Produk Bakeri LaBoheme AEON BiG Terima Sijil HALAL

Produk Bakeri La Boheme AEON BiG Terima Sijil HALAL | AEON BiG Terus Pacu Usaha Bawa Produk Halal Kepada Pelanggan


AEON BiG (Malaysia) Sdn. Bhd. (AEON BiG) memberikan keselesaan pengunjung khasnya yang beragama Islam apabila produk bakeri LaBoheme di pasar raya besar tersebut menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Produk Bakeri LaBoheme AEON BiG Terima Sijil HALAL



Penyerahan sijil halal telah dilakukan oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG di sebuah majlis yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Majlis tersebut juga disaksikan oleh pegawai jemputan dari JAKIM dan dihadiri juga oleh Datuk Iskandar Sarudin, Pengarah AEON BiG serta Dr. Kasuma Satria Mat Jadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dalaman Halal AEON BiG.


Menurut Sheikh Farouk, “AEON BiG berasa amat bersyukur kerana usaha kami untuk mendapatkan pengiktirafan halal oleh JAKIM ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak JAKIM atas kerjasama yang diberikan selama ini. Usaha ini juga tidak akan berhasil tanpa kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua warga kerja yang terlibat,”






“Kami amat menitik beratkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasar raya besar kami. Ianya termasuk juga mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM di mana pelanggan kami yang beragama Islam khasnya tidak akan merasa was-was,”

 



La Boheme merupakan produk bakeri AEON yang boleh didapati di AEON BiG dan juga di pasar raya AEON yang lain. Ia menawarkan pelbagai produk bakeri segar yang dibuat setiap hari termasuk pastri dan puding. Pelbagai inovasi juga dilakukan terhadap produk-produk yang dijual bagi memberi variasi kepada pelanggan.


“Bagi mendapatkan sijil pengiktirafan ini secara rasmi, setiap perincian harus diteliti untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah yang halal, berkualiti dan selamat.” ujar beliau lagi.


Majlis ini juga turut menyediakan pameran dan jualan serta acara perkongsian maklumat (pocket talk) berkenaan pensijilan halal JAKIM. 




Selain pengiktirafan yang diterima ini, AEON BiG juga sentiasa memacu perniagaannya dengan membantu pengusaha-pengusaha kecil sederhana (PKS) memasarkan produk halal mereka melalui 21 cawangannya di seluruh negara. 


Baru-baru ini AEON BiG telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman berjenama BubblesO2 untuk memasarkan produk terbaharu mereka di semua cawangan pasar raya besar AEON BiG di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimetrai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggannya, AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antaranya kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)

Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum salam perkenalan dariku Eddy bagus la jika begitu sekurang 2 nya ia dapat memudahkan lagi pengguna untuk membeli produk bakery boheme ni terutamanya kepada pengguna 2 yang beragama islam

    ReplyDelete
  2. dari dulu memang suka beli roti dekat laboheme ni

    ReplyDelete
  3. saya peminat la boheme, daripada kecil lagi sentiasa beli roti kat Jusco (seksrang Aeon), dengan parents <3 Memories! <3

    ReplyDelete
  4. Blognya bagus kak, kalau boleh tau ini pake template apa namanya.? Salam kenal..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!