9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah

9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah | Hari Arafah adalah hari istimewa bagi umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia dan ianya disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan di Padang Arafah ketika ini pastinya padat dengan bakal-bakal hai yang berhimpun bagi melakukan ibadah wukuf.


Teringat 28 tahun dulu bila bonda dan Allahyarham abah mengerjakan haji berdua selepas bonda pulih sihat dari penyakit strok, kami berterusan mengingatkan bonda supaya tidak endahkan selipar atau apa saja yang tertanggal terutama ketika saie kerana terlalu ramai umat Islam. Kami bimbang berlaku kejadian tidak diingini. Alhamdulillah, bonda dan abah kembali dengan selamat dan sihat.


Ibadah wukuf sangat simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Kedua-duanya memohon ampun daripada Allah SWT selama bertahun-tahun dan dipertemukan semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.



Hari Arafah dan puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah walaupun Arab Saudi menetapkan 9 Zulhijjah iaitu Jumaat dengan sambutan Aidiladha sehari lebih awal iaitu pada hari Sabtu


Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah junjungan kita, Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. 


Pada hari Arafah, ramai umat Islam mengambil kesempatan untuk berpuasa pada hari ini bagi merebut ganjaran puasa Arafah di mana sesiapa yang mengerjakannya akan diampunkan dosa selama dua tahun, yakni dosa setahun sebelum dan setahun kemudian.


بُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Dari Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: ” Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”

(HR Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih


Pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan berwukuf  setelah gelincir matahari dan waktu wukuf adalah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah dan kemudian mengikuti khutbah wukuf. Bersolat Jamak Zuhur dan Asar, berzikir Arafah, Berdoa, Bersolatt Jamak Maghrib dan Isyak dan kemudain ke Mudzalifah


Hukum Puasa 'Arafah

Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji dan ianya suatu peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan .


Niat Puasa 'Arafah



Sebenarnya tiada niat khusus bagi puasa Arafah dan bagi mereka yang ingin berpuasa sunat Arafah boleh berniat tapi anda boleh berniat seperti berikut


1. Sahaja aku berpuasa suant esok hari Arafah kerana Allah Ta'ala


2. Sahaja aku puasa sunat Arafah keran aAllah Ta'ala


Selamat berpuasa 'Arafah dan semoga diampunkan dosa-dosa kita sebagai ganjarannya. InsyaAllah


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!