Koleksi Raya AEON 2022 - Trend Fesyen 'Raya Penuh Makna' | Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidifitri yang tidak berapa lama lagi, AEON turut mengambil kesempatan memperagakan Koleksi Raya AEON 2022 bertemakan trend fesyen untuk 'Raya Penuh Makna' bertempat di Centre Court, AEON Alpha Angle, Wangsa Maju pada hari Ahad yang lalu.
Mungkin ramai yang tidak sedar, AEON Alpha Angle yang baru selesai pengubahsuaian ini telah berusia 30 tahun dan amat dekat terutamanya di hati warga asal Wangsa Maju dan masih kekal dikunjungi penduduk setempat mahupun jauh, walaupun telah banyak shopping mall berada disekitarnya.
Koleksi Raya AEON 2022 - Trend Fesyen 'Raya Penuh Makna' |
Pertunjukan fesyen yang menampilkan kolaborasi antara AEON dan jenama-jenama yang cukup dikenali ramai seperti F.O.S, Jasmina, Anggun Cotton Collection dan Behati yang turut serta dalam memperagakan pakaian dalam bagi sambutan Aidilfitri dengan tema 'Raya Penuh Makna'
AEON turut menampilkan jenama-jenama 'in-house' seperti Scarlet, Puteri, Arcadia, Tized, Agenda, Crème, Guy's Vision dan Suave yang cukup menarik dengan harga yang berpatutan.
Bagi anda yang masih mencari baju untuk sambutan Aidilfitri seperti baju kurung dan baju kasual yang lebih santai tapi trendy, jangan lepaskan peluang ke AEON Alpha Angle yang menawarkan pelbagai koleksi baju raya menarik dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!