Resepi Talbina (Bubur Barli) Makanan Sunnah Dengan Khasiat Dan Kebaikan

Talbina atau bubur barli ni, umi dapat dari anak bujang, Ayong yang suka menggunakan bahan alami atau asli dalam merawat (remedy) kepada semua penyakit. Kalau kat rumah dia kerap menyediakan remedy untuk selesema, sakit tekak dan beberapa lagi tanpa mendapatkan rawatan ubatan yang mengandung drugs. Memang umi dan suami lebih suka mencuba cara ubatan yang tradisional ketika demam tanpa mengambil panadol kecuali demam berlanjutan.


T A L B I N A 

Diperbuat daripada barli kisar. Antara makanan Sunnah Nabi yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ untuk pelbagai jenis penyakit dengan izinNya


Diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya: “Apabila ada keluarganya meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali ahli keluarga dan orang tertentu, beliau menyuruh memasak seperiuk Talbinah (bubur barli).

Kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan diperbuat dari campuran roti dan daging). Lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata:

Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian kesedihan”

Riwayat: Muslim dan Bukhari.

Tak perlu cerita pasal antibodi dalam badan tapi kita patut tahu tahap kesihatan diri untuk elakkan diri dari makan ubatan hospital dan klinik. Setiap orang ada lain caranya dan apa yang kita rasakan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain.


Talbina


Bercerita pasal bubur Talbinah ni, umi dah cuba dua kali pada bonda yang berusia 86 tahun yang semakin sukar untuk tidur macam insomnia. Waktu ke klinik, doktor bagi ubat saraf untuk bagi rehat tapi bila bonda makan memang tidur lena tapi keesokkannya dia lemah selemah lemahnya dan kalau duduk tu terlentok tertidur. Memang kesian sungguh.


Tapi sejak bagi bonda makan bubur barli ni, Alhamdulillah bonda tidur agak nyenyak dan malam tadi umi masak lagi dan bonda tidak bangun sekerap selalu sampai umi pun penat, malah pernah ada pengalaman alami microsleep yang buat umi risau dan takut.


Lazimnya kami akan bawa bonda ke bilik tidur dan selepas baring tu bonda akan memanggil lebih 10 kali dengan mengatakan sejuk, tak boleh tidur dan macam-macam lagi. Baru nak duduk, bonda panggil dan terkadang tu baru lelap sekejap, bonda panggil sampai terkejut badan. Bukan nak rungut tapi semoga entri umi ni menjadi panduan bagi mereka yang menjaga orang tua yang semakin uzur.


Berbalik pada bonda, dia bukan seorang yang suka susahkan orang lain apatah lagi anak-anak tapi keadaan badan bonda yang semakin senget disebabkan tulang rangka belakang yang mereput, pergerakan bonda terhad dan sangat terhad. Awal dulu sebelum pemergian Allahyarham abah pada tahun 2018, bondalah yang menjaga dan cukup cergas tapi semakin usia meningkat, bonda kena bergerak dengan tongkat kemudian tongkat empat kaki dan sekarang kalau nak bergerak harus dipantau dan banyak masa diatas sofa atau kerusi roda. 

 

Kisah bonda : Moga Bonda terus sihat


Berbalik pada bubur Talbinah ni, umi ada baca bukan barli yang kita beli tu tapi agak lain tapi kalau tengok khasiat barli memang banyak antaranya menenangkan dan menyegarkan hati orang yang rawan.


resepi talbina


1. Resepi Bubur Talbinah

  • Ambil 2 sudu besar TALBINA masukan ke dalam periuk besama 2 cawan susu.

  •  Masak 10-15 minit dengan api yang kecil. Kacau selalu.

  • Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu. Siap


2. Resipi air barli untuk menguruskan badan:

  • Bahan-bahan: Setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu (kalau suka manis)

  • Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.


Khasiat Talbinah atau Barli ni, antaranya

  1. Pengubatan lemah jantung, diabetes dan darah tinggi.
  2. Mengatasi masalah imsomnia@ gangguan tidur malam.
  3. Diet terbaik untuk pengidap Parkinson
  4. Mengubat selera orang yang berpenyakit
  5. Bertindak sebagai penenang perasaan.
  6. Merawat sistem penghadaman
  7. Merawat kesedihan dan kemurungan
  8. Mengawal penyakit kanser
  9. Untuk awet muda
  10. Menguatkan sistem imun badan kita.
  11. Untuk turunkan berat badan, suka suka.
  12. Mengurangkan morning sickness
  13. Menganjalkan kulit
  14. Melegakan sembelit
  15. Mengatasi masalah artritis
  16. Menguatkan gigi
  17. Mengurangkan rambut gugur
  18. Membantu masalah anemia
  19. Menghilangkan batuk, sakit tekak, demam
  20. Mencegah osteoporosis
  21. Mencegah kencing kotor
  22. Meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.


Banyak betul khasiat barli dan memang wajar air barli dijadikan minuman kegemaran. Apa pun kita mencuba dan mungkin tidak sesuai tapi Barli ni penuh manfaat dan khasiat, jadi tak salah mencuba bukan.


Post a Comment

3 Comments

  1. semoga bonda sihat walafiat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab bagi ilmu baru buat ammi...baru harini dengar tentang bubur barli (talbina)..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!