga yang sama untuk buat warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak dibawah 12 tahun.
Kalau nak lebih penjimatan, beli baucer Early Bird berharga RM108.00 nett sahaja seorang.
Jimat Dengan Baucer Early Bird
Anda boleh dapatakan baucer Early Bird ini mulai dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022 dan sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022. Baucer Early bird ini boleh dibeli secara dalam talian iaitu melalui Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside.
Jujur umi katakan, makanan kat buffet Ramadan "Aneka Selera Desa" kat sini memang sedap dan sesedap masakan orang Melayu yang biasa kita makan.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, layari : www.riverside.wtckl.com atau hubungi 03-26146701 dan 019-2678960.
atau boleh ikuti di laman sosial berikut
Instagram WTCKL : https://www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur/
Facebook WTCKL : https://www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur
2 Comments
kambing golek jd tumpuan...bagus collaborasi dgn resto mamak, pekena teh tarik lepas terawih..
ReplyDeletebila bulan Ramadan jer, kambing golek mmg satu kemestian kan...lepas makan kita pun tergolek dan harap tak sampai terlajak golek sampai tertinggal tarawih kan
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!