Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga Episod 35

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga Episod 35 | Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah akan kembali di slot Akasia TV3 mulai malam ini, 1 April 2022, jam 7 malam.  Jadi sepanjang berbuka puasa bermula hari Isnin nanti,  sempat juga kita menjeling kat tv, tapi jangan sampai tersedak sebab kata Siti Rosmizah, tiada kisah bergaduh antara menantu dengan mak mertua, tiada babak klise dan yang ada penceritaan di luar jangka dengan setiap pasangan ada permasalahan sendiri.


Baguslah kalau gitu sebab penat tengok drama yang berulang asyik bergaduh mak mertua dan menantu, dengan mak mertua nak carikan menantu lain la dan perangai menantu dan mertua yang sama naik buat hal, berbaik dan buat hal lagi. Ahh pening


Menurut Siti Rosmizah musim ketiga drama itu akan memaparkan penceritaan lebih mencabar selain di luar jangka. Malahan para pelakon 7 Hari Mencintaiku 3, akan berdepan tugas lebih mencabar kerana watak mereka kali ni tak mudah.







Drama ini masih mengekalkan mengekalkan pelakon utamanya Shukri Yahaya dan Siti Saleha, selain Wan Syarmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Kazar dan ramai lagi selain tambahan berberapa pelakon lain.


7 Hari Mencintaiku 3 | Bil Episod: 35 | Tarikh Tayangan: 16 April 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam | Rangkaian: Akasia TV3

Skrip: Siti Rosmizah | Pengarah: Jamal Khan | Produksi: SR One Sdn Bhd


Watak Pelakon

Khuzairi (Shukri Yahya), Mia Adriana (Siti Saleha), Pak Samad (Kazar Saisi), Mak Leha (Liza Abdullah), Helmi (Syazwan Zulkifly), Sofi (Wan Sharmila), Nadia (Jaja Iliyes), Zaidi (Bil Azali), Zarina (Jasmin Hamid), Syakila (Faye Kusairi), Fatin Husna (Reen Rahim). Dr Adam (Sean Lee), Nurul Ain (Wafariena Roslan ), Azura (Silfeny Osman), Taufik (PU Azman) Taufik, Husin (Ezad Lazim), Kak Piah (Raja Azura), Che Putih (Norlia Ghani)


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. 


Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.


Lagu OST

Lagu : Kaulah Syura Khai Bahar feat Lia Aziz

Komposer : Asfan Shah

Penulis Lirik : Siti Rosmizah


Post a Comment

0 Comments