Tarikh-Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah

Tarikh-Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah | Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Bulan ini juga merupakan bulah dimana ibadat Haji dilakukan dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha pula akan disambut pada setiap 10 Zulhijjah. 


Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namu bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.



Tarikh-tarikh Penting Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah 1443H


1 - 8 Zulhijjah 1443H bersamaan 1 - 8 Julai 2022 - MULA PUASA SUNAT

"Rasullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, paa hari Asyura, berpuasa tiga hari setiap bulannya" (HR Abu Daud)


9 Zulhijjah 1443H bersamaan 9 Julai 2022 - PUASA SUNAT ARAFAH

"Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" (HR Muslim)


Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad S.A.W, melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]


10 Zulhijjah 1443H bersamaan 10 Julai 2022  - AIDILADHA

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhammu semata-mata dan sembelihlah korban(sebagai bersyukur) (QS al-Kauthar : 1 - 2)


11 - 13 Zulhijjah 1443H (11 - 13 Julai 2022) - HARI TASYRIK

"Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya" (QS al-Baqarah : 203)


Banyak peristiwa penting dan bersejarah berlaku pada bulan Zulhijjah yang wajar kita ketahui untuk pengetahuan antaranya :


Peristiwa Penting Berlaku Dalam Bulan Zulhijjah

Kelahiran Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim a.s lahir pada tahun ke-8 Hijrah dan ibunya bernama Mariah Al-Qibtiyah.


Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail

Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar disembelih Nabi Ismail. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan. Pengorbanan bapa dan anak ini membuktikan ketaatannya akan perintah Allah SWT lalu diabadikan dalam sejarah umat Islam menjadi ibadah sembelihan korban yang saban tahun diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Surah Al-maidah ayat 3 tiga merupakan ayat Al-Quran yang terakhir di turunkan di Madinah pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10.H ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji Wada' (haji terakhir yang dilakukuan oleh Nabi Muhammad SAW).


Hajjatul Wida’ (Haji Selamat Tinggal)

Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Khutbah tersebut merangkumi segala nasihat, peraturan dan tatatertib kehidupan dalam Islam.


Perlantikan Saidina Ali Bin Abi Talib Sebagai Khalifah

Saidina Ali Bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah yang keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah bagi menggantikan Saidina Uthman r.anhu yang telah mati dibunuh.


Perlantikan Uthman bin Affan

Setelah kematian Khalifah Umar, pucuk kepimpinan umat Islam diambil alih oleh Saidina Uthman bin Affan yang dilantik pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah.


Ibadah Haji Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Saidina Abu Bakar as-Siddiq melaksanakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 12 Hijrah.


Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi berjaya menawan kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.


Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!


Peperangan Dathin

Peperangan menentang tentera Rom ini diketuai oleh Umamah Al-Bahiliy dan berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634 M).


 Peperangan As-Sawiq

Peperangan ini berlaku pada tahun kedua Hijrah bersamaan 623 Masihi, dua bulan setelah Perang Badar. Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekkah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk kota Madinah. Dinamakan ‘as-Sawiq’ yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.


Pertempuran Wadi ‘Arabah

Tentera Islam yang dikepalai oleh Yazid bin Abi Sya’ban mendapat kemenangan setelah menentang tentera Rom yang diketuai oleh Sarjius. Pertempuran yang dikenali sebagai Wadi ‘Arabah itu berlaku di Palestin pada bulan Zulhijjah.


Peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian ini berlaku pada 13 Zulhijjah, disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah SAW kepada penduduk Yathrib (Madinah). Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda Nabi SAW ke kota Madinah.




Kewafatan

Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab, khalifah kedua umat Islam telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lu’luah Al-Majusi. seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.


Kematian Saidina Uthman bin Affan

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum


Kematian Khalifah Abu Jaafar al-Mansur

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.


Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.


Pada 11 Zulhijjah 207H seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.


Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.


Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.





Ibnu Khayat Meninggal Dunia

Pada 29 Zulhijjah tahun 320 Hijrah, Ibnu Khayat atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat; seorang ulama besar ilmu nahu telah meninggal dunia.


Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz  dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.



Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam bulan Zulhijjah ini. Apapun, peristiwa paling besar dan menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat korban yang diambil bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim.


Semoga perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan kepada kita dalam menghayati setiap bulan Islam yang saban tahun kita lalui. Biiznillah. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.



sumber :

https://tzkrh.com/14-peristiwa-penting-yang-berlaku-sepanjang-bulan-zulhijjah/

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=32791&SecID=363

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!