BARU ! Detegren Premium TOP Dengan Teknologi 5D Colour Pro Tech, Jalin Kerjasama Dengan Kloth Cares Dan Kolej INTI | Sebagai pengguna tegar detergen jenama TOP ni, umi cukup teruja unutk mencuba Detergen Premium dengan Teknologi 5D Colour ProTech yang diperkenalkan TOP ni.
Menariknya teknologi 5D coloru pro tech ini akan memberi pengalaman cucian yang lebih bersih, terang, menyerlahkan warna dan melindungi pakaian dari pudar. TOP juga turut menjalin kerjasama dengan Kloth Cares & Kolej Antarabangsa INTI Subang untuk Kitar Semula (Upcycle) Sumbangan Pakaian Demi Manfaat Komuniti Kurang Bernasib Baik. Memang cukup bagus inisiatif TOP ni.
BARU ! Detegren Premium TOP Dengan Teknologi 5D Colour Pro Tech, Jalin Kerjasama Dengan Kloth Cares Dan Kolej INTI |
Kehidupan masyarakat kian kembali normal dengan peralihan negara ke arah fasa endemik. Jimatkan masa serta dapatkan kesenangan dan ketenangan minda apabila mencuci pakaian anda bersama rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech.
Kini anda boleh mencuci kesemua item pakaian sekali gus, tanpa perlu mengasingkan sama ada ia berwarna terang, gelap, warna-warni, putih, baju baru atau lama¹, dengan penuh yakin tanpa perlu risau akan warna pakaian luntur. pakaian berwarna terang anda kekal berseri dan pakaian berwarna gelap pula kekal gelap. Rangkaian detergen baharu TOP ini juga mencegah fabrik daripada kelihatan kusam, memastikan ia kelihatan baharu dengan lebih lama, seterusnya menggalakkan gaya hidup yang lebih lestari.
¹ Sentiasa periksa pakaian baru anda untuk mengetahui sama ada ia tahan luntur atau tidak sebelum memasukkan ia dengan pakaian lain. Fabrik kapas, wul dan sutera berkemungkinan untuk melarutresapkan warna dalam beberapa cucian awal berbanding material sintetik seperti polyester, nilon dan akrilik. Cuci pakaian anda yang diperbuat daripada material-material ini secara berasingan dalam kitaran lembut serta air sejuk sebagai langkah berwaspada.
Bagaimanakah Teknologi 5D ProTech Berfungsi?
TOP, jenama detergen No 1² di Malaysia dan satu jenama inovatif yang mengutamakan pengguna oleh Lion Corporation Japan, telah mempertingkatkan cara pencucian pakaian di negara ini menerusi usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan inovasi terbaharu yang memberi manfaat kepada kehidupan pengguna. Ia turut dikenali kerana merintis konsep kehidupan bersih menyeluruh menerusi inovasi-inovasi berterusan dalam bidang teknologi detergen.
² Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Peruncitan untuk Kategori Detergen bagi 12 bulan yang berakhir Mac 2021 oleh Total Malaysia (Copyright ©️ 2021, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd).
Rangkaian TOP Colour Signature baharu dirumuskan denagan Teknologi 5D Colour ProTech oleh Lion Corp yang memberikan lima manfaat warna pada pakaian. Ia memastikan pakaian berwarna gelap kekal gelap dan pakaian berwarna terang kekal berseri melalui penyingkiran klorin dalam air cucian. Detergen baharu ini juga menjadikan warna pakaian asal menyerlah dengan menanggalkan kotoran degil serta mencegah pakaian menjadi berbulu disebabkan geseran dengan mengekalkan kelicinan permukaan fabrik. Di samping itu, ia juga mencegah fabrik menjadi cepat lusuh, agar pakaian kekal baharu lebih lama. Teknologi pencegahan kelunturan warna mencegah warna turun merebak ke pakaian lain juga memberikan ketenangan minda kepada pengguna.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech bersama Anti-Microbial Tech oleh Lion Japan yang menyediakan teknologi detergen generasi baharu yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (termasuk virus COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria³ . Formulasi pelbagai teknologi yang dirumus khas ini merangkumi fungsi anti-bau hapak; anti-debu hama dan anti-sebum. Teknologi Bolder Scent TOP denaan wangian unik yang terbukti mampu mencegah bau yang tidak menyenangkan jdi samping menceriakan mood anda.
³ Berdasarkan ujian makmal bebas yang dilaksanakan di Jepun.
Kombinasi sempurna Teknologi 5D Colour ProTech dan Advanced Micro-Clean Tech dalam rangkaian serbuk dan cecair detergen TOP Colour Signature akan mempertingkatkan pengalaman cucian pakaian anda, menjimatan masa dan mengurangkan usaha serta memberikan ketenangan minda, pada masa sama melindungi dan memelihara fabrik anda agar tahan lebih lama. Tentunya rangkaian ini membantu rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk terus bersemangat meraikan Hari-Hari Warna-Warni serta keinginan untuk menjadi lebih mesra alam.
Seiring dengan peningkatan kesedaran umum terhadap kepentingan penjagaan alam, TOP memperkenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premiunya termasuk TOP Colour Protect (3.2kg), TOP Stain Buster (3.4kg) dan TOP Silky Miracle (3.2kg). Pek isian semula eko ini menampilkan rekaan yang canggih dan nipis, membolehkan ia mudah dibawa dan disimpan walaupun dalam ruang yang terhad. Ia didatangkan dengan muncung penutup skrew bagi penggunaan yang mudah dan mengelakkan tumpah. Paling utama, pek isian semula ini memberikan pengurangan penggunaan plastik sebanyak 80% berbanding botol-botol detergen klasik. Ia juga boleh dikitar semula dan mengurangkan jejak karbon jenama TOP serta pengguna. Cubalah pek eko TOP mesra alam yang turut menawarkan lebih nilai pada pembelian berbanding pembungkusan biasa.
“Dengan kembalinya aktiviti ekonomi ke fasa sebelum pandemik, pengguna lebih peka terhadap penampilan mereka. Di peringkat global, kami melihat pilihan pakaian yang berwarna terang berbanding era pandemik yang suram dengan pakaian rumah sering digayakan ketika bekerja di rumah. Rakyat Malaysia memerlukan solusi pencucian pakaian yang berkuasa dan menjimatkan masa, di mana tidak perlu untuk mengasingkan baju berdasarkan warna setiap kali perlu mencucinya. Kemudahan yang disediakan TOP membantu mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari, mesra alam dan bersih serta membenarkan mereka Stay True to Their Colours. Rangkaian serbuk dan cecair detergen TOP Colour Signature memenuhi keperluan pengguna,” kata Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.
Kempen TOP Hari-Hari Warna-Warni akan memperkenalkan rangkaian baharu Colour Signature menerusi jerayawara (roadshow) seluruh negara dan menerusi kerjasama dengan Kloth Cares dan Pusat Seni dan Rekaan (INTI Centre of Art and Design, ICAD) Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa INTI Subang, yang menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui cara untuk memanjangkan hayat dan menyerlahkan warna fabrik mereka termasuk kaedah penjagaan, mengumpul serta mengitar dan mengguna semula bagi memeliharan alam sekitar.
Menurut kajian, di Malaysia, sebanyak 2 juta kilogram sisa tekstil dan produk pakaian lain dibuang di tapak-tapak pelupusan sampah setiap hari. Kloth Cares, pergerakan kitar semula tekstil yang pertama di Malaysia ialah sebuah perusahaan sosial, menyasarkan untuk memastikan 3 juta kilogram tekstil dan produk-produk pakaian lain dikurangkan di tapak-tapak pelupusan sampah pada tahun 2022.
BARU ! Detegren Premium TOP Dengan Teknologi 5D Colour Pro Tech, Jalin Kerjasama Dengan Kloth Cares Dan Kolej INTI |
“Kerjasama dengan TOP dan Kolej Antarabangsa INTI Subang membenarkan kami mendekati lebih ramai rakyat Malaysia serta menyedarkan mereka akan kepentingan mesej 5R iaitu Mempertimbangkan Semula (Rethink); Mengurangkan (Reduce), Mengguna Semula (Reuse), Membuat Tujuan Semula (Repurpose) dan Mengitar Semula (Recycle).
Cubalah untuk memanjangkan hayat pakaian anda dengan detergen yang mampu membuatkannya kekal kelihatan dan berasa terbaik lebih lama agar anda mengurangkan kadar pembelian pakaian lain. Anda boleh mengguna semula dan memperbaharui fungsi pakaian itu dengan memberikan ia peluang kedua. Jika anda kehausan pilihan, kunjungi jerayawara TOP dan sumbangkan item fabrik anda bagi memastikan ia tidak berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah,” ujar Cik Nik Suzila, Pengasas Bersama Kloth Cares.
Ketahui potensi dan keindahan fesyen yang dikitar semula, lestari dan penuh warna-warni di jerayawara TOP menerusi pameran unik oleh para pelajar di ICAD Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa INTI Subang yang menggunakan fabrik sumbangan Kloth Cares.
“Fesyen lestari dan mesra alam merupakan satu langkah ke hadapan. Bagi golongan muda, berjimat cermat adalah kaedah membeli-belah pilihan. Para pelajar di ICAD Rekaan Fesyen INITI telah memberikan sentuhan gaya dan semangat mereka untuk mengitar semula item-item Kloth Cares bagi pameran TOP Hari-Hari Warna-Warni. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi jerayawara ini dan terpegun dengan pameran yang disediakan, selain mempelajar teknik-teknik berguna yang dapat memanjangkan hayat pakaian anda sama ada menerusi padanan semula, mengubah suai atau menghiasinya dan pada masa sama membentuk kenyataan fesyen lestari yang bersifat peribadi,” jelas Cik Ang Tong Yin, Dekan INTI Pusat Seni dan Rekaan (ICAD), Kolej Antarabangsa INTI Subang,
Kunjungi jerayawara TOP Hari-Hari Warna-Wari dan reruai pop-up mini:
Para pengunjung berpeluang menerima kotak sampel TOP Colour Signature detergen cecair 90g dan serbuk 100g.
Untuk pembelian bernilai RM20 ke atas dalam satu resit, pelanggan akan menerima tuala muka atau beg nilon TOP secara percuma. Manakala, pembelian bernilai RM40 dan ke atas, disediakan bakul pakaian TOP edisi khas dan bekas serbuk TOP eksklusif.
Bagi pelanggan yang membeli barangan TOP bernilai RM60 dan ke atas, mereka akan menerima beg eko dan detergen serbuk TOP Colour Signature 750g secara percuma. Untuk layak, pembelian harus melibatkan sekurang-kurangnya satu produk TOP Colour Signature.
Bagi menyertai Kempen Kelestarian TOP Hari-Hari Warna-Warni, orang ramai boleh mengunjungi jerayawara yang diadakan dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 item pakaian untuk dikitar semula. 30 penyumbang pertama akan menerima detergen serbuk TOP Colour Signature 750g secara percuma, sementara sumbangan selepas 12 tengah hari akan menerima kotak sampel detergen cecair 90g dan detergen serbuk 100g TOP Colour Signature.
Rakan gambar paling kreatif anda di reruai pop-up TOP dan kongsikan dalam media sosial anda dengan memasukkan tanda pagar #TOPdetergent dan #TOPHariHariWarnaWarni untuk merebut peluang memenangi pin e-dompet TouchNGo bernilai RM30.
“Stay True To Your Colours dengan TOP Super Colour Signature dan TOP Colour Protect Signature. Tambahkan warna, nilai dan komitmen anda kepada alam sekitar serta kehidupan setiap kali anda mencuci pakaian. Kunjungi jerayawara kami untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh membantu dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Anda juga boleh memastikan pakaian tidak berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah dengan menyumbang pakaian ke dalam tong-tong Kloth Cares yang disediakan dan mendapat inspirasi daripada hasil kerja para pelajar Kolej Antarabangsa INTI Subang. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran pengenalan menerusi gedung dalam talian rasmi TOP di Shopee dan Lazada,” tambah Cik Foo.
BARU ! Detegren Premium TOP Dengan Teknologi 5D Colour Pro Tech, Jalin Kerjasama Dengan Kloth Cares Dan Kolej INTI |
Serbuk detergen TOP Super Colour boleh didapati dalam pilihan 100g, 750g, 2.1kg dan 3.6kg, sementara cecair TOP Colour Protect disediakan dalam pek isian semula 1.5kg, botol 2.5kg, isian semula 3.2kg dan botol 3.6kg.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk dan kempen TOP, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800-880-133.
1 Comments
tak pernah guna top hihihi ada keluaran baru nanti nak cuba la guna hihihi
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!