Meskipun begitu, bekerja atau tidak, wanita bergelar isteri ini paling suka dihargai walau sekecil-kecil penghargaan dengan perbuatan yang akan membuat mereka bertambah sayang. Bukan semia isteri ingin dibelai dan disogok dengan barangan mahal dan berjenama tapi apa yang penting keperihatinan suami itu cukup bermakna buat mereka.
20 PERKARA SUAMI LAKUKAN BUAT ISTERI RASA DIHARGAI
1. Isteri memasak di dapur dan suami menjengah bertanya "awak masak apa tu?" atau mungkin hulurkan bantuan seperti membantu mengupas bawang, mengupas kentang atau duduk dan borak santai. Dengan mengambil tahu sebegitu sudah cukup membuatkan isteri rasa dipeduli.
2. Bila si isteri bertanya "you nak I masak apa hari ni?" maklumlah setiap hari si isteri memasak ikut apa yang difikirkan sesuai dan segera apatah lagi dari pejabat terus ke dapur untuk memasak. Sebaiknya bagi cadangan kalau anda teringin sesuatu masakan yang sudah lama tidak dimasak isteri atau masakan kegemaran yang pernah dimasak ibu sendiri. Mana tau masakan isteri lebih sedap atau sama dengan yang ibu anda masakkan. Dengan mencadangkan masakan, anda sudah membantu menmberi idea kepada isteri dan dia tak perlu pening kepala. Tapi kalau nak special tu syorkan masakan pada hujung minggu.
3. Membeli barangan keperluan rumah atau ke pasar bersama isteri bukan sekadar tolong tolakkan troli tapi bersama-sama mencari barangan keperluan.
4. Membantu membersihkan ikan, ayam dan makanan laut yang lain selepas dibeli di pasar. Anda bukan saja membuat isteri bangga tapi meringankan pekerjaannya yang akan mengambil tugasan memasak dengan barangan basah tersebut.
5. Keluar berdua dengan isteri, mungkin menonton wayang, window shopping sambil minum petang atau ambil angin petang di taman tasik sambil menghirup udara segar. Kalau ada anak kecil, bawa anak-anak sekali supaya mereka juga dapat bermain di taman permainan.
6. Bila keluar berjalan atau dirumah, wajar suamii memegang tangan isteri sambil menggosok lembut atau membuat urutan ringan. Pasti berbunga hati isteri bila suami memegang tangannya dan berasa dihargai. Memenang tangan isteri atau suami itu mengugurkan dosa-dosa kecil dan dapat ghangatkan perasaan.
5. Berkongsi cerita dan menjadi pendengar terbaik yang mendengar luahan atau cerita dari isteri. Tak salah untuk bertanya, apa yang si isteri buat di waktu siang tadi atau sebarang cerita menarik atau tidak yang berlaku sepanjang anda berada di pejabat atau bertugas di luar daerah. Ini boleh dilakukan sewaktu masuk bilik sebelum melelapkan mata.
7. Makan bersama, samaada waktu sarapan, makan tengahari atau makan malam. Lazimnya si isteri akan menghidangkan makanan di meja dan apa salahnya kalau si suami membantu menyedukkan nasi atau turut membantu menyediakan pinggan serta gelas airr walaupun ada anak-anaak yang sudah dewasa membantu. Pertolongan si ayah akan dijadikkan contoh oleh anak-anak bila mereka berkahwin nanti.
8. Ingat tarikh istimewa seperti tarikh lahir isteri dan ulang tahun perkahwinan anda. Sekrianya anda tak boleh bercuti, anda boleh menelefon untuk memberikan ucapan. Adalah lebih membuat isteri teruja bila panggilan telefon tersebut dibuat sama waktu kelahiran dia. Tak perlu hadiah atau coklat pun sudah mampu buat isteri tersenyum lebar.
9. Makan bersuap. Tidak salah jika suami menyuap isteri dan si suami minta isteri menyuapnya walaupun berada di kedai makan. Tak perlu malu kerana anda adalah pasangan suami isteri tapi tak usah buat berlebihan dan menunjuk kemesraan terlampau hingga orang di sekeliling merasa loya.
10. Memuji masakan isteri kepada orang lain. Contohnya bila berziarah sewaktu hari raya pasti ada makanan yang dihidangkan pernah dimasak isteri, jadi anda boleh memberitahu yang isteri anda juga pandai memasaknya dan masakannya si isteri sangat enak.
11. Mermasak untuk isteri dan keluarga. Mungkin anda tidak pandai memasak makanan lain tapi menyediakan sarapan pagi pun sudah cukup memadai atau anda ajak isteri untuk membantu menyediakan sarapan bersama-sama.
12. Menonton rancangan di kaca televisyen bersama sambil berbaring dengan isteri berbaring di lengan anda.sambil mengusap tangan dan rambut isteri. Lazimnya anda atau isteri akan terlelap.
13. Tidur yang menenangkan isteri atau suami adalah tidur dengan berpelukan setiap malam. Bukan sekadar ketika berhubungan intim tapi isteri akan berasa disayangi dan berasa selamat serta tidurnya akan lebih tenang.
14. Membantu urusan membasuh pakaian bermula dengan memasukkan pakaian ke dalam mesin pembasuh atau cukup sekadar menyidai pakaian di ampaian dan mengangkatn pakaian yang sudah kering dan bersama-sama membantu melipat pakaian.
15. Membantu membasuh pinggan mangkuk terutama sekiranya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian isteri.
16. Membantu mengemas kawasan dalam rumah atau membantu mengemas tempat tidur dan bilik anak-anak yang masih kecil
17. Bertutur dengan lembut dan tidak mudah naik angin juga cukup meyenangkan perasaan isteri. Apabila isteri bertanya walau berkali-kali anda tidak mudah tinggi suara tapi tertap berkata dengan perasaan kasih. Tutur kata yang tinggi akan membuatkan isteri berjauh hati hingga mereka akan berfikir yang bukan-bukan
18. Membantu menukar lampin anak atau memandikan anak-anak serta memakaikan pakaian anak-anak. Ambil tahu karenah anak-anak yang sering membuat isteri terbeban dan melambatkan tugasan isteri yang lain
19. Suami bermanja dengan tidur di riba isteri ketika isteri sedang membaca novel atau mungkin sedang membuat editing gambar atau video.
20. Suami pakaikan helmet buat si isteri sebelum menunggung motosikal atau membukakan pintu serta memasang tali pinggang keselamatan sebelum memulakan pemanduan.
Percayalah 20 Perkara Suami Lakukan Buat Isteri Rasa Dihargai yang mungkin hanya sebahagian mampu suami buatkan akan membuatkan issteri bahagia kerana membahagiakan hati isteri akan menambahkan pahala bagi seorang suami.
Diharap perkongsian ini dapat membuka minda semua suami akan cara mudah untuk menambat hati isteri dan membutktikan kasih sayang suami terhadap isteri tidak berbelah bagi.
Baca juga : Mungkin anda boleh cuba idea berborak dengan pasangan dan surirumah yang punya kelapangan boleh sertai persatuan surirumah Malaysia untuk mendapat manfaat dan kalau ada rezeki mengerjakan umrah boleh doa mustajab depan kaabah supaya rumah tangga kekal bahagia.
1 Comments
Setuju sangattttt. Kadang-kadang kita bukan harapkan sangat pun hadiah mahal
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!