Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan | Minggu lepas bonda buat check up di Hospital Tunku Mizan kali ke berapa yang dah tak terkira tapi tak pernah umi buat sebarang entri. Kalau beberapa bulan dulu, tugasan menghantar bonda ni memerlukan 2 orang sahaja iaitu Kak Ndak dan adik tapi kali ni perlu 3 orang sebab bonda makin tidak larat.
Rutin Pemeriksaan Doktor
Kalau dulu, adik akan bawa kereta dan Kak Ndak akan jaga bonda dari berjumpa doktor hingga selesai dan adik akan tunggu untuk jemput bila selesai. Kali ni 3 orang diperlukan sebab umi akan bawa Kak Ndak dan bonda sementara adik akan bantu untuk memastikan bonda dapat naik ke kereta umi dan kemudian tunggu di HTM untuk bantu menurunkan bonda.
Seperti biasa Kak Ndak akan sediakan air mineral atau kuih atau cekodok untuk buat lapik perut sebab proses untuk berjumpa doktor tu sangat lama. Bayangkan kalau temujanji jam 10 pagi dan bonda akan menunggu lebih 5 ke 6 jam sebelum dipanggil untuk diperiksa. Paling cepat jam 3.30 petang baru boleh selesai dan kemudian dapat slip untuk ambil ubat.
Tapi bab ambil ubat ni memang umi yang akan lakukan atau dulu Angah Ammar akan bantu sebab dia kerja dalam HTM. Kalau Kak Ndak nak ambil ubatan tu semua, rasanya jam 5 baru selesai dan pastinya bonda dah kepenatan sangat.
Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan |
Nak tahu ubatan apa yang bonda harus makan?
1. Mecobalamin (methylcobal)
Kegunaan : Saraf
Pengambilan : 1 biji sekali makan 1 kali sehari selepas makan
2. Bromhexine HCL 8 MG Tab (Bisolvani)
Kegunaan : Cair Kahak
Pengambilan : 1 biji untuk 3 kali sehari
3. Calcium Carbonate 500 MG Tab
Kegunaan : Tulang
Pengambilan : 1 biji x 1 kali makan bersama makanan
4. Cartril-S 500mg capsule
Kegunaan : untuk tulang (Osteoarthritis)
Pengambilan : 1 biji untuk 2 kali sehari
5. Calcitrriol 0.25mg
Kegunaan : untuk tulang
Pengambilan : 1 biji x 1 kali lepas makan
6. Lyrica
Kegunaan : ubat tahan sakit saraf (penenang)
Pengambilan : 1 biji untuk 1 kali makan (malam)
Tu baru ubat dari Hospital Tunku Mizan yang merawat bonda untuk sakit tulang belakang dan nanti umi kongsi ubatan apa yang perlu bonda makan bila berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Setapak.
Okay, next tarikh untuk ambil bekalan ubatan buat bonda pada 8 September 2022. Harapnya umi tak lupa tapi kalau lupa sehari dua, masih ok selagi ubatan masih ada kan.
2 Comments
aduh lamanya kan kak, itu je masalah kalau di hospital kerajaan kene menunggu lama sangat lama untuk dapat jumpa doktor dan ambil ubat. Kalau warga emas penatnya menunggu dalam tak keselesaan tu kan...
ReplyDeleteSemoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!