Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri

Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri | Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Cukup menakutkan bila mengingatkan kejadian microsleep dialami sendiri pagi tadi. Beberapa tahun dulu, kakak no 2 pernah kena di awal pagi hingga terlanggar kenderaan lain tapi mujur tiada minor injury mahupun major tapi agak teruk jugak kerosakan kereta yang lain. Kata Kak Jang Siah (kakak no 2) dia terlelap sekejap jer waktu memandu dan tersedar bila dah terlanggar, mujur tiada sesiapa yang tercedera juga.

Bahayanya Microsleep

Umi pernah kongsi dan copy paste berkenaan microsleep yang cukup bahaya dan boleh mengundang bahaya bukan pada diri sendiri tapi juga pengguna lain.


microsleep


Pagi tadi juga, umi tidur agak awal dalam jam sebelum 11 malam selepas melayan bonda yang sejak 2 -3 hari ni susah nak tidur dan asyik panggil umi atau adik-beradik yang lain sebab bonda kata dia rasa penat, rasa pening walau kami baringkan. Memang terganggu tidur bila terkejut bila dipanggil tapi malam tadi tu lepas umi tidur, keadaan memang tenang. Dek kerana tidur awal, umi tersedar jam 3 pagi dan sempat la juga buat tahajud memohon kemudahan urusan buat bonda dan kami serta ahli keluarga. Jam hampir 5 pagi, bonda terjaga dan minta air seperti biasa so melayan la bonda sekejap sampai masuk waktu Subuh. Lepas Subuh tu tukar diaper bonda dan beritahu bonda yang umi nak hantar KY dan Cik Meya ada kalau dia perlukan apa-apa.


To cut short, umi start kereta dalam jam 7.10 pagi melalu Setapak Jaya menuju Jalan Semarak sebelum masuk ke DUKE. Alhamdulillah, walau kereta dah banyak sebelum masuk ke DUKE tapi jalan tenang dan hujan pun dah berhenti waktu keluar rumah tu, jadi pemanduan agak lancar. Akhirnya sampai ke Daikin Sg Buloh jam 8.03 pagi. Memang awal la juga tu. 


Seperti biasa, umi sekarang ni pilih guna MRR2 waktu drive balik. Waktu masuk ke simpang melepasi stesen KTM tu, mata dah terasa lain macam. Nak kata mengantuk, tak jugak tapi fikir memang nak kena pulled over cari spot dan rehat atau tidur sekejap. Sekejap buka radio, sekejap off dan keadaan MRR2 ni memang banyak kereta tapi masih boleh memandu sampai melepasi Taman Layang-Layang. Tercari juga spot untuk berhenti, stesen minyak la paling bagus tapi rasa macam tak mengantuk tapi sesekali rasa mata berat.


Memang tak sepatutnya umi drive kat laluan tengah sebab kalau nak berhenti, sepatutnya drive kat laluan kiri tapi entahlah rasa macam dah ok. Tiba-tiba umi tersedar dah masuk ke laluan paling kanan bila keadaan jalan tu tidak rata. Ya Allah baru tersedar yang umi dah terlelap sekejap! Allahiakbar, umi baru mengalami microsleep! Mujur umi tak memandu laju dan kalau awal tu umi memandu di laluan laju tu pasti dah terlanggar penghadang jalan. Mujur juga tiada motorsikal atau kereta  di sebelah kanan waktu umi terlelap hingga masuk ke laluan tu. Allahuakbar! Allah yang Maha Esa masih memelihara umi. Lepas tu memang tak mengantuk dah, umi pun tak berhenti dan terus balik rumah.


Ingatkan nak lelap sekejap di rumah tapi Cik Meya mesej bagitahu yang bonda nak mandi, nak makan jadinya lepas sidai baju, terus umi gerak ke rumah bonda hingga petang. DH pula bagi tau yang dia akan jemput KY dari tempat kerja sebab tugasan dia selesai awal. 


Baca : Moga bonda sentiasa sihat


Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri


Memang tak bagitau DH la masa dia mesej takut nanti dia marah huhu, cuma bagi tau dia waktu dia sampai rumah selepas menjemput KY tu pun waktu Maghrib tadi. Mujur dia tenang dan cakap kan ada stesen minyak selepas Taman Layang-Layang tu. Ya memang silap percaturan umi sebab fikir boleh sampai ke rumah tanpa terlelap. 


So memang jadi pengajaran buat diri sendiri dan diharap pengajaran anda yang membaca blog ni. Jadi, umi nak kongsi apa itu microsleep


Alamak, kisah balik berhari raya di kampung selepas 3 kali Syawal pun tak sempat nak post entri. 


Apa itu ‘microsleep’?




Microsleep adalah situasi bila kita terlelap atau tertidur sewaktu memandu atau hilang tumpuan dalam tempoh 1 hingga 30 saat tanpa dapat dikawal. Kalau sewaktu memandu tu mungkin kita akan tersedar bila kenderaan kita rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin kitaa dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jadi inilah keadaan itu dipanggil microsleep. 


Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga. Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka. Ianya sangat merbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.


Apakah puncanya?

Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.


Bagaimanakah untuk mencegahnya? 


Memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.


Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur , seperti:

  • Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio semasa tidur.
  • Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan semasa waktu tidur.
  • Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
  • Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.
  • Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.


Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau microsleep semasa memandu. 

  • Mengambil masa untuk berhenti dan berehat di tempat yang selamat.
  • Berbual dengan penumpang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda. 1
  • Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga. Caffeine mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan efeknya. Dalam masa 30 minit ini anda masih berisiko untuk mengalami microsleep. 
  • Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep berlaku adalah kerana kekurangan oksigen dalam badan anda. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar. 


Rujukan:


Don’t dream and drive: ‘Somnolence’ could be main cause of traffic accidents in M’sia. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.nst.com.my/news/2017/04/228404/dont-dream-and-drive-somnolence-could-be-main-cause-traffic-accidents-msia

Neurocognitive consequences of sleep deprivation. In Seminars in neurology (Vol. 25, No. 01, pp. 117-129). Durmer, J. S., & Dinges, D. F. (2005, March). 

106 deaths in just six days of Ops Selamat. KUMAR, M. (2020).Retrieved 16 January 2020, from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/05/106-deaths-in-just-six-days-of-ops-selamat

Microsleep Prevention Guide: Most Dangerous 3 Seconds of Your Life. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleepadvisor.org/microsleep/

Losing the struggle to stay awake: divergent thalamic and cortical activity during microsleeps. Poudel, G. R., Innes, C. R., Bones, P. J., Watts, R., & Jones, R. D. (2014). Human brain mapping, 35(1), 257-269.

Stair walking is more energizing than low dose caffeine in sleep deprived young women. Randolph, D. D., & O’Connor, P. J. (2017). Physiology & behavior, 174, 128-135.

Sleep Basics: What Is Microsleep? | Sleep.org Learn More About Microsleep. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleep.org/articles/what-is-microsleep/

Post a Comment

5 Comments

  1. teringat kes tahun 2015 kalau tak silap, anak buah sebelah suami ammi terlibat dalam kemalangan yg menyebabkan adik sepupu dia meninggal di Ledang...microsleep juga tu. trauma jadinya anak buah ammi tu...sbb dia rasa bersalah sangat

    ReplyDelete
  2. good sharing kak.. husben saya pun selalu alami mcm ni bila time driving...kdg2 tu mmg suh dia benti untuk rehat jap, lelapkan mata...

    ReplyDelete
  3. takutnya. Alhamdulillah takde apa-apa jadi kat akak. saya takut juga microsleep tu sebab elak dari memandu jauh-jauh sendirian

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar Kak. Saya yang baca ni seriau juga. Saya kalau penat memang tak boleh nak drive sebab memang mudah tertidur. Kalau cukup rehat inshaAllah. Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua.

    ReplyDelete
  5. Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. nama kucing melayu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!