Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga balik Kedah sebab abang ipar nak buat perjumpaan di kampung. Abang ipar ni dah bermastautin di Johor dan dah lama sangat tak balik kampung, kiranya sejak FiL dah meninggal rasanya. Bukan dia tak rindu tapi jauh kot dan dia pun bukan la muda lagi.
Kami bertolak dari KL dalam jam 2.15 petang lepas cikapplepie balik dari sekolah dan saya sendiri balik dari rumah bonda. Kami balik berenam beranak jer sebab Angah Ammar tak boleh cuti dan Kak Cik Iman pun baru bekerja.
Tak sangka sungguh lebuhraya ke Utara ni banyak betul kereta walau masih awal waktu kami mulakan perjalanan. Malahan lori treler pun banyak dan laju sungguh dengan hujan yang turun, memang umi tak lelap pun.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
DH syorkan nak dinner di kedai makan Mee Daud Mat Jasak tapi risau kalau dah tutup, jadi Ayong pun mengoogle tapi encik google bagi lokasi yang bukan kedai yang DH biasa makan. Ha'ah memang salah pun tempat tu, rupanya ada kedai lain dengan nama sama.
Ni kes unifi yang makin parah servisnya. Jadi umi pulak buat minta pertolongan encik Google dan semestinya dapat lokasi sebetulnya.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
Masa kami sampai tu dalam 7.30 tu memang penuh dan tak ada ruang kosong langsung, mujur DH tak kata jom ke tempat lain. Apa pun kena bersabar dan tunggu hingga ada tempat kosong untuk kami 6 orang dan lepas kami sampai pun masih ramai yang beratur.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
saya dan Ayong pilih nak makan mee kari. Ingatkan mee kari ni akan ada fish ball, kerang atau isi ayam tapi tidak. Mee kari ni hanya ada mee, taugeh dan kuah kari yang sedap (4*), tidak pedas, macam mee kari kedai cina sebab tu pelanggan Mee Daud Mat Jasak ni terdiri bukan orang Melayu tapi bangsa lain juga. Kiranya memang ikut taste orang ramai dan wajarnya menjadi popular.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
Kak Yang memilih kuetiaw kari dan ditambah fish balldan fish cake. Ni bukan yang standard rupanya macam yang saya makan tu, walau standard tapi habis tak tinggal isi.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
Cik Meya pula makan sotong kangkung, kuahnya sedap tapi lagi sedap kalau ditabur kacang tumbuk goreng. Mujur sotong basah tu pun lembut jer.
Cikapplepie pula nak nasi goreng tapi kata Ashraf (yang ambil order) kalau goreng-goreng akan lambat sebab order dari Grab. Tapi waktu dah orang dah mula agak reda, dia tanya nak nasi goreng apa tapi Ayong dah belikan nasi goreng kat kedai makan kepunyaan pakciknya kat sebelah.
Nak tau berapa belanja hangus makan malam kami termasuk 1 teh tarik, 1 neslo, 2milo ais, 1 air suam, 1 limau suam? Hanya RM55 dan cukup mengenyangkan untuk kami meneruskan perjalanan ke utara
Jadi sesiapa nak makan mee kari kat Mee Daud Mat Jasak ni jangan silap bila waze, pastikan alamat yang tertera tu ialah No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Lagi satu kalau nak tau betul ke tak kedai ni, tengok kat sebelah tu ada Kedai Makan Haji Yahya yang dibuka waktu siang je.
Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak |
Ipoh ni kaya dengan bangunan zaman kolonial dan ni salah satu bangunan warna pink berdekatan kedai makan Mee Daud Mat Jasak. Kalau nampak bangunan ni sebelah kanan, kedai mee kari ni kat sebelah kiri tak sampai 5 minit.
SEJARAH MEE DAUD MAT JASAK
Dari apa yang saya baca, kedai ni dinamakan Mee Daud Mat Jasak sempena nama datuk Ashraff ni yang merupakan pesara polis hutan dan berkawan dengan seorang lelaki Cina dan belajar menghasilkan mi kicap dan mi kari daripada teman rapatnya itu. Akhirnya arwah datuk buat keputusan nak buka gerai kecil menjual mi. Malahan tapak gerai sekarang ni adalah tapak asal gerai milik arwah datuknya.
Rupanya perniagaan mee kari ni dah memasuki 3 generasi dengan resepi turun-temurun dan perusahaan ini dijalankan sejak tahun 1970
Nama asal Mee Daud Mat Jasak ialah Gerai Makanan & Minuman Haji Daud Mat Jasak atau lebih popular dikenali sebagai Gerai Mee Mat Jasak.
Menu utama yang sering mendapat perhatian pengunjung termasuk masyarakat Cina ialah mi kari, mi kicap dan kuetiau goreng kerang.
Jadi memang recommended buat peminat mee kari, mee kicap atau menu lain macam kami makan malam di Mee Daud Mat Jasak Ipoh ni.
Alamat :
No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.
5 Comments
Termasuk dalam list saya dulu waktu bercuti ke Ipoh tapi tak kesampaian. One day boleh cuba
ReplyDeletewajib cuba sbb mee kari dia mcm mee kari cina..sedap pada selera tapi jangan lupa tambah fish ball dsbnya..sbb akak first time order...so noob la hahaa
Deletesedap tuuu... pernah sekali cikma mengidam nak makan sini... 2 mangkuk makan mee kicap..huhu.. memang sedapp
ReplyDeleteamboiiii cikma..sampai 2 mangkuk mee kicap. Dah alang-alang kat Ipoh kan, kira cari makanan sedap kat sini
DeleteOMG.... my wajib pergi tempat makan bila balik Ipoh.. i can eat everyday okeyyyy. but tempat i makan dekat mat jasak medan mara tu. pernah cuba dekat pekan ipoh tapi macam kureng je.. ur place ni i tak pernah pergi lagi..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!