Kedah - Lenggong
Baca : Berglaming di Kuak Hill Resort
Kami check out awal dari Kuak sebab tak nak bersesak dalam jem dan esoknya semua akan kembali bekerja kecuali umi la yang tak perlu nak apply cuti tahunan atau cuti sakit.
Dataran Tasik Raban
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Sempat kami singgah kat Dataran Tasik Raban ni dan seperti biasa sesi berfoto la sekejap sebagai momentos kami sebab tak tahu bila lagi boleh ke sini walau teringin nak ke sini lagi dengan adik beradik yang lain.
Perjalanan nampak cantik dan tenang jer so DH cakap kita singgah makan di Ipoh. Wah Ipoh lagi kan. Memang kalau ikutkan memang kami nak ke bermalam di Ipoh sebab nak ke Pasar Karat dan jalan-jalan kat bandar Ipoh tapi program berubah dan kami puashati kat Kuak.
Makan Di Restoran Haji Yahya, Ipoh
Rupanya DH nak bawa kami makan kat Kedai Makan Haji Yahya yang betul-betul sebelah Kedai Mee Kari Mat Jasak yang kami singgah untuk makan malam tempohhari. Bila dah sampai baru teringat yang kami pernah makan kat sini dulu masa buat review hotel Putrade, patutnya kami makan di nasi ganja tapi last minute tukar ke sini.
Baca : Makan Malam di Mee Kari Mat Jasak
Memang meriah makanan kat sini dengan pelbagai lauk pauk yang tersedia, dan pelanggan pulak sediakan duit untuk membayar nanti
Baca : Menginap Di Putrade Ipoh
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Memang rambang mata tengok lauk pauk kat sini dan so far memang menepati selera. Total yang kami makan sebanyak RM64 dan ehh KY Amanda belanja pulak tuu. Syukur, Alhamdulillah.
Ruangan tempat duduk di kedai ni tak berapa banyak dan kita boleh pilih nak duduk di luar atau di bahagian yang berhawa dingin yang menempatkan tempat kita membuat pembayaran.
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh |
Perut dah kenyang jadi perjalanan yang masih berbaki harus diteruskan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Alang-alang dah kat Perak dan melalui jalan lama, kami singgah ke tempat bersejarah yang cukup ramai orang singgah untuk bergambar.
Tunggu next entri ya.
Alamak, nampak gayanya dah macam berbab-bab pulak dan cerita balik kampung sebelum raya pun ada 1 part lagi rasanya.
Jadi, kalau ke Ipoh dan nak cari makan waktu tengahhari, singgah makan di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh ni sebab lauknya yang pelbagai dan banyak lagi.
Lokasi Kedai Makan Haji Yahya
Restoran Haji Yahya di Ipoh terletak di 118057 Persimpangan, Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak.
Kedai ini menghidangkan lebih 50 menu sajian nasi campur makanan tengah hari tradisi turun temurun sejak tahun 1973.
3 Comments
Bestnya ... dapat jalan2 dan makan2. Saya duduk di Perak pun belum singgah lagi kat kedai makan tu.
ReplyDeleteBila kedai makan jenis banyak lauk, selain rambang mata hati pun gumbira heheheh
ReplyDeleteLamanya tak menyinggah ke Ipoh nie. Macam nak kena repeat ke camne ek? Hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!