Surprised Dinner Buat Suami Di Restoran Serai KL East Mall | Bersungguh-sungguh KY Amada call tanya masak apa, rupanya nak belanja birthday boy makan kat luar. Ingatkan sebab nak suruh panaskan lauk untuk dia berbuka, rupanya nak buat surprise kat si ayah sempena birthday si ayah yang ke 56 pada 1 Mac lepas.
Memulanya nak pergi ke Full Loaded, Cafe Italian (Jiran), Melawati Mall dan ada beberapa tempat makan lain yang singgah kat ingatan tapi akhirnya kami ke KL East Mall. Mujur last minute booking ni masih diterima, kalau tak mungkin makan nasi bungkus jer la kot. Ok jugak kan.
|
Surprised Dinner Buat Suami Di Restoran Serai KL East Mall |
Masa sampai tu memang tak cakap KY dah book kat kedai mana, kata DH kalau kat Dolly Dimsumtu dia duduk minum jer. Memang lawak sungguh DH ni yang memang perut orang Melayu. Bila kami terus melepasi Dolly Dimsum, baru nampak dia diam. Hahaha.
Kalau ikutkan DH memang tak nak makan kat luar sambut birthday dia apatah lagi bila dua orang anak gadisnya, KC Iman ada kat Shah Alam dan Cik Meya masih belum balik dari Penang.
Birthday boy dan Ayong memilih menu yang sama - Spicy Thai Rice dengan belacan, ayam, udang, kerabu mangga, telur, acar dan ikan bilis goreng. Memang sedap dan setanding rasa nasi goreng kat kedai makan Member Tomyam kat Setapak Jaya tu.
Creamy Penne Pesto Chicken with Shimeji mushroom, ni pula pilihan umi yang konon nak diet. Boleh dengar, boleh baca, percaya pun boleh ya.
Nasi Goreng Kampung with Chicken Satay ni ada keropok dan acar pilihan Angah ni pun sedap, ditambah pula ada kangkung memang buat selera terbuka jer
Spaghetti Cabonara pilihan Kak Yang ni sedap dengan beef bacon. Portion menu ni pun banyak
Grilled Honey & Lemon Thyme Chicken Parisian mash, roasted garlic dan shimeji mushroom dengan sos lada hitam ni pilihan cikapplepie.
Seperti biasa, kalau makan nasi goreng, mesti ada sup daging atau tom yam sebagai penambah selera.
Kalau sesiapa makan kat sini, boleh la order tom yam campur ni, sedap dan pes buatan sendiri ni cukup terasa masam dan wangi tomyam.
Overall memang puashati dengan makanan kat sini dan boleh datang lagi lain kali kata KY yang refuse nak bagi tahu berapa harga kesemuanya. Cuma dia bagi hit RM3XX jer.
Terima kasih KY dan Ayong yang sama-sama belanja.
Okay yang Mousse cake ni beli kat Baker's Cottage jer sebab Chef Ross busy dan kedai kek milik kawan DH kat Seri Rampai tu buka lewat. Mujur DH cakap kek ni ok walau pada selera saya kek ni..biasa-biasa sangat.
Memandangkan dah beli kek ni, so bawa ke sini 2 potong supaya DH boleh makan sebabnya esok tu dia kena ke Johor seminggu.
Nak ke sini memang kena book sebab waktu kami dah duduk tu, panjang pulak nampak orang beratur untuk dapatkan tempat duduk.
Restoran Serai KL East Mall
Lot G1-23, KL East Mall, Jln Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
4 Comments
Ini Serai yang popular dengan pavlova tua Jan?
ReplyDeleteHehe ramai tekak Melayu minta nasi goreng.
ye kot...
Deletehaha..tak juga kalau ada pasta dia akan pilih cabonara atau bolognese tapi dia cakap dah nama kedai Serai, harus makan nasi hahaa
Lama gila tak masuk SERAI, apa pun happy belated birthday Suami kak Fuzy
ReplyDeletesama la akak Diah...rindu nak masuk Serai di KLCC tu tapi sekarang ni dah ada yg dekat, tapi kena tengok kocek dulu..zaman dah berubah, poket pun dah kempis heee
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!