innerCasual (iC) By AEON Pakaian Santai Dengan Teknologi Tekstil Jepun

innerCasual (iC) By AEON Pakaian Santai Dengan Teknologi Tekstil Jepun | Jenama AEON yang terkenal, innerCasual, iC sudah mulai dikenali ramai bukan hanya berkualiti dengan fabrik mesra alam, selesa dipakai malahan dijual dengan harga mampu milik. Malahan fabrik pakaian santai dengan teknologi tekstil dari Jepun ini sesuai dipakai bukan ketika sukan tapi untuk pemakain santai.


Dihasilkan menggunakan 100% kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia, iC menjanjikan kebolehpakaian ringan, aliran bebas, panjang dan berulang yang sempurna untuk menyokong ketangkasan dan pergerakan. Selain itu, dengan sains dan teknologi yang memastikan penyerapan peluh dan keupayaan cepat kering, iC juga direka bentuk untuk menjadi anti-bau, anti-bakteria dan perlindungan UV.



INNERCASUAL (iC) BY AEON DENGAN TEKNOLOGI TEKSTIL JEPUN 


Pakaian athleisure, Innercasual (iC) ini diperbuat dengan teknologi tekstil dari Jepun yang menitikberatkan dengan ciri-ciri anti-bakteria, anti-bau serta dengan perlindungan UV. Selain fabriknya yang menyerap peluh, ianya cukup lembut dan memberi keselesaan pada si pemakai.






Terdapat 4 pilihan pakain iC yang menarik antaranya Organik Cotton, Peace Fit, Active Wear dan Mirai Beauty yang bukan hanya fokus pada keselesaan untuk bersukan tapi juga untuk pemakaian santai.


Pakaian koleksi iC ni diperbuat dengan menggunakan kapas organik yang cukup mesra alam kerana kapas organik ini di tanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia.


Produk yang berkualiti serta dijual dengan harga yang cukup mampu milik ini boleh didapati di kesemua cawangan AEON



PAKAIAN JENAMA KATHERINE HAMNETT



Baru-baru ini AEON turut memperkenalkan pakaian dengan jenama Katherine Hamnett, salah seorang pereka jenama iC, juga merupakan aktivis ikonik British.


Pakaian dengan tema ‘Saving Planet’ ini merupakan sentuhan fesyen terkini dari Studio innerCasual.



Setiap pakaian yang tertera ayat ‘Saving The Planet’ diperbuat bagi memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi. 


Seperti juga pakaian innerCasual yang lain, pakaian ini juga menyerap peluh dan akan kering dengan cepat di samping memberikan rasa nyaman sepanjang masa.


KERJASAMA AEON BERSAMA TRIBE BOXING STUDIO


Produk iC yang dijual di AEON juga membuat jalinan kerjasama antara Innercasual atau iC dengan TRIBE Boxing Studio, gim butik komuniti dimana berlokasi di Tropicana Gardens.




Pemakaian pakaian dari innerCasual ini sangat sesuai dipakai pada semua peringkat usia, waktu santai ataupun ketika anda bersukan lasak seperti kick boxing atau shadow boxing.


Post a Comment

0 Comments