Resepi Rendang Ayam Dengan Pucuk Maman

Resepi Rendang Ayam Dengan Pucuk Maman | Sedap dan memang cukup rare menu yang umi masak dua minggu sudah. Tu la selepas sekian lama nak buat rendang ayam dengan pucuk maman ni berhasil akhirnya. Kalau nak tunggu ayam kampung memang rasanya lambat lagi, jadi ada ayam bandar pun jadi la.


rendang ayam


Pertama kali umi makan rendan ayam dengan pucuk maman ni di Hotel AnCasa Kuala Lumpur waktu buat review makanan untuk iftar, terus umi jatuh cinta. Lepas tu dok berniat dalam hati tapi tak kesampaian. Ada beberapa kali beli daun maman tapi ada yang terus tak elok dan dibuang dan ada sekali tu sempat la buat jeruk maman ni, uishh sedapnya kalau buat sendiri memang sedap sungguh.


Ayam memang sedap dimasak dengan pelbagai menu seperti gulai ayam, ayam masak kicap atau ayam masak merah yang pastinya membuat nasi dalam pinggan bertambah-tambah.


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, di potong ikut kesukaan

1 ikan daun mamamn

1.5 kg santan

5 keping asam gelugur

Garam secukupnya


Bahan kisar

20 tangkai cili api

5 tangkai cili api merah

3 inci kunyit hidup

3 ulas bawang putih


Cara Penyediaan:

  • Siang dan rendam pucuk maman dalam air berisi garam supaya pasir dan selut yang melekat mudah tanggal. Basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama ayam, kacau biasa mesra dan masak dengan api sederhana supaya isi ayam nampak masak.
  • Masukkan santan pekat dan asam gelugur, kacau dan biarkan rendang dimasak dan kacau supaya tidak melekat.


  • Bila nampak kuah hampir pecah minyak, masukkan daun maman. Kacau hingga daun maman layu dan sebati.
  • Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Dah siap, angkat dan hidang dengan air panas.

Nak resepi rendang atau resepi masakan lain, boleh BACA DISINI


Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!