SHEIN Berkolaborasi Dengan Iman Troye Dengan Busana Muslimah

SHEIN Berkolaborasi Dengan Iman Troye Dengan Busana Muslimah | Buat pertama kalinya, jenama fesyen SHEIN tampil membuat kejutan dengan memperlihatkan persalinan kaftan, abaya, tudung beserta persalinan pakaian bergaya yang lainnya. Bagi meraikan pelancaran itu, SHEIN turut bekerjasama dengan penyanyi berbakat besar Malaysia yakni Iman Troye.


Himpunan pakaian muslimah yang dipilih khusus langsung digayakan oleh Iman kini tersedia di semua platform SHEIN. Ceraian pakaian yang dibentangkan bersempena Hari Lebaran ini hadir diolahkan dengan siluet polos lantas dibaluti aura feminin yang bakal melengkapkan mana-mana gerobok pakaian.




Artis rakaman yang sedang meningkat naik ini tidak asing lagi di dalam membuat kejutan kemunculannya, Iman adalah antara salah satu penyanyi tempatan yang tampil mewarnai papan iklan Times Square di New York City. Antara lagu hits nyanyiannya adalah “Teman,” “Pejam Celik Hari Raya,” dan “Nang,” lantas kian mencipta nama sejak memperdengarkan album debutnya pada 2020.


SHEIN Malaysia juga bakal menganjurkan acara penstriman secara langsung #SHEINGayaRaya pada 15 April 2022, jam 9 malam bersama hos Isha Norsham dan Shiha Zikir. Sekali gus, bakal memaklumkan jualan kilat serta hadiah menarik yang tersedia untuk direbut.




Pelancaran himpunan Fesyen Muslimah baharu di laman web SHEIN Malaysia hadir hanya beberapa minggu menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 3 Mei. Hari yang  dinantikan-nantikan oleh selautan umat Islam di dunia ini sudah pasti, dimulakan dengan salam-salaman sesama keluarga di awal pagi sebelum mengunjungi masjid bagi mensyukuri kurnia nikmat Ilahi.


Demikian, SHEIN menyediakan persalinan untuk digayakan pada Hari Lebaran dengan corak potongan yang lebih bergaya. Lantas dibentangkan sama dengan pelbagai pilihan saiz juga warna untuk dipilih.


“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian yang boleh saya suai dan padan mengikut gaya tersendiri! Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna serta karakter buat gerobok pakaian anda seperti yang dihadirkan buat saya!” kata Iman.


Dapatkan seluruh koleksi Fesyen Muslimah Iman Troye hari ini di https://my.shein.com/campaign/imantroye.


Tentang SHEIN

Ditubuhkan pada 2012, SHEIN ialah peruncit dalam talian global terkemuka dengan operasi di Guangzhou, Singapura dan Los Angeles, bersama-sama dengan pasaran utama yang lain. SHEIN menjangkau pengguna merentasi lebih 150 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kami meletakkan pilihan premium, membawakan lebih daripada 6,000 produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup baharu setiap hari dengan lebih daripada 600,000 item tersedia. Misi kami adalah untuk membantu umum dalam mengekspresikan keperibadian melalui trend terkini yang mudah diakses dalam harga berpatutan. Aplikasi SHEIN tersedia secara percuma pada iOS dan Android. 


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lihat laman web rasmi SHEIN (https://my.shein.com) dan saluran media sosial (Facebook | Instagram | TikTok | Twitter | YouTube)

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!