Sambutan Aidil Adha Simple Di Johor

Sambutan Aidil Adha Simple Di Johor | Salam Aidil Adha buat semua. Tahun 2022 ni memang kami banyak berjalan ke Utara, bulan Februari kami balik kampong sebab DH rindu, Hari Raya pula memang balik sebab dah tiga kali raya kami tak beraya di kampong DH dan selepas Raya pun balik kampong sebab abang sulung DH buat kenduri dan nak jumpa adik-adiknya. 


Mujur la anak-anak dah besar, kalau masih kecil lagi memang jenuhlah nak packing dan unpacking. Tu belum lagi dengan barangan yang dibeli kalau ke Padang Besar yang jadi lokasi kemestian untuk kami pergi.


Apa pun ikut planning ke Utara ada 2 atau 3 kali lagi sebab konvo KC Iman, wedding anak abang kedua DH dan wedding cucu sedara DH. Moga kami ada kesihatan yang baik untuk ke sana dan sini.


Aidil Adha


Kalau ke utara, wajib singgah SINI dan SINI


Tu kisah balik Utara tapi kali ni kisah kami beraya kat Johor, rumah Abang Chaq, abang DH yang sulung yang dah bermastautin di Skudai selepas dia dan isteri pencen, malahan dua orang anak dia  pun dah berkahwin dengan orang Johor. Ni kali kedua kami sambut Hari Raya Aidil Adha di Johor sejak kedua ibu bapa DH dah kembali ke rahmatullah, kalau tak memang ke Kedah jer la kami


Kami bertolak dari KL selepas solat Subuh hari Sabtu tu sebab DH tak nak bersesak dalam kesesakkan jalan raya. Mujur anak-anak semua dah besar sebab tak boleh bayangkan kalau 11 orang bersiap nak berjalan jauh ni.

Menariknya kali ni kami ke Johor dengan Mak Teh (adik bongsu DH) yang menetap di Penang, jadi memang double meriah la. Mereka pula datang awal sebab Penang tak de air jadi DH sempat bawa diaorang berpiknik kat Kemensah. 


Kami sampai Skudai tu agak lewat sebab kami singgah ke Batu Pahat sebab adik ipar DH nak buat rawatan Chiropratik. Nanti umi cerita kat entri lain ya. Abang Caq dah banyak kali dok mesej tanya kat mana sebab dia suruh kami lunch kat rumah jadi planning nak lunch kat luar tu kena cancel. Jimat duit kan, tapi rezeki jangan ditolak


Lepas makan tu lebih banyak memalaskan diri sambil borak planning nak masak untuk hari raya dan daging kambing qurban tu sementara tunggu kunci homestay. Memang agak lewat dapat kunci sebab tuan rumah nak cuci dan kemas rumah yang penginapnya baru check out. Laku keras kot homestay kat sini.


Dapat jer kunci rumah, terus kami bergerak ke homestay sebab badan dah melekit tapi rupanya tertinggal kain tuala jadi keluarlah pulak umi dengan the girls serta mak teh ke AEON, mujur Ayong sudi nak drive kami.


Memang lega dapat mandi, bersihkan diri, tukar baju dan buat solat jamak dan dapat merehatkan badan sebelum nak ke rumah abang DH balik untuk dinner. 


Rindu nak makan mee kari terubat bila anak-anak abang DH ni jamu kami makan mee kari dan bihun sup, jadinya nasi memang tak pandanglah lagipun masih rasa kenyang makan nasi siang tadi lagi pun.


Lepas perut dah terisi, time untuk buat kerja sebab kalau perut dah kenyang, mata mengantuk, jadi kita masuk dapur. Memang tak sah kalau tak buat gulai daging utara, jadinya Mak The dan umi la jadi tukang masak. Simple jer sebab nak buat gulai daging jer sebab macam kata abang DH, nak menyorok dengan pulut berlaukkan ikan masin dan boleh dijadikkan cicah dengan lemang.


Selesai memasak, selesai juga kelas Tauhid abang DH, dengan memasing dah mengantuk dan esok pulak nak bangun awal untuk ambil nombor daging kambing qurban di Kempas. Kalau tak silap katanya dalam 40 minit untuk ke sana jugak tu


Aktiviti Aidil Adha 


Soooo…DH, Ayong dan biras ke rumah abang DH lepas solat subuh untuk menyorok kemudian nak ke pusat penyembelihan sementara the girls masih kat homestay memalaskan diri. Maklumlah bila ada 5 anak dara yang nak bersiap sampai perut boleh berdendang keroncong kelaparan. 


Seperti biasa sampai ke rumah abang DH ni breakfast dah siap terhidang dengan gulai daging, lemang, nasi impit, kuah kacang, sambal ikan bilis dan lontong! Fuhh rindu pada lontong terubat bila dapat makan lontong air tangan orang Johor ni,  Cuma taka da tauhu je tapi rasa tu memang sedap. Eh kalau ada sambal sotong pun sedap kan. 

Lepas makan, masa memalaskan diri lagi sementara menunggu daging qurban sampai balik. Apa yang diberitahu abang DH, nombor giliran akan diserahkan pada mereka yang buat qurban jam 10 pagi jadi mereka yang sampai awal tu boleh bersolat Hari Raya di masjid yang berdekatan, pastu tunggu.




Jam 11 pagi DH mesej kata tunggu daging qurban diserahkan. Penantian tu satu penyiksaan kan sebab duduk saja pun boleh buat mengantuk. 

Makanya kami bertungkus lumuslah memotong daging, membahagi mana yang tulang. Memang tak sabar nak makan daging kambing yang fresh.

Osman Goat Farm - Pusat Penyembelihan Daging Qurban








Akhirnya daging qurban sampai dan jom memproses apa yang perlu dibuat, dimasak, diagih. Cadangan nak masak kicap, buat gulai tu semua tak menjadi sebab abang DH bimbang nanti tak habis dan membazir. Cuma daging bakar yang diperap Cik Meya dan Ain jer yang jadi rebutan dan hidangan kami dan selebihnya diagih pada adik beradik. 


Itulah raya kami di Johor, macam mana raya awak semua agaknya.


Ok, jom menabung balik sebab nak cari modal untuk ke Utara dan Pantai Timur tak lama lagi.

Post a Comment

2 Comments

  1. Meriah Aidladha Kak kali ni. Alhamdulillah... Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. Seronok kan balik berkumpul ramai-ramai. Part makan paling teruja

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!