Pengalaman Menarik Short Vacay Di Kuak Hill Resort Lenggong | Memang tak sangka akan mencuba camping walau berkali fikir nak rasa pengalaman bercamping tapi risau lebih banyak dari keinginan tu sebab dulu waktu bercuti di
Taman Negara, pengalaman dalam hutan tu memang cukup menakutkan
Cadangnya kami nak bermalam di Ipoh sebab rindu nak bercuti di Hotel Putrade macam dulu sambil jalan-jalan dan makan-makan tapi bila dari Kedah dah lewat pula nak hantar Ayong ke Lenggong, jadi DH cakap kita overnite di Kuak Hill Resort yang dia google.
Alhamdulillah, memang mudah buat booking online untuk penginapan di Kuak Hill Resort ni dan harga pakej termasuk shuttle. Mula tu terfikir kenapa kena naik shuttle, jauhkah? rupanya sebab resort ni terletak di tanah tinggi dan memang tak boleh naik dengan kenderaan biasa.
Terima kasih en suami (DH) yang buat last minute request untuk bercuti kat sini memandangkan dari Kedah kami ke Lenggong untuk hantar Ayong yang kena bertugas sebagai urusetia temuduga di KKTM. Ayong pun sempat meninjau ke sini sebelum kami turun balik untuk hantar dia ke lokasi dia perlu bertugas
Kalau sesiapa yang hantu durian tu wajib datang waktu ni sebab sekarang musim durian bukit yang cukup murah harganya. Kalau tak silap RM5 atau RM8 sekilo, malahan kata pekerja kat sini harga RM1 pun ada.
Glamping site 1 terletak di aras tertinggi berbanding glamping site yang lain. Mujur ambil ni sebab kalau ambil Glamping site 2, jenuh juga umi nak naik tangga.
Setiap glamping site ada 2 khemah dome untuk 4 orang dengan saiz 10m², juga diberikan sleeping bag, camping mat, lampu, kipas dan extension wire. Sementara ada ruangan untuk rehat bersebelahan khemah yang menempatkan meja dengan 4 kerusi dan hammock.
Jangan risau kesejukan sebab khemah ni agak panas tapi kalau musim sejuk, khemah ni cukup sesuai.
Nak book villa tapi kesemua villa penuh, so sedapkan hati untuk jangan risau sebab khemah ni bukan atas tanah.
Ada 5 glamping site dengan setiap glamping site harganya berbeza dan termasuk sarapan pagi untuk 4 orang bagi setiap glamping site. Kalau ada tambahan orang, boleh buat add ons breakfast hanya RM10 sahaja.
Harga Glamping Site
- Hidden Spot = RM299 | Glampsite 1 = RM289 | Glampsite 2 = RM269 | Glampsite 3 = RM249 | Glampsite 4 = RM229 | Glampsite 5 = RM199
Harga untuk Villa
- VILLA 1: CLOSED FOR RENOVATION WORK | VILLA 2: RM 349(Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 3: RM 299 (Sun-Thur) / RM349 (Fri-Sat) | VILLA 4: RM 699 (Sun-Thur) / RM749 (Fri-Sat) | VILLA 5: RM299 (Sun-Thur)/ RM349 (Fri-Sat) | VILLA 6: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 7: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat) | VILLA 8: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)
Kafe yang beroperasi dari jam 7.30 pagi hinga 9.30 malam. Pakej penginapan termasuk sarapan pagi bagi empat orang dan kalau ada tambahan orang, boleh add ons saja.
Malam tu anak-anak dah kelaparan, jadi makan malam kami dengan nasi goreng cina dan nasi goreng ikan masin yang sedap, malah portion nasi goreng pun banyak.
Sarapan pagi kami dengan nasi lemak bungkus, kuih keria dan kuih karipap yang cukup sedap. Ada free flow bijirin, roti dengan jem, kopi dan teh
Surau yang luas boleh menempatkan lebih kurang150 orang, cukup cantik dan mengadap seluas mata memandang.
Ada dua kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kolam renang ini pula dibuka hingga 1230 malam. Jadi kalau nak berendam sampai kecut pun boleh.
Di sini terdapat aktiviti yang menarik untuk anak-anak seperti Bird Aviary yang menempatkan burung merak dan burung, ada arnab dan nak naik ATV pun boleh.
Selain dari tu kita boleh melihat pelbagai tanaman herba yang ditanam disini dan madu pun ada disini dan dusun buah-buahan dan pemandangan indah dan dari resort kita boleh lihat jambatan Raja Muda Nazrin yang terletak di Tasik Raban.
Bangun pagi selepas solat tu, DH dah siap sedia tunggu di ruang makan yang mengadap Tasik Raban. Niatnya nak tengok matahari dan awan yang bergulung tapi tak kesampaian sebab petang waktu kami sampai tu hujan.
Jujurnya memang sangat recommended untuk bercuti ke sini sebab kemudahan yang ada, tiada gangguan bintang liar atau buas, para staff yang cukup mesra dan makanan yang sedap.
Alamat : Lot 3538 Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak | No telefon :013-870 5101.
Untuk tempahan anda kena buat tempahan secara online di website www.kuakhillresort.com
Kami check out dalam jam 10 pagi sebab nak elak dari kesesakan jalan memandangkan esok (hari Selasa) DH dan KY akan naik kerja tapi otw keluar tu sempat jugak kami berhenti di Dataran Tasik Raban untuk ambil gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan balik.
Kami pun menggunakan Jambatan Raja Muda Nazrin ni untuk ke destinasi seterusnya. Jadi sila tunggu sambungan perjalanan kami selepas ni.
14 Comments
Br je nampak iklan resort.ni...klu ada rezeki. Bole try jgk ni
ReplyDeleteoh ye ke..iklan di FB lagi kot. InsyaAllah ada rezeki Ako nanti tuu
Deletecantik dan menarik tempat ni
ReplyDeletewah bestnya! nk share kat group jejalan kitaorg la
ReplyDeletebest Pikah...kalau datang dgn kekawan pun best jugak..kalau dgn family lagi best
Deletesila-sila share..heheh
DeleteKuak Hill resort mmg dh list nak cuba bermalam.. so boleh proceed utk overnite sana nnt
ReplyDeleteyess...proceed dan tell your story later..hehe
DeleteSyoknya pergi camping. Kami nak camping kena tunggu askar kecik ni besar sikit baru best..
ReplyDeletedulu masa anak2 kecil pun akak tk pergi camping ni Kinah, kecuali berkelah kat sungai paling tidak pun sbb risau dan takut kang balik nnt anak2 tak boleh tidur dan meragam...
DeleteBestnya...kalau anak dah besar sikit nanti...boleh lahbuat plan glamping camping.. sekarang belum boleh
ReplyDeletekak nak tanya kalau glampsite jenis hidden spot tu yang paling atas ke? sbb tengok harga itu yang paling mahal?
ReplyDeleteNice post thank you April
ReplyDeleteNice post thank you Diane
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!